Emas merupakan logam besi yang paling digilai ramai wanita. Hampir semua wanita menggunakan emas sebagai perhiasan diri kerana sifatnya yang berkilauan dengan warna keemasan menimbulkan seri pada si pemakai.
Emas juga dijadikan sebagai pelaburan yang sangat menguntungkan untuk jangkamasa yang panjang. Sebagai contoh, kalau zaman mak wawa dahulu harga emas cuma 1gram rm30 sahaja. Tapi sekarang harga emas dah mencecah 1gram rm300. Tambahan pula, seseorang wanita membeli emas bukan untuk tempoh setahun tapi untuk jangkamasa yang panjang. Jadi memang sangat berbaloi dan menguntungkan.
Selepas tamat sahaja tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, sales kedai emas melonjak naik. Tambahan pula bila ada duit moratorium dan i-Lestari lagi bertambah ramai yang memilih untuk lepak di kedai emas.
Wawa nak kongsi beberapa tips membeli emas bagi mengelakkan anda ditipu peniaga kedai emas.
1. Kalau nak beli secara online, mesti beli dengan reputable seller. Maksudnya seller yang kita dah tahu dia ada nama. Jangan beli dengan individu seller kerana tiada sebarang jaminan. Kemungkinan individu seller tersebut menggunakan emas yang dilelong, cuci dan kemudian dia jual balik ataupun yang paling teruk emas yang dijual adalah emas palsu. Kecewa kalau dapat yang macam ni kan?
2. Untuk pelaburan, jangan pilih yang ada batu. Pilih yang solid, padu dan tahan lasak. Kalau untuk perhiasan ada dua pilihan. Samada anda :
Pakai hari-hari : pilih design yang solid dan padu. Bukan apa, takut kalau pakai yang nipis nanti senang putus atau kemek.
Wawa suka yang comel-comel je.. Tapi padat dan padu.
Tapi jika anda nak pakai untuk hari istimewa sahaja, boleh je pakai yang nipis dan kosong tu. Yang kosong ni selalunya lebih cantik design dia dan ringan.
Pelaburan Emas Patuh Syariah
Jika anda memilih untuk membeli emas sebagai pelaburan, yang paling utama beli emas fizikal jongkong atau siling. Maksudnya emas yang dibeli memang kita dapat emas seketul bukan atas kertas.
Emas untuk pelaburan 100g
Terdapat perbezaan dari segi keuntungan membeli emas jongkong dengan barang kemas sebagai pelaburan.
Penting sangat kalau kita nak buat pelaburan, kita akan lagi untung kalau beli dalam bentuk jongkong. Ini kerana harga susut nilai semasa kita nak jual balik emas jongkong lebih tinggi berbanding barang kemas.
Contohnya wawa beli barang kemas harga rm 50k. Lepas 3 tahun harga emas tersebut naik menjadi rm100k. Bila wawa nak tolak kat kedai emas dia akan potong 25% dari harga rm100k tu. So, dia akan tolak rm25k kan?
Tetapi, kalau jongkong emas harga rm 50k masa beli, bila nak jual jadi rm100k kedai hanya akan tolak rm7k sahaja.
Jadi yang mana lagi untung? Bagi lelaki yang tak boleh pakai emas tapi nak melabur elok sangat kalau beli jongkong emas. Lebih berbaloi dan menguntungkan.
Untuk wanita yang nak melabur dalam masa yang sama nak jadikan sebagai perhiasan, eloklah cari yang solid dan padu. Yang paling penting nak beli emas dekat kedai tengok harga upah. Harga upah ni tak sama untuk setiap kedai. Cari kedai yang ambil harga upah paling rendah. Sebab nanti bila nak jual balik emas ni harga upah tidak akan diambil kira.
Zakat Emas
Emas perhiasan wanita wajib dizakat apabila jumlah beratnya melebihi 'uruf(.kebiasaan pemakaian)
Sebagai contoh' uruf untuk Selangor dan Wilayah Persekutuan adalah sebanyak 800gram.
Jadi jika seorang wanita selangor memakai 800gram emas sehari setahun.. Zakatnya adalah sifar. Tetapi jika dia memakai 900gram, zakat yang dibayar adalah sebanyak 100gram lebihan 'uruf tadi.
[(berat emas -' uruf) x harga emas semasa x2. 5%]
(900g-800g) x 260 = 26000
26000 x 2.5% = rm 650
Bagi wanita-wanita di negeri yang lain hendaklah merujuk kepada Jabatan Agama Islam negeri masing-masing. Ini kerana 'uruf bagi setiap negeri nilainya adalah berbeza.
Untuk jongkong emas pula, berat jongkong yang melebihi 85gram sahaja perlu dizakatkan
Contoh : 85g x 2.5% x harga emas semasa
Tempat Selamat Untuk Simpan Emas
Oleh kerana banyak sangat emas, semestinya rasa takut kan?. Jika rumah anda memang tak pernah dipecah masuk pandai-pandai la cari tempat yang orang tak pernah terfikir untuk cari. Tapi ingat, jangan sampai lupa pula simpan dekat mana.
Jika anda tinggal di kawasan bandar pula, anda boleh menyewa peti simpanan selamat (save deposit box) dekat bank. Sewa peti simpanan ini tak mahal pun dalam rm 200 setahun. In shaa Allah..lagi selamat kalau disimpan di dalam peti simpanan selamat ini berbanding simpan dekat rumah.
Kesimpulannya, bagi wanita yang menyimpan niat ingin membeli emas inilah masanya. Kesan daripada wabak covid 19 ini, menyebabkan harga emas semakin meningkat. Jadi tunggu apa lagi.. Jomlah kita ke kedai emas. Sebelum itu, rajin-rajinkanlah untuk buka website harga emas semasa untuk membandingkan dengan harga emas di kedai. Anda haruslah bijak memilih kedai yang paling rendah harga emas dan harga upah tukangnya. Barulah untung... Gitewww
Ok selamat membeli ye semua....daaa....
Sumber
1. Berita harian
2. Youtube wanita hari ini
❤️❤️❤️
ReplyDeleteGood sharing...tq...nadia pun suka emas tetapi taklah reti nak beli..kena bawa org tua beli emas..hehehe
ReplyDelete