Skip to main content

Glycolic acid

Hai assalamualaikum.

Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat dan kulit sensitif pastinya sangat teliti dalam pemilihan produk penjagaan kulit wajah . 

Selalunya, wawa akan baca setiap isi kandungan dalam sesuatu produk sebelum buat keputusan untuk membelinya. Antara kandungan paling wawa suka adalah 'glycolid acid'.

Apa Itu Glycolic Acid

Glycolic acid merupakan salah satu rantaian kecil yang terdapat di dalam Alpha Hydroxy Acid (AHA) selain malic dan lactid acid. Glycolic acid atau asam glikolat  boleh diperolehi di dalam tebu.

Fungsi Glycolic Acid

Oleh kerana ukuran molekul glycolic acid ini lebih kecil maka, ianya sering digunakan untuk mengekfoliasi sel kulit mati pada wajah. Kesan pengelupasan oleh asam glikolat ini tidak akan menyumbatkan pori-pori wajah dan tidak akan membuat kulit breakout dengan teruk.

Walaupun ia bekerja dengan mengelupaskan kulit, anda tak perlu risau kerana Glycolic acid tidak akan merosakan ' skin barrier' pada lapisan luar kulit dan akan terus mengekalkan kelembapan pada kulit wajah. Ini berbeza dengan ubat jerawat yang lain seperti salysilic acid dan benzoil peroxide yang selalunya akan menyebabkan kekeringan pada kulit setelah beberapa kali penggunaan pada wajah.

Glycolic acid membantu dalam meransang kulit untuk menghasilkan kolagen iaitu protein yang berfungsi untuk menjaga kekenyalan dan mengekalkan keanjalan kulit.

Dose Glycolic Acid

Setiap produk yang mengandungi Glycolic Acid mempunyai kadar dose yang berbeza-beza :

1. Anti penuaan : krim, lotion atau larutan                  dengan 25% glycolic acid

    kekerapan penggunaan  : sebulan sekali

2. Anti jerawat : krim atau larutan 10% glycolic        acid

    kekerapan penggunaan : digunakan selama 2      minggu

3. Mengatasi bekas jerawat : peeling dengan            kandungan 20-70% glycolic acid

    kekerapan penggunaan : setiap 2 atau 6                minggu

Pastikan produk yang anda gunakan tidak melebihi dose yang ditetapkan untuk mengelakkan kesan sampingan pada kulit.

Yang paling penting penggunaan glycolic acid seharusnya disusuli dengan penggunaan pelindung UV( sunscreen), kerana asam glikolat akan membuatkan  kulit kita menjadi lebih sensitif.


Manfaat Glycolic acid pada wajah

Selain membantu dalam perawatan kulit berjerawat, glycolic acid juga dapat menyelesaikan beberapa masalah kulit yang lain. Antaranya : 

1. Membantu mencerahkan wajah

glycolic acid mampu meransang pengelupasan sel-sel kulit mati yang bersarang di wajah. Namun jangan risau kerana ianya tidak akan membuatkan kulit menjadi kasar malah ia akan menjadikan kulit kita bertambah cerah.

2.    Meratakan warna kulit.

                                               

Oleh kerana glycolic acid bekerja dengan mengankat sel-sel kulit mati sekaligus ianya juga dapat membantu dalam memudarkan parut jerawat, flek-flek hitam, pigmentasi dan juga melasma yang menempel pada kulit wajah.

3.    Membersihkan dan mengecilkan pori-pori

                                            

4.    Memudarkan parut jerawat

                                           

Bukan sahaja ianya berjaya membantu dalam masalah kulit berjerawat, malah ianya juga memudahkan penggantian sel baru dengan cepat.

5.  Menganjalkan kulit dan mengurangkan tanda-tanda penuaan pada kulit wajah

                                           

Glycolic acid mampu meransang penghasilan kolagen dan elastin yang merupakan kunci kepada kulit yang lebih anjal dan awet muda. Jika digunakan dengan cara yang betul dan teratur ianya mampu mengurangkan garis-garis halus pada wajah dan mencerahkan kulit.

Begitulah sedikit info yang dapat wawa kongsikan dengan anda semua.... Jadi, kesimpulannya sebelum kita nak cari apa sahaja produk terutamanya skincare la wawa cadangkan kita study 'ingredient' dia terlebih dahulu. Sebelum tu kita kena pastikan, bahan apa yang selalu 'tak ngam' dengan kulit kita. Bila dah kenalpasti, kan lebih mudah kita nak cari produk yang sesuai kan. So, tak dak lah lama sangat lepak dalam watson tu.

Peringatan: penggunaan glycolid acid bersama scrub tidak digalakkan.

Selamat mencuba =)



Comments

Popular posts from this blog

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Ciri-ciri Sunscreen terbaik

Sunscreen sangat penting dalam rutin penjagaan kulit seharian kita. Tentunya ada yang mengelak untuk pakai sunscreen sebab bila pakai especially selepas letak foundation terus mekap jadi oily lah, kadang-kadang bercapuk dan rasa melekit di wajah. Memang dari dulu wawa tak pakai sunscreen sampailah kulit wawa rosak dan bila jumpa doktor pakar kulit perkara pertama yang dia tanya