Skip to main content

Posts

Showing posts with the label STORY

JATUH KERANA MANUSIA, BANGKITLAH KERANA-NYA

Assalamualaikum , baru-baru ini seorang sahabat dari tempat kerja lama wawa datang menemui wawa. Akhirnya setelah setahun wawa bertukar hospital baru hari ini wawa dapat berjumpa dengannya.  Wawa sampai agak lewat, wawa memang teruk dalam pengurusan masa. Astagfirullahalazim... teruk kan? Kesian sahabat wawa ni tunggu lama. Alhamdulillah dia tak marah. Malah terus meluahkan perasaan mengenai masalahnya di tempat kerja dan masalah peribadi yang lain. Wawa hanya mendengar setiap bibit kata dan luahannya yang agak menyedihkan itu. Sabar sahabatku. .................................................................................................................................................................. Wahai sahabatku, sebenarnya yang paling banyak menyakiti diri sendiri adalah bisikan yang bermain dalam fikiran. Berhentilah menyalahkan diri atas kesilapan yang berulang kali dilakukan. Berhentilah berfikir berlebihan tentang perkara yang telah berlaku, atau kata-kata manusia yang...

Pendaftaran Kafa

Hari ini terasa begitu sukar untuk bangun pagi, penat on call semalam masih terasa. Biasalah, perkara yang sama akanku rasa setiap kali lepas oncall. Penat, mengantuk, mata panda dan paling teruk....blur! Kan best kalau cuti. Aku bermonolog sendirian.  Tet tet....bunyi getaran dari telefon bimbitku menandakan ada pesanan masuk. Rupanya dari whatsap group kelas Naufal, afy dan Billa. Hari ini merupakan hari pendaftaran untuk kelas kafa sesi 2022. Hampir terlupa tadi. Masyallah... ................ Sampai sahaja di dalam Department, langkah kakiku terus laju menuju ke arah papan kenyataan. Memang tempat tumpuan awal pagi untuk tengok dan tahu tempat bertugas masing-masing. Alhamdulillah, nasib menyebelahiku. Hari ni aku kena tagging Mammogram. Selalunya kes mammo sebelah pagi sahaja, petang inshaallah free. Cepat-cepat aku ke bilik Kak Izan untuk isi borang keluar waktu pejabat untuk menguruskan pendaftaran kafa 3 beradik itu. .................... sumber: soolacsy.blogspot.com Sesamp...

GAGAL

 Assalamualaikum... Hari ini, detik dan saat ini, aku berkali-kali mengeluh. Masyaallah...banyak sangat perkara yang sukar berlaku pada aku hari ini. Sering kali aku mengingatkan diri ini, supaya sentiasa positif dan pandang setiap dugaan itu dari sudut positif dahulu supaya hasil dan kesan yang akan kita nampak terlahir positif.  Ternyata...semua itu sangatlah sukar di realisasikan di alam realiti. Setakat menaip, berkata dalam hati semua boleh. Tapi bila nak buat, boleh?.  Kepala aku rebahkan di atas tangan lemah lentok atas meja laptop....''argh......aku gagal lagi, gagal sebagai seorang ibu, gagal sebagai seorang juru-ray. Aku gagal dalam segala hal.''  Terasa diri begitu hina. Tapi aku cuba melawan perasaan ini. Aku kena juga lalui semua ini. Kesilapan? kegagalan? aku kena tukar ia menjadi satu pengajaran. Hanya itu sahaja jalan yang aku ada.  Masih terlalu awal untuk aku mengalah. Persoalannya mampukah aku? Permulaan tahun 2022 yang sangat mengecewakan. Be...

Salah roti canai.

