Assalamualaikum dan hai semua.
Alhamdulillah setelah sebulan kita puasa so, hari ni 13 Mei 2021 Khamis bersamaan 1 syawal 1442 Hijrah, umat islam menyambut Idul Fitri.
Isnin yang lalu kerajaan secara mengejut mengumumkan perlaksanaan fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Perintah tersebut dikeluarkan susulan peningkatan kes Covid 19 yang mendadak dengan jumlah kes harian melebihi 4000 kes setakat 10 Mei lalu.
Walaubagaimanapun, raya tahun ni tetap kami sekeluarga sambut sederhana demi meraikan anak-anak wawa yang berjaya puasa penuh 30 hari.
Tahniah buat anak-anak umi naufal dan kashfi. Billa pula...ermm hanya 2 hari tapi percubaan yang bagus juga untuk billa sebab tahun lepas langsung tak puasa.
Pada awalnya wawa plan nak beli baju raya untuk anak-anak je (konon) tapi wawa terbeli pula sepsang baju hitam.
At least ada juga foto family walaupun ramai tak balik raya tahun ni. Alhamdulillah syukur sangat boleh raya dengan mak dan abah.
Kesian juga wawa tengok anak-anak wawa duduk rumah je kan. Yelah budak-budak bukan suka sangat bergambar. Yang paling teruk wawa terlupa nak beli bunga api. So sangatlah tak best raya depa kan.
Tak pe kita sama-sama doa supaya covid ni cepat pergi dari dunia ini. At least kan kita dapat juga beraya dengan keluarga tersayang walaupun tak dapat balik kampung kan?
Cuba bayangkan Palestin sekarang. Ya Allah..betapa teruknya syawal mereka. Tengah tidur pun terjaga sebab bunyi bom. Kejam sangat rejim zionist membunuh kanak-kanak perempuan mengandung yang tak berdosa. Raya mereka dengan tangisan dan kesakitan kehilangan orang tersayang.
Masha Allah, kita patut bersyukur kita masih lagi boleh makan sedap-sedap tidur dengan nyenyak dan dapat peluk cium orang tersayang. Sabarlah dengan ujian covid yang kecil ini berbanding Palestin yang sedang berperang demi agama dan negara.
Sama-samalah kita berdoa untuk saudara kita yang sedang berjuang di Palestin.
Sesungguhnya, mereka yang telah terkorban sangat beruntung kerana syahid. Sudah tentu syurga tempat mereka.
Dunia ini hanya sementara akhirat jua kekal selamanya.
Thanks for reading....
bye......
selamat hari raya aidilfitri awak ngn keluarga bahagia awak... semoga covid nie hilang dari dunia...
ReplyDeletelepas nie bibi lah puasa penuh... amin :) comey gmbaq raya awak hehehe
AMINNN semoga rakyat palestin terbela.. kita dh kena start boykot barang israel + us jika bleh boykot kita boykot hat mana termampu..
BOIKOT =). ya...dah start boikot. thanks
Deleteselamat hari raya wawa sekeluarga..salam raya Pkp..maff zahir batin kalau ada terkasar bahasa..selamat maju jaya
ReplyDeletesamalah....maaf zahir batin juga =). thanks a lot nadia.
Delete