Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2021

Allah hanya menguji apa yang kita mampu sahaja

Gambar sekadar hiasan Usai punch in aku terus melangkah ke bilik 3. Alhamdulillah, hari ni kerja di bilik 3 rileks sikit. Semua pemeriksaan dada sahaja. Tak banyak guna tenaga sangat. Sukanya. Eh, dah ada patient la. Selesai mendaftar masuk dalam DR (Digital Radiography), aku terus memanggil pesakit tersebut untuk di 'x-ray'. ''Mohamad bin Abdullah''. Kelihatan sepasang suami isteri duduk di penjuru ruangan menunggu di hadapan bilik 3. Mendengar namanya dipanggil, lantas si isteri menolak kerusi roda suaminya dengan berhati-hati. aku : Encik Mohamad kena tukar baju ye, sebab baju ni ada butang. Encik boleh berdiri ke?  si suami (encik mohamad) : ya boleh puan. Buka ni! kedengaran tegas dia mengarahkan isterinya membuka bajunya. Dengan penuh hati-hati si isteri menarik baju suaminya dan aku meninggalkan mereka sebentar di ruangan bilik salin baju itu. Tiba-tiba aku terkejut dengar jeritan si suami tadi. '' Tarik la pelan-pelan!''. marah suami kepa

Raya PKP 3.0

  Assalamualaikum dan hai semua. Alhamdulillah setelah sebulan kita puasa so, hari ni 13 Mei 2021 Khamis bersamaan 1 syawal 1442 Hijrah, umat islam menyambut Idul Fitri. Isnin yang lalu kerajaan secara mengejut mengumumkan perlaksanaan fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Perintah tersebut dikeluarkan susulan peningkatan kes Covid 19 yang mendadak dengan jumlah kes harian melebihi 4000 kes setakat 10 Mei lalu. Walaubagaimanapun, raya tahun ni tetap kami sekeluarga sambut sederhana demi meraikan anak-anak wawa yang berjaya puasa penuh 30 hari.                                                             Tahniah buat anak-anak umi naufal dan kashfi. Billa pula...ermm hanya 2 hari tapi percubaan yang bagus juga untuk billa sebab tahun lepas langsung tak puasa. Inilah budak yang puasa 2 hari je tu. Tahniah anak umi. Pada awalnya wawa plan nak beli baju raya untuk anak-anak je (konon) tapi wawa terbeli pula sepsang baju hitam.  At least ada juga foto family walaupun ramai tak balik

VASELINE : Kenapa vaseline wajib ada di rumah.

Rasanya semua orang ada vaseline kat rumah kan? Kebiasaannya kita guna vaselin untuk merawat masalah kulit kering je. Oleh yang demikian, vaselin tu hanya tersimpan rapi dalam rak mekap sampai expired. Vaseline dihasilkan sejak tahun 1870 lagi dan ia merupakan  petroleum jelly  yang asli. Sebenarnya Vaseline sudah digunakan 150 tahun lamanya kerana ia dipercayai bersifat hypoelergenic dan banyak memberi manfaat untuk kegunaan perubatan Terdapat banyak kegunaan dan manfaat petroleum jelly ini dalam kehidupan seharian kita. Bukan sahaja untuk kecantikan malah ianya juga selamat digunakan untuk tujuan perubatan semasa di rumah. Berikut wawa senaraikan beberapa manfaat dan keperluan vaseline di rumah: luka dan lecur/kena minyak panas  - seandainya jari terluka kena pisau atau apa-apa sahaja, basuh luka tersebut terlebih dahulu dengan sabun antiseptik ,keringkan dan terus sapu vaselin ke atas luka tersebut. Vaseline akan bertindak sebagai perisai untuk menghalang kuman dan bakteria daripada

Nafkah anak-anak

Sabtu, 26 Ramadan. Alhamdulillah, hari ni aku cuti. Memang dah set dalam kepala hari ni nak pergi cari baju raya anak-anak. Oleh kerana covid, aku tak bawa anak-anak untuk shopping. Tapi yang aku bawa bersama dalam beg itu, cuma pita pengukur baju. Semua ukuran anak-anak bujang ada dalam kepala. Jalan mulai sibuk, masing-masing keluar untuk mencari persiapan raya.  Bukan sahaja melayu, malah cina dan india juga sibuk membeli maklumlah dekat nak raya memang banyak sale. Tapi aku takut sebenarnya, Covid!!! Apa mereka ni sama macam aku ke? tak ada masa lain nak beli? cuma hari ni? Arghhh... cepat-cepat aku melangkah ke arah baju melayu hitam. Owh, tahun ni memang kami sekeluarga pilih tema hitam.  Alangkah kecewanya aku saiz baju untuk naufal dan afi memang selalu habis cepat. Tapi, sebab covid aku dah tak mau lama-lama dekat sini. Jadi aku terpaksa ambil warna yang seakan-akan hitam.  Boleh la kan dari tak ada. Sebenarnya ni mall ke tiga aku cari. Cukuplah tu. Anak-anak bukan kisah sanga