Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

Kebenaran yang menyakitkan

 Hai.... Morning Wawa ternampak post ni dekat Quora jadi wa nak post dekat sini sebagai pengajaran.  Gambar diambil oleh seorang jururawat yang menjaga pesakit ini. Pesakit dalam gambar ini dimasukkan ke hospital kerana sakit tua. Sepanjang 3 hari dia berada di dalam wad tiada seorang pun dari ahli keluarganya yang datang melawat.  Akan tetapi, yang menariknya hanya ada seekor merpati yang setia menanti di sisi katilnya sejak hari kedua dia dimasukkan ke wad ini.  Akhirnya kebenaran terungkai apabila jururawat tadi bertanya kepada pesakit itu mengenai keberadaan burung merpati di sisinya. Sebenarnya, setiap hari dia akan ke taman untuk berehat sambil memberi makan kepada merpati ini tanpa jemu selama beberapa tahun.  Kesimpulan yang wawa dapat dari kisah ni ialah, beri makan kepada manusia(tak semua la) belum tentu dia boleh ingat dan balas. Tetapi bila kita beri makan pada haiwan sampai bila-bila pun ia akan kenang.  Ke hampa ada kesimpulan lain? Cuba share kat komen wawa nak tau juga

Emas Perhiasan atau Pelaburan

Emas merupakan logam besi yang paling digilai ramai wanita. Hampir semua wanita menggunakan emas sebagai perhiasan diri kerana sifatnya yang berkilauan dengan warna keemasan menimbulkan seri pada si pemakai. Emas juga dijadikan sebagai pelaburan yang sangat menguntungkan untuk jangkamasa yang panjang. Sebagai contoh, kalau zaman mak wawa dahulu harga emas cuma 1gram rm30 sahaja. Tapi sekarang harga emas dah mencecah 1gram rm300. Tambahan pula, seseorang wanita membeli emas bukan untuk tempoh setahun tapi untuk jangkamasa yang panjang. Jadi memang sangat berbaloi dan menguntungkan. Selepas tamat sahaja tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, sales kedai emas melonjak naik. Tambahan pula bila ada duit moratorium dan i-Lestari lagi bertambah ramai yang memilih untuk lepak di kedai emas. Wawa nak kongsi beberapa tips membeli emas bagi mengelakkan anda ditipu peniaga kedai emas.  1. Kalau nak beli secara online, mesti beli dengan reputable seller. Maksudnya seller yang kita dah

Review: Heliocare water gel sunscreen

 Hai assalamualaikum..... Pagi ni happy sangat bila nampak abang posmen. Sebabnya wawa baru je order sunscreen hari khamis yang lalu. Sebelum ni wawa pernah post pasal Heliocare ni jugak kan. Kali ni wawa nak cuba pakai yang jenis water gel. Ramai juga bagi feedback yang baik-baik dan best mengenai water gel ni. Sunscreen adalah benda paling utama dalam skincare wawa. Wawa tak kan keluar rumah tanpa sunscreen. Wajib tau. Kalau tak pakai rasa 'habisla naik jeragat la nanti'. Takut-takut nak berjalan di bawah cahaya matahari. Bukan semua sunscreen sesuai dengan kulit wawa. Hanya heliocare je yang wawa percaya dan yakin untuk letak atas kulit wajah wawa. Kalau brand lain memang wawa tak berani.  Bismillah......  Wawa harap yang water gel ni pun se best gel oil free la. =) Tekstur water gel Ok dalam dia comel je... Besar tapak tangan wawa je. Cara pakai sama je macam gel oil free. Tekstur dia lebih cair dan bau dia macam bedak sejuk. Serius.... Tapi ok la yang penting broad spectru

Give up

Hari ni tak dak mood sangat. Rasa give up dengan apa yang wawa buat... Give up sampai sempat la buat video letak lagu sedih Tolonglah semangat datang kembali. Ada banyak lagi impian yang belum wawa capai. Ehh... Post ni memang betul-betul punya give up. Sebab wawa sampai tak tahu nak tulis apa. Sekadar luahan perasaan je. ****************************************** Kan best kalau doraemon ada. Boleh minta pintu yang tembus ke tempat kita nak pergi tu.. Kalau boleh wa nak ada atas gunung sekarang. Tapi tak mau hiking. Penat. ( ye... Wa memang teruk).. Ok thanks for reading... Bye... 

