Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2022

Marriage Life

Ini adalah Dhanush dan Aishwarya Rajinikanth. Dhanush merupakan seorang pelakon terkenal di India Selatan. Saya kenal Dhanush kerana abah salah seorang peminat terbesar filem lakonan beliau. Setiap kali  filem Dhanush ditayangkan dekat astro mesti abah akan pegang 'remote control' dan sorok. Takut gamaknya kalau mak tukar kepada drama 'Melur untuk Firdaus'. Dhanush dan Aishwarya telah berkahwin pada tahun 2004 dan dikurniakan 2 orang cahaya mata. Pada 18 Januari 2022 yang lalu, Pasangan selebriti ini telah memberikan khabar yang sangat mengejutkan ramai peminat .Pasangan ini telah mengumumkan perpisahan mereka melalui twitter. Mereka berdua sepakat membuat keputusan ini dan meminta agar peminat juga dapat menghormati keputusan mereka. ***** Mengimbau kembali awal perkahwinan mereka : Dhanush hanya membintangi 2-3 filem Dhanush menjadi bahan gelak dan sindiran, sehingga dipertikaikan tentang bagaimana fizikalnya yang kurus kering boleh menjadi hero pujaan ramai. karierny