 Bismillah... Assalamualaikum . Hari ini wawa kalut sedikit sebab terlewat bangun. Ya ALLAH... teruknya wa. Letih sangat sebab semalam pakai baju berat dekat ot. (Tengok..memang suka salahkan benda lain. diri sendiri punya kelemahan tak nak tengok). Itulah wawa. Sebelum keluar rumah, wawa sempat capai sebuah novel dari beg ikea Kak Syida. (Beg doraemon). '' Hingga Ke Akhirnya'', karya Siti Nur Dhuha ini adalah sambungan dari novel Akhir Sebuah Cinta. Kisah cinta antara Mimi Atia dan Tengku Khuzairi yang sangat romantik. Macam biasa kisah suka antara satu sama lain tapi tak nak mengaku. Walaupun kebanyakan novel cinta memang dah boleh agak bagaimana jalan cerita dia, tapi masih rasa nak baca sebab suka kaji cara penulis menyusun plot setiap babak dari watak-watak tersebut. Berangan? sudah semestinya. Kalau watak heroin cantik terbayang diri sendiri(perasan), kalau watak biasa-biasa saja....terbayang jiran sebelah. Nasib baik, jiran tak pandai baca blog wawa. ...............

Nampak hantu

Hai assalamualaikum... Korang pernah nampak hantu tak? Untunglah kalau tak pernah. Aku pernah nampak sekali. Kisah dia macam ni...... Masa tu, aku berpindah duduk dengan seorang membe aku. Ketika kejadian ini, aku dah hantar anak-anak aku balik Kedah, sebab masa ni, keadaan kewangan aku tak stabil. Jadi aku tak mampu nak bayar kos pengasuh , sewa rumah kat klang mahal sangat dan kos-kos lain. Gaji aku negatif dah. Duit simpanan pun dah habis bayar kos guaman. Jadi membe aku si Fiza ni kesiankan aku, so, dia ajak aku duduk dengan dia. Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat sebab ada kawan yang memahami. Sewa rumah dia pun tak mahal. Aku hanya bayar rm100.  Bermulalah proses angkut-mengangkut barang-barang rumah aku ke rumah Fiza. Kiranya dalam rumah Fiza tu penuh dengan barang aku la. Lepas tu Fiza beri aku bilik. Bilik ni katanya dah lama kosong. Fiza ni kemas orangnya. Jadi memang sejak housemate dia pindah dia tak buka pintu bilik ni. Tak pernah! sampailah aku datang. Kalau te...

Cara Bahagia dan Hidup lebih tenang

Tanganku ligat memerhati gelagat manusia di dalam aplikasi tiktok. Cantik-cantiknya perempuan dalam ni. Terpegun seketika dengan perempuan dalam tik tok ni. Tiba-tiba tanganku terhenti pada satu video. Video dari kak aja @ieda_iedasamadi ini mengenai BAHAGIA  . Katanya kunci bahagia dan hidup lebih tenang adalah dengan berdamai dengan masa lalu. Setuju sangat dengan kenyataan dari kak Hajjah ni. Nak dengar satu kisah benar tak? ........................................................... Penghujung tahun 2016. Perkara ni berlaku selepas beberapa bulan aku sah bercerai dan ditalakkan. Aku dapat satu mesej dari suatu nombor yang tak dikenali.  Dia memperkenalkan diri sebagai isteri my ex. Katanya dia tertekan dengan perangai my ex yang masih merindukan aku.  "saya hanya dapat jasadnya, tapi jiwa dan hatinya hanya menyebut nama awak, hanya untuk awak. Awak beruntung sangat sebab memiliki sepenuh hatinya. Mak pun sama, masih marahkan saya dan tak mahu menerima saya". Aku namak...