Dendam itu ibarat racun

Semalam sebelum tidur terngiang-ngiang kata-kata seorang sahabat. Rasa sedikit terluka dengan apa yang dilontarkan. Lantas, wawa teringat suatu kisah mengenai dua sahabat.  ................................................................................ Dua orang sahabat karib pergi mengembara melalui sebuah padang pasir yang terbentang luas. Di tengah-tengah perjalanan itu berlaku sedikit perbezaan pendapat yang membawa kepada pertengkaran. Akibat tidak dapat mengawal perasaan dan memuncaknya kemarahan, seorang telah memukul sahabatnya. Dengan penuh rasa hiba, sahabat yang dipukul mengambil ranting kayu dan menulis di atas pasir : " Hari ini sahabat baikku telah memukulku." Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan bersama-sama. Setelah lama berjalan, mereka sampai di sebuah lembah subur dengan tasik yang dingin. Tanpa berlengah, sahabat yang kena pukul tadi terjun ke dalam tasik tersebut untuk menyejukkan badannya. Tiba-tiba ia gagal mengawal diri dan mula tenggelam ke dasar

Psychology tricks

 1. Jika anda dalam keadaan marah, cuba lukis garis lurus banyak-banyak. Percayalah dengan hanya melukis corak yang simple akan dapat menenangkan anda.  2. Senyum sebelum menjawab telefon boleh membantu meningkatkan mood happy dan suara yang ceria ketika berbual dalam talian.   3. Jika seseorang dalam keadaan marah, cuba beri sokongan pada dia dan tegaskan yang dia ada hak untuk luahkan segala amarahnya. Jangan sesekali suruh dia bertenang sewaktu tengah marah kerana ini akan membuatkan dia berasa lebih marah dan keadaan akan menjadi bertambah parah.   4. Bila kita rapat dengan seseorang, secara automatik kita akan dengar suara dia dalam kepala kita ketika baca mesej dari dia.   5. Jika nak tahu seseorang itu beri nombor telefon yang betul atau tidak cuba baca nombor yang diberi secara terbalik. Jika dia betulkan maka betul la itu nombornya.   6. Seseorang akan menjadi lebih jujur jika dia dalam keadaan keletihan. Oleh sebab itu, ramai yang memilih untuk meluahkan perasaan ketika berbu

Jam 12 malam

Assalamualaikum Salam maal hijrah buat semua pembaca. Walaupun hari ni cuti, tapi wawa kena kerja... biasalah wawa memang suka kerja. (kononnya). Hari ni kerja dekat OT(dewan bedah). Kiranya wawa standby je kat rumah. Kalau ada kes baru ke hospital..tengahari tadi dah buat satu kes budak 10 tahun ada bendasing dekat bahu dia. Sekejap je... Lepas tu wawa balik... Masak dan makan.. Dah kenyang tidur je la... Nak buat apa lagi..nak bersenam? Ish... Dalam mimpi la..  9:30pm Kedengaran lagu ost my girl menandakan ada panggilan masuk Misi : hello...cik najwa ke? dari ot ni... Kami nak panggil kes la..budak 3 tahun. Cik najwa boleh datang sekarang tak?  Wawa: eh, boleh sangat(kang jawab tak boleh kena buat surat tunjuk sebab lak kan).  Misi: terima kasih cik najwa Wawa: sama-sama kasih .............………..........................................................  Tepat jam 10pm, wawa terus thumb in...dan berjalan menuju ke minor ot. 12:00 tgh malam... Selesai kes dan wawa macam biasa la kalau ba

