Skip to main content

Saman Orang Ketiga

assalamulaikum..

Hai semua....eceh....overexcited lak aku nak tulis sal tajuk hari ni. hak hak hak...aku suke! aku suke!
sape yang tak suke tu aku tau sebab apa.

Ok. Seriously aku pon tak tau ada akta ni. Saman orang ketiga maksudnya
isteri atau suami boleh saman pihak ketiga yang mengganggu keharmonian rumah tangga dan menjadi punca kepada berlakunya penceraian. Orang ketiga ni tak bermakna skandal suami atau isteri je, ibu bapa mertua, kawan-kawan, jiran tetangga, malah baiya jual karpet kat umah tu pon boleh disaman kalau ganggu isteri orang....haaaa ambik kau baiya! (tapi kalau bini orang tu pon syok kat kau jugak la).

Menurut sorang sahabat aku ni kan(ye la tu..) sakit hati, hancur luluh,luruh jantung,rasa nak tembak je bila dapat tau yang suami dia ada skandal kat luar. Rasa cam nak tenyeh je tapak kasut yg baru pijak taik kucing tu kan. haaa cam tu la kata dia. Pada mereka yang mengalaminya aku nasihatkan...sabar dulu. Negara kita ada undang-undang. Tak perlu kita jadi bodoh macam si perampas itu. Mengikut  Akta Kesalahan Jenayah Syariah (WilayahWilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) di bawah Undang-Undang Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan memperuntukkan orang ketiga yang menjadi punca perceraian boleh dituduh sebagai penjenayah.

Terdapat tiga seksyen di bawah akta itu mencakupi Seksyen 36 merujuk kesalahan memujuk lari perempuan bersuami, Seksyen 37 merujuk kepada kesalahan menghalang pasangan sudah bernikah daripada hidup bersama sebagai suami isteri dan Seksyen 38 menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya.
Dengan adanya Akta ini orang ramai boleh menarik nafas lega kerana dapat mengheret orang ketiga yang menjadi punca kemusnahan rumah tangga itu ke Mahkamah Syariah.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang, mengakui kira-kira 30 hingga 40 peratus statistik kes perceraian di negara ini berpunca daripada pihak ketiga.

Sebenarnya bukan mudah untuk mensabitkan orang ketiga menjadi punca penceraian kerana ianya amat subjektif jika dilihat dari aspek perundangan. Pihak yang membuat aduan perlu menyediakan maklumat lengkap dan bukti sebelum membuat aduan. Seandainya tidak cukup bukti dan orang yang dituduh tidak mengaku ia akan merumitkan lagi proses dakwaan malah boleh menyebabkan kes tersebut gugur....(mmmm hancur leburlah harapan)
Satu peringatan lagi aku nak pesan, seorang isteri tidak boleh saman madu dia sebagai orang ketiga..Ingat! madu bukan orang ketiga ye.
Isteri-isteri di luar sana yang diceraikan oleh suami dek kerana dihasut orang ketiga ini boleh menyaman 'si perampas' yang menjadi punca penceraian rumah tangga mereka.

Aku tau tak ramai wanita melayu yang tahu adanya undang-undang ini kan. Sebab aku pon baru tahu selepas lawyer aku gitau. hek hek. Eh, ingat tak korang kes pengacara cantik tu Daphne Iking yang mana bekas suaminya menyaman seorang ahli perniagaan kerana memikat isterinya. ingat tak? ingat tak?. hmmm aku pon tak ingat.hehe.

Jadi aku sebagai wanita menyeru kepada wanita-wanita di luar sana kalau rasa wujudnya si perampas ini atau sesiapa yang cuba meruntuhkan rumah tangga korang silalah dengan segera lapor kepada Jabatan Agama Islam untuk tindakan diambil. Tujuannya, supaya kita dapat mengurangkan kes-kes penceraian di negara kita ini dan dapat menyedarkan kepada mereka (perampas itu) tak payah la nak bahagia sangat di atas penderitaan dan kesakitan orang lain. Ingatlah...kifarah itu ada.

sekian, untuk kali ni...see you next entry. byeeee =)

sumber : 

  1. beautifulnara.com
  2. http://simanisizzah.blogspot.my
  3. http://aiyangdisayang.blogspot.my





Comments

  1. bole dapat duit ke klu saman?

    ReplyDelete
  2. aah la kan ..boleh x dpt duit if saman ..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Buat resakse n Ecah Ayra kalau saman ni x semestinya dapat duit je....hukuman akan ditetapkan oleh pihak mahkamah...sebagai contoh,jika pihak ketiga itu kakitangan kerajaan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.Rekod dia juga akan buruk. Kemungkinan juga gaji n pangkat xboleh naik sebab rekod buruk tu.

    budoxe lee:kalau boleh dapat aku nak saman 22 juta.boleh buat rumah cam dato Alif Terlajak laris.hehe

    ReplyDelete
  5. Isteri tu bukan nk duit pun tpi bgi ckit pengajaran n balasan kt org ke3 @perampas tu. Dpt duit pun bukan blh beli kebahagian

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm betul betul betul. Semoga mereka diberi petunjuk dan hidayah.

      Delete
  6. Isteri tu bukan nk duit pun tpi bgi ckit pengajaran n balasan kt org ke3 @perampas tu. Dpt duit pun bukan blh beli kebahagian

    ReplyDelete
  7. Hye sis,nk tanya...macam mana pula kalau perempuan tu islam dan lelaki tu kristian...dan masih sah suami orang?boleh kah isteri lelaki ini membuat aduan di mahkmah syariah?atau sivil..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Ciri-ciri Sunscreen terbaik

Sunscreen sangat penting dalam rutin penjagaan kulit seharian kita. Tentunya ada yang mengelak untuk pakai sunscreen sebab bila pakai especially selepas letak foundation terus mekap jadi oily lah, kadang-kadang bercapuk dan rasa melekit di wajah. Memang dari dulu wawa tak pakai sunscreen sampailah kulit wawa rosak dan bila jumpa doktor pakar kulit perkara pertama yang dia tanya