Skip to main content

Posts

Showing posts from 2022

Marriage Life

Ini adalah Dhanush dan Aishwarya Rajinikanth. Dhanush merupakan seorang pelakon terkenal di India Selatan. Saya kenal Dhanush kerana abah salah seorang peminat terbesar filem lakonan beliau. Setiap kali  filem Dhanush ditayangkan dekat astro mesti abah akan pegang 'remote control' dan sorok. Takut gamaknya kalau mak tukar kepada drama 'Melur untuk Firdaus'. Dhanush dan Aishwarya telah berkahwin pada tahun 2004 dan dikurniakan 2 orang cahaya mata. Pada 18 Januari 2022 yang lalu, Pasangan selebriti ini telah memberikan khabar yang sangat mengejutkan ramai peminat .Pasangan ini telah mengumumkan perpisahan mereka melalui twitter. Mereka berdua sepakat membuat keputusan ini dan meminta agar peminat juga dapat menghormati keputusan mereka. ***** Mengimbau kembali awal perkahwinan mereka : Dhanush hanya membintangi 2-3 filem Dhanush menjadi bahan gelak dan sindiran, sehingga dipertikaikan tentang bagaimana fizikalnya yang kurus kering boleh menjadi hero pujaan ramai. karierny

10 NASIHAT IMAM HASSAN AL-BANNA

  1. Apabila mendengar azan, maka bangunlah solat serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun. 2. Bacalah Al- Quran, tatapilah buku-buku ilmu,pergilah ke majlis ilmu,dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tidak memberi faedah. 3. Berusalah untuk bertutur dalam Bahasa Arab kerana Bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam. 4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan. 5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang setia berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram. 6. Janganlah banyak bergurau kerana umat Islam sedang berjuang untuk tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara. 7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar, kerana percakapan yang nyaring itu  adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang. 8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang , mengecam pertubuhan-pertubuhan

JATUH KERANA MANUSIA, BANGKITLAH KERANA-NYA

Assalamualaikum , baru-baru ini seorang sahabat dari tempat kerja lama wawa datang menemui wawa. Akhirnya setelah setahun wawa bertukar hospital baru hari ini wawa dapat berjumpa dengannya.  Wawa sampai agak lewat, wawa memang teruk dalam pengurusan masa. Astagfirullahalazim... teruk kan? Kesian sahabat wawa ni tunggu lama. Alhamdulillah dia tak marah. Malah terus meluahkan perasaan mengenai masalahnya di tempat kerja dan masalah peribadi yang lain. Wawa hanya mendengar setiap bibit kata dan luahannya yang agak menyedihkan itu. Sabar sahabatku. .................................................................................................................................................................. Wahai sahabatku, sebenarnya yang paling banyak menyakiti diri sendiri adalah bisikan yang bermain dalam fikiran. Berhentilah menyalahkan diri atas kesilapan yang berulang kali dilakukan. Berhentilah berfikir berlebihan tentang perkara yang telah berlaku, atau kata-kata manusia yang san

Pendaftaran Kafa

Hari ini terasa begitu sukar untuk bangun pagi, penat on call semalam masih terasa. Biasalah, perkara yang sama akanku rasa setiap kali lepas oncall. Penat, mengantuk, mata panda dan paling teruk....blur! Kan best kalau cuti. Aku bermonolog sendirian.  Tet tet....bunyi getaran dari telefon bimbitku menandakan ada pesanan masuk. Rupanya dari whatsap group kelas Naufal, afy dan Billa. Hari ini merupakan hari pendaftaran untuk kelas kafa sesi 2022. Hampir terlupa tadi. Masyallah... ................ Sampai sahaja di dalam Department, langkah kakiku terus laju menuju ke arah papan kenyataan. Memang tempat tumpuan awal pagi untuk tengok dan tahu tempat bertugas masing-masing. Alhamdulillah, nasib menyebelahiku. Hari ni aku kena tagging Mammogram. Selalunya kes mammo sebelah pagi sahaja, petang inshaallah free. Cepat-cepat aku ke bilik Kak Izan untuk isi borang keluar waktu pejabat untuk menguruskan pendaftaran kafa 3 beradik itu. .................... sumber: soolacsy.blogspot.com Sesampainy

GAGAL

 Assalamualaikum... Hari ini, detik dan saat ini, aku berkali-kali mengeluh. Masyaallah...banyak sangat perkara yang sukar berlaku pada aku hari ini. Sering kali aku mengingatkan diri ini, supaya sentiasa positif dan pandang setiap dugaan itu dari sudut positif dahulu supaya hasil dan kesan yang akan kita nampak terlahir positif.  Ternyata...semua itu sangatlah sukar di realisasikan di alam realiti. Setakat menaip, berkata dalam hati semua boleh. Tapi bila nak buat, boleh?.  Kepala aku rebahkan di atas tangan lemah lentok atas meja laptop....''argh......aku gagal lagi, gagal sebagai seorang ibu, gagal sebagai seorang juru-ray. Aku gagal dalam segala hal.''  Terasa diri begitu hina. Tapi aku cuba melawan perasaan ini. Aku kena juga lalui semua ini. Kesilapan? kegagalan? aku kena tukar ia menjadi satu pengajaran. Hanya itu sahaja jalan yang aku ada.  Masih terlalu awal untuk aku mengalah. Persoalannya mampukah aku? Permulaan tahun 2022 yang sangat mengecewakan. Bermula de