Allah hanya menguji apa yang kita mampu sahaja

Gambar sekadar hiasan Usai punch in aku terus melangkah ke bilik 3. Alhamdulillah, hari ni kerja di bilik 3 rileks sikit. Semua pemeriksaan dada sahaja. Tak banyak guna tenaga sangat. Sukanya. Eh, dah ada patient la. Selesai mendaftar masuk dalam DR (Digital Radiography), aku terus memanggil pesakit tersebut untuk di 'x-ray'. ''Mohamad bin Abdullah''. Kelihatan sepasang suami isteri duduk di penjuru ruangan menunggu di hadapan bilik 3. Mendengar namanya dipanggil, lantas si isteri menolak kerusi roda suaminya dengan berhati-hati. aku : Encik Mohamad kena tukar baju ye, sebab baju ni ada butang. Encik boleh berdiri ke?  si suami (encik mohamad) : ya boleh puan. Buka ni! kedengaran tegas dia mengarahkan isterinya membuka bajunya. Dengan penuh hati-hati si isteri menarik baju suaminya dan aku meninggalkan mereka sebentar di ruangan bilik salin baju itu. Tiba-tiba aku terkejut dengar jeritan si suami tadi. '' Tarik la pelan-pelan!''. marah suami kepa...

Raya PKP 3.0

  Assalamualaikum dan hai semua. Alhamdulillah setelah sebulan kita puasa so, hari ni 13 Mei 2021 Khamis bersamaan 1 syawal 1442 Hijrah, umat islam menyambut Idul Fitri. Isnin yang lalu kerajaan secara mengejut mengumumkan perlaksanaan fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Perintah tersebut dikeluarkan susulan peningkatan kes Covid 19 yang mendadak dengan jumlah kes harian melebihi 4000 kes setakat 10 Mei lalu. Walaubagaimanapun, raya tahun ni tetap kami sekeluarga sambut sederhana demi meraikan anak-anak wawa yang berjaya puasa penuh 30 hari.                                                             Tahniah buat anak-anak umi naufal dan kashfi. Billa pula...ermm hanya 2 hari tapi percubaan yang bagus juga untuk billa sebab tahun lepas langsung tak puasa. Inilah budak yang puasa 2 hari je tu. Tahniah anak umi. Pada awa...

Nafkah anak-anak

Sabtu, 26 Ramadan. Alhamdulillah, hari ni aku cuti. Memang dah set dalam kepala hari ni nak pergi cari baju raya anak-anak. Oleh kerana covid, aku tak bawa anak-anak untuk shopping. Tapi yang aku bawa bersama dalam beg itu, cuma pita pengukur baju. Semua ukuran anak-anak bujang ada dalam kepala. Jalan mulai sibuk, masing-masing keluar untuk mencari persiapan raya.  Bukan sahaja melayu, malah cina dan india juga sibuk membeli maklumlah dekat nak raya memang banyak sale. Tapi aku takut sebenarnya, Covid!!! Apa mereka ni sama macam aku ke? tak ada masa lain nak beli? cuma hari ni? Arghhh... cepat-cepat aku melangkah ke arah baju melayu hitam. Owh, tahun ni memang kami sekeluarga pilih tema hitam.  Alangkah kecewanya aku saiz baju untuk naufal dan afi memang selalu habis cepat. Tapi, sebab covid aku dah tak mau lama-lama dekat sini. Jadi aku terpaksa ambil warna yang seakan-akan hitam.  Boleh la kan dari tak ada. Sebenarnya ni mall ke tiga aku cari. Cukuplah tu. Anak-anak buk...

Abah : Happy birthday!

Alhamdulillah....syukur kepada Allah hari ini birthday abah yang ke 67.  Kami adik beradik kongsi duit untuk suprisekan abah dengan nasi arab. Actually abah tak suka benda. Abah sangat suka makan. Favourite dia memang nasi arab kambing.  Abah ni perangai dia dah semakin kebudak-budakan. Seminggu yang lalu, setiap kali wawa tengah siap depan cermin, abah hari-hari tanya ''kakcik, hari ni berapa hb?''. (abah selalu lupa apa yang berlaku masa sekarang tapi memori dia ingat yang masa lalu) ''20 april bah''.  Esoknya berulang lagi. Abah nampak wawa tengah siap abah tanya lagi ''kakcik, hari ni berapa hb?'' ''21 april bah''.  ''wah...lagi 2 hari birthday abah''. Kata abah sambil tersenyum-senyum.  Perkara yang sama berlaku keesokkannya...abah tanya wawa jawab.  Ya Allah...peristiwa ini mengingatkan wa pada iklan petronas raya tahun 2007                                ...

