Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2022

Pendaftaran Kafa

Hari ini terasa begitu sukar untuk bangun pagi, penat on call semalam masih terasa. Biasalah, perkara yang sama akanku rasa setiap kali lepas oncall. Penat, mengantuk, mata panda dan paling teruk....blur! Kan best kalau cuti. Aku bermonolog sendirian.  Tet tet....bunyi getaran dari telefon bimbitku menandakan ada pesanan masuk. Rupanya dari whatsap group kelas Naufal, afy dan Billa. Hari ini merupakan hari pendaftaran untuk kelas kafa sesi 2022. Hampir terlupa tadi. Masyallah... ................ Sampai sahaja di dalam Department, langkah kakiku terus laju menuju ke arah papan kenyataan. Memang tempat tumpuan awal pagi untuk tengok dan tahu tempat bertugas masing-masing. Alhamdulillah, nasib menyebelahiku. Hari ni aku kena tagging Mammogram. Selalunya kes mammo sebelah pagi sahaja, petang inshaallah free. Cepat-cepat aku ke bilik Kak Izan untuk isi borang keluar waktu pejabat untuk menguruskan pendaftaran kafa 3 beradik itu. .................... sumber: soolacsy.blogspot.com Sesampainy

GAGAL

 Assalamualaikum... Hari ini, detik dan saat ini, aku berkali-kali mengeluh. Masyaallah...banyak sangat perkara yang sukar berlaku pada aku hari ini. Sering kali aku mengingatkan diri ini, supaya sentiasa positif dan pandang setiap dugaan itu dari sudut positif dahulu supaya hasil dan kesan yang akan kita nampak terlahir positif.  Ternyata...semua itu sangatlah sukar di realisasikan di alam realiti. Setakat menaip, berkata dalam hati semua boleh. Tapi bila nak buat, boleh?.  Kepala aku rebahkan di atas tangan lemah lentok atas meja laptop....''argh......aku gagal lagi, gagal sebagai seorang ibu, gagal sebagai seorang juru-ray. Aku gagal dalam segala hal.''  Terasa diri begitu hina. Tapi aku cuba melawan perasaan ini. Aku kena juga lalui semua ini. Kesilapan? kegagalan? aku kena tukar ia menjadi satu pengajaran. Hanya itu sahaja jalan yang aku ada.  Masih terlalu awal untuk aku mengalah. Persoalannya mampukah aku? Permulaan tahun 2022 yang sangat mengecewakan. Bermula de