Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2022

10 NASIHAT IMAM HASSAN AL-BANNA

  1. Apabila mendengar azan, maka bangunlah solat serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun. 2. Bacalah Al- Quran, tatapilah buku-buku ilmu,pergilah ke majlis ilmu,dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tidak memberi faedah. 3. Berusalah untuk bertutur dalam Bahasa Arab kerana Bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam. 4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan. 5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang setia berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram. 6. Janganlah banyak bergurau kerana umat Islam sedang berjuang untuk tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara. 7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar, kerana percakapan yang nyaring itu  adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang. 8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang , mengecam pertubuhan-p...

JATUH KERANA MANUSIA, BANGKITLAH KERANA-NYA

Assalamualaikum , baru-baru ini seorang sahabat dari tempat kerja lama wawa datang menemui wawa. Akhirnya setelah setahun wawa bertukar hospital baru hari ini wawa dapat berjumpa dengannya.  Wawa sampai agak lewat, wawa memang teruk dalam pengurusan masa. Astagfirullahalazim... teruk kan? Kesian sahabat wawa ni tunggu lama. Alhamdulillah dia tak marah. Malah terus meluahkan perasaan mengenai masalahnya di tempat kerja dan masalah peribadi yang lain. Wawa hanya mendengar setiap bibit kata dan luahannya yang agak menyedihkan itu. Sabar sahabatku. .................................................................................................................................................................. Wahai sahabatku, sebenarnya yang paling banyak menyakiti diri sendiri adalah bisikan yang bermain dalam fikiran. Berhentilah menyalahkan diri atas kesilapan yang berulang kali dilakukan. Berhentilah berfikir berlebihan tentang perkara yang telah berlaku, atau kata-kata manusia yang...