Doa jodoh Yang baik

Alhamdulillah minggu ni wawa kerja dekat ct scan. Banyak yang wawa belajar dekat sini. Bukan sahaja sebagai radiographer tetapi sebagai hamba Allah yang banyak kekurangan.       Sumber : google Dalam ramai-ramai pesakit yang wawa 'handle' wawa tertarik dengan sepasang suami isteri ini. Mereka berusia dalam lingkungan 80an dan berbangsa cina. Sebaik wawa memanggil nama si isteri, suaminya terus bangun dan memimpin tangan si isteri yang kelihatan agak uzur. Kedua-duanya jalan membongkok dan perlahan ke arah wawa. Setelah arahan tukar baju diberikan, si suami mengangguk perlahan tanda memahami setiap bait tutur yang wawa ungkapkan.  Alhamdulillah setelah selesai, mereka berdua keluar dari bilik persalinan. Lengkap berbaju jalur-jalur (pakaian pesakit). Wawa minta si isteri untuk baring di atas meja pemeriksaan. Apa yang wawa rasa sweet sangat bila mana si suami tak lepas dari tangan isteri, setia memimpin sehingga ke meja pemeriksaan.  Dalam diam wawa tersenyu...

Janda

Jam menunjukkan 12 tengahari, dari awal pagi sampai sekarang aku sibuk menyiapkan cd dan filem untuk di 'digitize' ke dalam sistem hospital. Banyak borang masih pending depan komputer. Ketika aku sedang asyik menaip aku rasa sedikit rimas dengan mask yang aku pakai, jadi aku turunkan sekejap untuk keselesaan. tiba-tiba, datang seorang hamba Allah dari arah mana aku pun tak tahu berkata '' eh tengok muka ''j'' ni macam cinalah''. Lantas aku tersentak dan terus berpaling ke arahnya. Memang benar, dia tujukan kata-kata itu kepadaku. ''J?'' dalam suara yang terketar-ketar aku bertanya kepadanya. Sempat juga aku menarik mask kembali apabila dia datang mendekati. ''Hang la, hang janda kan?'''. Aku tergamam, ya Allah, aku tak tahu kenapa hati aku bagai ditusuk sesuatu yang tajam. Mataku terasa panas dan berair tapi aku cuba tahan dan berlagak seperti biasa. Mujur ada mask yang boleh menutupi air mukaku untuk menahan ...

Emas Perhiasan atau Pelaburan

Emas merupakan logam besi yang paling digilai ramai wanita. Hampir semua wanita menggunakan emas sebagai perhiasan diri kerana sifatnya yang berkilauan dengan warna keemasan menimbulkan seri pada si pemakai. Emas juga dijadikan sebagai pelaburan yang sangat menguntungkan untuk jangkamasa yang panjang. Sebagai contoh, kalau zaman mak wawa dahulu harga emas cuma 1gram rm30 sahaja. Tapi sekarang harga emas dah mencecah 1gram rm300. Tambahan pula, seseorang wanita membeli emas bukan untuk tempoh setahun tapi untuk jangkamasa yang panjang. Jadi memang sangat berbaloi dan menguntungkan. Selepas tamat sahaja tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, sales kedai emas melonjak naik. Tambahan pula bila ada duit moratorium dan i-Lestari lagi bertambah ramai yang memilih untuk lepak di kedai emas. Wawa nak kongsi beberapa tips membeli emas bagi mengelakkan anda ditipu peniaga kedai emas.  1. Kalau nak beli secara online, mesti beli dengan reputable seller. Maksudnya seller yang kita ...