Suhu Sejuk Boleh Bakar LEMAK

Tahukah anda tidur dengan suhu yang sejuk boleh membantu proses pembakaran lemak? Para saintis telah membuktikan bahawa pendedahan kepada udara sejuk boleh membakar kalori berlebihan. Mereka mendapati bahawa, walaupun dalam suhu yang agak sejuk dan tidak menggigil badan membakar lebih banyak kalori dengan meningkatkan pengeluaran haba.  Sebenarnya menggigil dalam keadaan sejuk bukanlah sesuatu yang mengganggu, ia sangat membantu dalam proses pembakaran kalori. Pembakaran kalori sangat diperlukan untuk menghalang tubuh badan berada dalam suhu rendah. Dengan ini, otot anda pasti akan dipindahkan dalam keadaan terkejut akibat menggigil. Jika anda menggigil lebih dari 15 minit, anda akan kehilangan 100 kalori. Otot juga akan merembeskan hormon 'IRISIN' yang berfungsi untuk meransang pengeluaran haba dari sel-sel lemak yang tersimpan dalam tubuh. sumber: Google Jadi, untuk mereka yang nak kurus boleh la amalkan setiap malam tidur dalam 'air cond' dengan suhu 16 darjah celsiu

Jin dalam kain

  Assalamualaikum dan hai. Biasanya malam-malam macam ni wawa akan layan video kat tik tok. Tengok orang tua menari gedik-gedik. Best jugak buat senaman rahang habuan nak gelak guling-guling. Tapi perasaan wawa malam ni lain macam. Suasana sunyi menyelubungi diri. Wawa pelik kenapa malam ni anak-anak jiran ni tak bising macam selalu. Anak-anak wawa pula ada kat rumah mak. Sebab covid ni la, wawa decide cutikan depa dulu.  Wawa perhati sekeliling rumah. Semua kerja rumah dah buat. Tiba-tiba, wawa ternampak bakul pink tepi dinding. Elok kedudukan dia. Tapi ada sesuatu yang menyakitkan mata. Sebenarnya dah lama wawa rasa sakit mata bila tengok isi dalam bakul ni. Tapi, wawa cuba tahan dan buat tak nampak je. Dalam banyak-banyak kerja rumah, benda ni la paling wawa malas...apa dia? ... LIPAT KAIN. Ye kawan-kawan.. Wawa suka basuh baju.. Sebab pakai mesin. Tapi mai bab lipat... Rasa lemah satu badan.  Pernah dengar tak, orang tua-tua pesan "kain jangan biar bertimbun"  "Katil

Glycolic acid

Hai assalamualaikum. Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat dan kulit sensitif pastinya sangat teliti dalam pemilihan produk penjagaan kulit wajah .  Selalunya, wawa akan baca setiap isi kandungan dalam sesuatu produk sebelum buat keputusan untuk membelinya. Antara kandungan paling wawa suka adalah 'glycolid acid' . Apa Itu Glycolic Acid Glycolic acid merupakan salah satu rantaian kecil yang terdapat di dalam Alpha Hydroxy Acid (AHA) selain malic dan lactid acid. Glycolic acid atau asam glikolat  boleh diperolehi di dalam tebu. Fungsi Glycolic Acid Oleh kerana ukuran molekul glycolic acid ini lebih kecil maka, ianya sering digunakan untuk mengekfoliasi sel kulit mati pada wajah. Kesan pengelupasan oleh asam glikolat ini tidak akan menyumbatkan pori-pori wajah dan tidak akan membuat kulit breakout dengan teruk. Walaupun ia bekerja dengan mengelupaskan kulit, anda tak perlu risau kerana Glycolic acid tidak akan merosakan ' skin barrier' pada lapisan luar kulit dan

sumpahan Gunung Keriang

Assalamualaikum dan hai. Baru-baru ni wawa pergi ke Alor Setar uruskan sesuatu dan dalam perjalanan balik tu wawa ternampak lah Gunung yang sangat cantik ni. Jadi, untuk orang yang suka bergambar macam wawa memang tak kan nak tengok saja kan. At least ambik la gambar buat kenangan walaupun tak daki pun gunung ni. Gunung Keriang terletak 8km dari Pusat bandar Alor Setar. Tapi, orang Kedah sebut 'Gunung Gheyang' idgham lebih sikit. Kalau tengok pemandangan di sekeliling gunung ni memang sangat cantik.  Wawa pun tak plan nak panjat gunung ke apa. Dah la pakai kain. Bajet ayu tak kan nak panjat gunung. Gitewww. Gunung Keriang mempunyai ketinggian hanya 217.92 meter dari paras laut. Kalau ikut pengalaman mereka yang suka hiking tak lah tinggi mana. Lebih kurang satu jam sahaja untuk sampai ke puncak.  Wawa rasa kan tempat ni sangatlah cantik untuk photoshoot gambar kahwin. Pemandangan sawah yang hijau. Gunung yang tak berapa nak tinggi. 'just nice' gitewww. Yang ni view sebe

