Skip to main content

sumpahan Gunung Keriang

Assalamualaikum dan hai.

Baru-baru ni wawa pergi ke Alor Setar uruskan sesuatu dan dalam perjalanan balik tu wawa ternampak lah Gunung yang sangat cantik ni. Jadi, untuk orang yang suka bergambar macam wawa memang tak kan nak tengok saja kan. At least ambik la gambar buat kenangan walaupun tak daki pun gunung ni. Gunung Keriang terletak 8km dari Pusat bandar Alor Setar. Tapi, orang Kedah sebut 'Gunung Gheyang' idgham lebih sikit. Kalau tengok pemandangan di sekeliling gunung ni memang sangat cantik. 


Wawa pun tak plan nak panjat gunung ke apa. Dah la pakai kain. Bajet ayu tak kan nak panjat gunung. Gitewww.
Gunung Keriang mempunyai ketinggian hanya 217.92 meter dari paras laut. Kalau ikut pengalaman mereka yang suka hiking tak lah tinggi mana. Lebih kurang satu jam sahaja untuk sampai ke puncak. 



Wawa rasa kan tempat ni sangatlah cantik untuk photoshoot gambar kahwin. Pemandangan sawah yang hijau. Gunung yang tak berapa nak tinggi. 'just nice' gitewww.


Yang ni view sebelah kanan ....Nampak macam bangunan lama...Siang ok la...malam mesti seram. lagipun kawasan ni agak sunyi.

Sebenarnya kan, wawa pernah terbaca mengenai Gunung Keriang dan sumpahan. Mitos ini diperdengarkan oleh penduduk di sekitar sini juga.
Cerita mengenai Gunung Keriang bermula apabila terdapat makhluk aneh dan mistik bernama Sang Gedembai yang jatuh cinta kepada seorang puteri raja.
Namun lamaran Sang Gedembai ditolak dan menyebabkan dia berasa marah dan kecewa.
Oleh itu, Sang Gedembai yang dikatakan mempunyai kuasa sakti telah menyumpah puteri raja tersebut. Dalam sebuah gua di sini terdapat serpihan pinggan yang amat banyak dipercayai kepunyaan tuan puteri. Menurut penduduk di sini, dahulu kawasan ini merupakan laut, namun mengalami perubahan proses semulajadi dengan izin Allah. 
Betul atau tidak mitos ini terserah kepada kepercayaan dan fahaman masing-masing. 


eh...tiiiiber...ni la puteri raja tu..selepas 32 keturunan.(gurau je...jangan serius sangat)


OK...sorry tergedik sikit...wawa suka juga berangan. Jadi, wawa bajet macam dalam video kllip giteww kan...boleh la wawa abadikan video ni untuk tatapan cucu cicit wawa nanti...
''tok hang gedik'' (caption video)
so, kalau datang ke sini...benda wajib dibawa adalah camera atau 'handphone' supaya dapat rakam moment-moment cantik dengan view yang sangat menenangkan ini. 

jumpa lagi...thanks for reading...daaaaaaaaa

















Comments

Popular posts from this blog

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

Nampak hantu

Hai assalamualaikum... Korang pernah nampak hantu tak? Untunglah kalau tak pernah. Aku pernah nampak sekali. Kisah dia macam ni...... Masa tu, aku berpindah duduk dengan seorang membe aku. Ketika kejadian ini, aku dah hantar anak-anak aku balik Kedah, sebab masa ni, keadaan kewangan aku tak stabil. Jadi aku tak mampu nak bayar kos pengasuh , sewa rumah kat klang mahal sangat dan kos-kos lain. Gaji aku negatif dah. Duit simpanan pun dah habis bayar kos guaman. Jadi membe aku si Fiza ni kesiankan aku, so, dia ajak aku duduk dengan dia. Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat sebab ada kawan yang memahami. Sewa rumah dia pun tak mahal. Aku hanya bayar rm100.  Bermulalah proses angkut-mengangkut barang-barang rumah aku ke rumah Fiza. Kiranya dalam rumah Fiza tu penuh dengan barang aku la. Lepas tu Fiza beri aku bilik. Bilik ni katanya dah lama kosong. Fiza ni kemas orangnya. Jadi memang sejak housemate dia pindah dia tak buka pintu bilik ni. Tak pernah! sampailah aku datang. Kalau te...