Skip to main content

JATUH KERANA MANUSIA, BANGKITLAH KERANA-NYA





Assalamualaikum , baru-baru ini seorang sahabat dari tempat kerja lama wawa datang menemui wawa. Akhirnya setelah setahun wawa bertukar hospital baru hari ini wawa dapat berjumpa dengannya. 

Wawa sampai agak lewat, wawa memang teruk dalam pengurusan masa. Astagfirullahalazim... teruk kan?

Kesian sahabat wawa ni tunggu lama. Alhamdulillah dia tak marah. Malah terus meluahkan perasaan mengenai masalahnya di tempat kerja dan masalah peribadi yang lain. Wawa hanya mendengar setiap bibit kata dan luahannya yang agak menyedihkan itu. Sabar sahabatku.

..................................................................................................................................................................

Wahai sahabatku, sebenarnya yang paling banyak menyakiti diri sendiri adalah bisikan yang bermain dalam fikiran.

Berhentilah menyalahkan diri atas kesilapan yang berulang kali dilakukan.

Berhentilah berfikir berlebihan tentang perkara yang telah berlaku, atau kata-kata manusia yang sangat merugikan masa, tenaga, emosi dan akal kita. Ingatlah, semua ini boleh menjejaskan kesihatan kita. Kita tak boleh mengubah apa yang telah berlaku walau dengan air mata darah sekalipun. Apa yang boleh kita buat saat ini:

1. kesat air mata

2. Tarik nafas

3. Zikir, Ya Qawiyy(terpulang jumlahnya). ''Ya Allah Yang Maha Kuat, berilah aku kekuatan jiwa untuk menghadapi unian ini.''

4. Zikir Ya Fattah terpulang jumlahnya). Ya Allah Yang Maha Membuka, bukakanlah jalan keluar daripada kebimbangan, kesulitan, keresahan dan kesempitan ini.''

5. Selepas itu segeralah buat kerja, atau apa-apa aktiviti fizikal yang anda selalu buat. Yang suri rumah terus buat kerja rumah, yang kerja terus fokus pada kerja, yang berniaga terus berniaga, yang di pejabat jaga masa dan kualiti kerja. Maka ketahuilah kita semua memang banyak lagi kerja yang perlu dihabiskan.


Jatuh itu biasa. Bangkit setiap kali jatuh itu luar biasa. Jatuh kerana manusia, bangkitlah kerana-Nya.


Sumber: Ustazah Asma Harun.

Comments

  1. Terbaiklah awak 😊

    ReplyDelete
  2. Ya ..terima kasih sahabat atas segala kata2 nasihat...maaf jika nadia terlalu sgt bercakap masalah yg dihadapi..orang2 di sekeliling pun dah mempengaruhi sikap nadia..sikap nadia pun dah jadi lain & berubah...sebab kdg2 kerap sgt terasa & makan hati dgn apa yg depa lakukan...tu la apa pun kena kuar semangat & tak boleh cepat melatah..mungkin ni la ujian hidup utk Allah bg pengajaran supata sentiasa berusaha berdoa & tawakal kepadaNya...you are a good friends.you can be a good listener too..thanks a lot❤️🥰 moga ukhwah kita berkekalan selamanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kasih 🥰🥰

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Ciri-ciri Sunscreen terbaik

Sunscreen sangat penting dalam rutin penjagaan kulit seharian kita. Tentunya ada yang mengelak untuk pakai sunscreen sebab bila pakai especially selepas letak foundation terus mekap jadi oily lah, kadang-kadang bercapuk dan rasa melekit di wajah. Memang dari dulu wawa tak pakai sunscreen sampailah kulit wawa rosak dan bila jumpa doktor pakar kulit perkara pertama yang dia tanya