Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2020

Kebenaran yang menyakitkan

 Hai.... Morning Wawa ternampak post ni dekat Quora jadi wa nak post dekat sini sebagai pengajaran.  Gambar diambil oleh seorang jururawat yang menjaga pesakit ini. Pesakit dalam gambar ini dimasukkan ke hospital kerana sakit tua. Sepanjang 3 hari dia berada di dalam wad tiada seorang pun dari ahli keluarganya yang datang melawat.  Akan tetapi, yang menariknya hanya ada seekor merpati yang setia menanti di sisi katilnya sejak hari kedua dia dimasukkan ke wad ini.  Akhirnya kebenaran terungkai apabila jururawat tadi bertanya kepada pesakit itu mengenai keberadaan burung merpati di sisinya. Sebenarnya, setiap hari dia akan ke taman untuk berehat sambil memberi makan kepada merpati ini tanpa jemu selama beberapa tahun.  Kesimpulan yang wawa dapat dari kisah ni ialah, beri makan kepada manusia(tak semua la) belum tentu dia boleh ingat dan balas. Tetapi bila kita beri makan pada haiwan sampai bila-bila pun ia akan kenang.  Ke hampa ada kesimpulan lain? Cuba share kat komen wawa nak tau juga

Emas Perhiasan atau Pelaburan

Emas merupakan logam besi yang paling digilai ramai wanita. Hampir semua wanita menggunakan emas sebagai perhiasan diri kerana sifatnya yang berkilauan dengan warna keemasan menimbulkan seri pada si pemakai. Emas juga dijadikan sebagai pelaburan yang sangat menguntungkan untuk jangkamasa yang panjang. Sebagai contoh, kalau zaman mak wawa dahulu harga emas cuma 1gram rm30 sahaja. Tapi sekarang harga emas dah mencecah 1gram rm300. Tambahan pula, seseorang wanita membeli emas bukan untuk tempoh setahun tapi untuk jangkamasa yang panjang. Jadi memang sangat berbaloi dan menguntungkan. Selepas tamat sahaja tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, sales kedai emas melonjak naik. Tambahan pula bila ada duit moratorium dan i-Lestari lagi bertambah ramai yang memilih untuk lepak di kedai emas. Wawa nak kongsi beberapa tips membeli emas bagi mengelakkan anda ditipu peniaga kedai emas.  1. Kalau nak beli secara online, mesti beli dengan reputable seller. Maksudnya seller yang kita dah

Review: Heliocare water gel sunscreen

 Hai assalamualaikum..... Pagi ni happy sangat bila nampak abang posmen. Sebabnya wawa baru je order sunscreen hari khamis yang lalu. Sebelum ni wawa pernah post pasal Heliocare ni jugak kan. Kali ni wawa nak cuba pakai yang jenis water gel. Ramai juga bagi feedback yang baik-baik dan best mengenai water gel ni. Sunscreen adalah benda paling utama dalam skincare wawa. Wawa tak kan keluar rumah tanpa sunscreen. Wajib tau. Kalau tak pakai rasa 'habisla naik jeragat la nanti'. Takut-takut nak berjalan di bawah cahaya matahari. Bukan semua sunscreen sesuai dengan kulit wawa. Hanya heliocare je yang wawa percaya dan yakin untuk letak atas kulit wajah wawa. Kalau brand lain memang wawa tak berani.  Bismillah......  Wawa harap yang water gel ni pun se best gel oil free la. =) Tekstur water gel Ok dalam dia comel je... Besar tapak tangan wawa je. Cara pakai sama je macam gel oil free. Tekstur dia lebih cair dan bau dia macam bedak sejuk. Serius.... Tapi ok la yang penting broad spectru

Give up

Hari ni tak dak mood sangat. Rasa give up dengan apa yang wawa buat... Give up sampai sempat la buat video letak lagu sedih Tolonglah semangat datang kembali. Ada banyak lagi impian yang belum wawa capai. Ehh... Post ni memang betul-betul punya give up. Sebab wawa sampai tak tahu nak tulis apa. Sekadar luahan perasaan je. ****************************************** Kan best kalau doraemon ada. Boleh minta pintu yang tembus ke tempat kita nak pergi tu.. Kalau boleh wa nak ada atas gunung sekarang. Tapi tak mau hiking. Penat. ( ye... Wa memang teruk).. Ok thanks for reading... Bye... 

Dendam itu ibarat racun

Semalam sebelum tidur terngiang-ngiang kata-kata seorang sahabat. Rasa sedikit terluka dengan apa yang dilontarkan. Lantas, wawa teringat suatu kisah mengenai dua sahabat.  ................................................................................ Dua orang sahabat karib pergi mengembara melalui sebuah padang pasir yang terbentang luas. Di tengah-tengah perjalanan itu berlaku sedikit perbezaan pendapat yang membawa kepada pertengkaran. Akibat tidak dapat mengawal perasaan dan memuncaknya kemarahan, seorang telah memukul sahabatnya. Dengan penuh rasa hiba, sahabat yang dipukul mengambil ranting kayu dan menulis di atas pasir : " Hari ini sahabat baikku telah memukulku." Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan bersama-sama. Setelah lama berjalan, mereka sampai di sebuah lembah subur dengan tasik yang dingin. Tanpa berlengah, sahabat yang kena pukul tadi terjun ke dalam tasik tersebut untuk menyejukkan badannya. Tiba-tiba ia gagal mengawal diri dan mula tenggelam ke dasar

Psychology tricks

 1. Jika anda dalam keadaan marah, cuba lukis garis lurus banyak-banyak. Percayalah dengan hanya melukis corak yang simple akan dapat menenangkan anda.  2. Senyum sebelum menjawab telefon boleh membantu meningkatkan mood happy dan suara yang ceria ketika berbual dalam talian.   3. Jika seseorang dalam keadaan marah, cuba beri sokongan pada dia dan tegaskan yang dia ada hak untuk luahkan segala amarahnya. Jangan sesekali suruh dia bertenang sewaktu tengah marah kerana ini akan membuatkan dia berasa lebih marah dan keadaan akan menjadi bertambah parah.   4. Bila kita rapat dengan seseorang, secara automatik kita akan dengar suara dia dalam kepala kita ketika baca mesej dari dia.   5. Jika nak tahu seseorang itu beri nombor telefon yang betul atau tidak cuba baca nombor yang diberi secara terbalik. Jika dia betulkan maka betul la itu nombornya.   6. Seseorang akan menjadi lebih jujur jika dia dalam keadaan keletihan. Oleh sebab itu, ramai yang memilih untuk meluahkan perasaan ketika berbu