Lagu Aisyah dikritik Ulama. Ini sebabnya

Hai assalamualaikum.... Hari tu wawa buka FB banyak betul keluar penyanyi yang buat cover lagu Aisyah isteri Rasulullah. Lagu ni memang trending sebab sedap sangat kan. Siti Nurhaliza pun ada cover lagu ni. Yang paling wawa suka cover Nissa Sabyan. Siap download video dia sebab nak tengok muka Nissa sambil dengar lagu ni. Nissa comel putih pipi merah.(pakai blusher).

Cinta pandang Pertama

sekadar hiasan : google Assalamualaikum dan hai  Pernah tak ada seseorang yang suka sangat dekat ampa lepas tu dia confess yang dia jatuh cinta kat ampa pada pandangan pertama? Pernah? seriously, ni first time ok. Look, i dont believe in human love since my ex husband betrayed my trust. perghhh ayat wawa sometimes tak leh blah kan. But its true...untill now...walaupun dah 5tahun berlalu. Bukan tak  move on..Cuma

Bad Liar - Imagine Dragon (Maksud di sebalik lagu)

Assalamualaikum dan hai everything... Benda yang paling wawa suka buat kalau free semestinya mendengar muzik. Muzik sememangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan kehidupan kita. Tipulah kalau ada yang kata "saya tak suka muzik". Pertama kali wawa dengar lagu Bad Liar ni wawa dah suka sangat. Sebab bunyi muzik dia sedap sangat bila dengar pakai earphone. Kalau pakai speaker mesti lagi sedap kan?...Lepas tu baru wawa layan lirik dia. Wow not bad la. Jom layan

Rindu (sebelum PKP)

Assalamualaikum dan hai everything.... Aduh... Wawa kalau tak kerja, aktiviti kat rumah semua dah buat.. Mandi, masak, makan, basuh baju bla bla bla.... Eh semua dah.. 'eh nak buat apa lagi ni?' nak text boyfriend,

Stay at home for us

Assalamualaikum dan hai everything 😍😍. Sekarang dah viral hai everything ni kan. So macam mana korang dekat rumah tu? Masih manusia ke? Hehe... Gurau je. Ramai la yang post dekat fb masing-masing aktiviti seharian sepanjang PKP ni kan... Bagusla time macam ni la kita nak spend time dengan family kan?  Sebenarnya kan...

Baju macam kain langsir

Assalamualaikum dan hai. ok gambar ni wawa ambil pada awal februari hari tu. Masa ni wawa agak sedih sebenarnya, sebab ada seorang hamba Allah ni dia datang kat wawa dan cakap baju wawa ni macam

Rutin every week

Assalamualaikum dan hai. Seperti biasa setiap hari sabtu wawa akan travel dari Sg lalang ke Kulim. Memang dah jadi kewajipan. Dan yang paling penting wawa

Watson and Me

Assalamualaikum dan hai.... Wawa tak tahu la kenapa setiap kali masuk mall wawa mesti akan singgah watson. Wajib. Kadang-kadang tak beli apa-apa pun, tapi rasa happy nak masuk.  Tambah-tambah bila tengok bahagian make up. Test semua jenis lipstik dan lipmatte. My favourite drugstore lipsmatte setakat ni the one and only MATTE JUNKIE by Silky Girl. Love sangat. Banyak juga barang Silky Girl yang wawa suka. Pada wawa Silky Girl harga dia tak mahal dan sesuai je untuk kulit yang sensitif macam wa. Tu je la nak story... Thanks for reading... Bye... 

Biggest flex for 2019

Assalamualaikum dan hai. Walaupun dah terlambat nak tulis fasal 'the biggest flex'ni , Sebab hari ni dah masuk tahun 2020. But its ok, Wawa still nak tulis juga sebab satu hari nanti wawa nak baca balik fasal ni.  Untuk tahun 2019, wawa punya life biasa sahaja. Kerja, kerja dan kerja. Sampai terlupa tentang