Jam 12 malam

Assalamualaikum Salam maal hijrah buat semua pembaca. Walaupun hari ni cuti, tapi wawa kena kerja... biasalah wawa memang suka kerja. (kononnya). Hari ni kerja dekat OT(dewan bedah). Kiranya wawa standby je kat rumah. Kalau ada kes baru ke hospital..tengahari tadi dah buat satu kes budak 10 tahun ada bendasing dekat bahu dia. Sekejap je... Lepas tu wawa balik... Masak dan makan.. Dah kenyang tidur je la... Nak buat apa lagi..nak bersenam? Ish... Dalam mimpi la..  9:30pm Kedengaran lagu ost my girl menandakan ada panggilan masuk Misi : hello...cik najwa ke? dari ot ni... Kami nak panggil kes la..budak 3 tahun. Cik najwa boleh datang sekarang tak?  Wawa: eh, boleh sangat(kang jawab tak boleh kena buat surat tunjuk sebab lak kan).  Misi: terima kasih cik najwa Wawa: sama-sama kasih .............………..........................................................  Tepat jam 10pm, wawa terus thumb in...dan berjalan menuju ke minor ot. 12:00 tgh malam... Selesai kes dan wawa maca...

Jin dalam kain

  Assalamualaikum dan hai. Biasanya malam-malam macam ni wawa akan layan video kat tik tok. Tengok orang tua menari gedik-gedik. Best jugak buat senaman rahang habuan nak gelak guling-guling. Tapi perasaan wawa malam ni lain macam. Suasana sunyi menyelubungi diri. Wawa pelik kenapa malam ni anak-anak jiran ni tak bising macam selalu. Anak-anak wawa pula ada kat rumah mak. Sebab covid ni la, wawa decide cutikan depa dulu.  Wawa perhati sekeliling rumah. Semua kerja rumah dah buat. Tiba-tiba, wawa ternampak bakul pink tepi dinding. Elok kedudukan dia. Tapi ada sesuatu yang menyakitkan mata. Sebenarnya dah lama wawa rasa sakit mata bila tengok isi dalam bakul ni. Tapi, wawa cuba tahan dan buat tak nampak je. Dalam banyak-banyak kerja rumah, benda ni la paling wawa malas...apa dia? ... LIPAT KAIN. Ye kawan-kawan.. Wawa suka basuh baju.. Sebab pakai mesin. Tapi mai bab lipat... Rasa lemah satu badan.  Pernah dengar tak, orang tua-tua pesan "kain jangan biar bertimbun"  "K...

sumpahan Gunung Keriang

Assalamualaikum dan hai. Baru-baru ni wawa pergi ke Alor Setar uruskan sesuatu dan dalam perjalanan balik tu wawa ternampak lah Gunung yang sangat cantik ni. Jadi, untuk orang yang suka bergambar macam wawa memang tak kan nak tengok saja kan. At least ambik la gambar buat kenangan walaupun tak daki pun gunung ni. Gunung Keriang terletak 8km dari Pusat bandar Alor Setar. Tapi, orang Kedah sebut 'Gunung Gheyang' idgham lebih sikit. Kalau tengok pemandangan di sekeliling gunung ni memang sangat cantik.  Wawa pun tak plan nak panjat gunung ke apa. Dah la pakai kain. Bajet ayu tak kan nak panjat gunung. Gitewww. Gunung Keriang mempunyai ketinggian hanya 217.92 meter dari paras laut. Kalau ikut pengalaman mereka yang suka hiking tak lah tinggi mana. Lebih kurang satu jam sahaja untuk sampai ke puncak.  Wawa rasa kan tempat ni sangatlah cantik untuk photoshoot gambar kahwin. Pemandangan sawah yang hijau. Gunung yang tak berapa nak tinggi. 'just nice' gitewww. Yang ni view sebe...