Skip to main content

Jin dalam kain

 Assalamualaikum dan hai.

Biasanya malam-malam macam ni wawa akan layan video kat tik tok. Tengok orang tua menari gedik-gedik. Best jugak buat senaman rahang habuan nak gelak guling-guling. Tapi perasaan wawa malam ni lain macam. Suasana sunyi menyelubungi diri. Wawa pelik kenapa malam ni anak-anak jiran ni tak bising macam selalu.

Anak-anak wawa pula ada kat rumah mak. Sebab covid ni la, wawa decide cutikan depa dulu. 

Wawa perhati sekeliling rumah. Semua kerja rumah dah buat. Tiba-tiba, wawa ternampak bakul pink tepi dinding. Elok kedudukan dia. Tapi ada sesuatu yang menyakitkan mata. Sebenarnya dah lama wawa rasa sakit mata bila tengok isi dalam bakul ni. Tapi, wawa cuba tahan dan buat tak nampak je. Dalam banyak-banyak kerja rumah, benda ni la paling wawa malas...apa dia? ... LIPAT KAIN. Ye kawan-kawan.. Wawa suka basuh baju.. Sebab pakai mesin. Tapi mai bab lipat... Rasa lemah satu badan. 

Pernah dengar tak, orang tua-tua pesan "kain jangan biar bertimbun" 

"Katil jangan biar berselerak". 

Minta Tolong Atuk

Ada sorang pak cik ni datang jumpa atuk aku. Katanya cucu dia hilang. Dah 3 hari. Atuk aku pun pergi la ke rumah pak cik ni tolong apa yang patut. 

Macam biasala atuk aku ni bawa Quran dengan dia. Memang selalu dia dengan Quran pun. Bila sampai depan rumah pak cik tadi, atuk aku minta izin nak masuk. 

Atuk aku berdiri depan bilik ni. Dalam bilik ni depa tak tidur pun. Depa buat tempat letak kain yang dah dibasuh. Sebab malas lipat. 

Atuk aku berdiri tepi katil, dia baca doa  lepas tu dia seluk tangan dia dalam timbunan kain tu. 

Entah apa dia cari tapi masa dia menggagau tu tangan dia kena tarik. Tersembam muka atuk aku kat timbunan kain tu. Atuk aku melawan. Dia baca ayat-ayat suci al-Quran. Dengar bunyi meracau. Katil tu bergegar tapi kain yang bertimbun tu tak jatuh pula. 

Entah apa atuk aku baca, tiba-tiba keluar api kat timbunan kain tu. Bau dia hangit. 

Atuk aku baca yasin mubin. Dalam surah yasin tu ada 7 mubin. Setiap kali sampai dekat mubin atuk aku berdoa. 

Pelan-pelan atuk aku tarik tangan dia. Tak lama lepas tu nampak tangan budak kecik tu. Atuk aku tarik keluar sampai habis badan budak tu dari timbunan kain. Budak tu dah lemah longlai. Satu badan dia lebam kena hisap darah. 

"hari-hari kami lipat kain" kata nenek budak tu. Muka tak percaya. 

"jangan biar kain bertimbun. Jin suka duduk kat dalam kain bertimbun." pesan atuk aku. 

Wawa tak pasti cerita ni betul atau tidak. Tapi lepas wawa baca terus wawa ambik kain dalam bakul dan lipat. 

Tadaaaaaa bakul pink dah kosong... Yeay
So, tak kisah la cerita tu betul ke tak.. Tapi cerita beliau bagi kesedaran pada wawa yang malas lipat kain ni.. 

Thanks for reading... Daaaaaaa


Comments

  1. Replies
    1. Terima kasih khuzairi... Selalu support blog sendu saya ni

      Delete
  2. Nadia tak suka tgk kain baju Yg bertimbun dlm raga.. Ada masa terluang Nadia akan lipat smpai habis..sambil tgk TV pun blh habis kain sebakul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow... Bagus nadia... Wa mmg tak rajin... Bab lipat... Tp lepas ni insaf la..

      Delete
  3. Nadia tak suka tgk kain baju Yg bertimbun dlm raga.. Ada masa terluang Nadia akan lipat smpai habis..sambil tgk TV pun blh habis kain sebakul.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

Patah sayap bertongkat paruh

Hai assalamualaikum Pada hari yang sangat panas ni wawa teringat satu drama. Sebenarnya wawa tak layan drama melayu. Bukan sebab tak mau sokong ke apa. Tapi sebab kebanyakan drama melayu semua cerita pasal rampas suami orang, kacau bini orang, pakwe orang, tunang orang eh semua pasal rampas la memang ada dalam drama melayu... Baik layan drama korea.. Kan...beza sangat.. Tapi kali ni wawa rasa terdetik di hati nak layan drama "patah sayap bertongkat paruh" ni kat astro ria.. Sebab semalam mak ada cakap 'kak cik drama patah sayap bertongkat paruh lakonan fasha sandha tu sebiiiiiijik macam kisah