Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2021

Nampak hantu

Hai assalamualaikum... Korang pernah nampak hantu tak? Untunglah kalau tak pernah. Aku pernah nampak sekali. Kisah dia macam ni...... Masa tu, aku berpindah duduk dengan seorang membe aku. Ketika kejadian ini, aku dah hantar anak-anak aku balik Kedah, sebab masa ni, keadaan kewangan aku tak stabil. Jadi aku tak mampu nak bayar kos pengasuh , sewa rumah kat klang mahal sangat dan kos-kos lain. Gaji aku negatif dah. Duit simpanan pun dah habis bayar kos guaman. Jadi membe aku si Fiza ni kesiankan aku, so, dia ajak aku duduk dengan dia. Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat sebab ada kawan yang memahami. Sewa rumah dia pun tak mahal. Aku hanya bayar rm100.  Bermulalah proses angkut-mengangkut barang-barang rumah aku ke rumah Fiza. Kiranya dalam rumah Fiza tu penuh dengan barang aku la. Lepas tu Fiza beri aku bilik. Bilik ni katanya dah lama kosong. Fiza ni kemas orangnya. Jadi memang sejak housemate dia pindah dia tak buka pintu bilik ni. Tak pernah! sampailah aku datang. Kalau tengok

Cara Bahagia dan Hidup lebih tenang

Tanganku ligat memerhati gelagat manusia di dalam aplikasi tiktok. Cantik-cantiknya perempuan dalam ni. Terpegun seketika dengan perempuan dalam tik tok ni. Tiba-tiba tanganku terhenti pada satu video. Video dari kak aja @ieda_iedasamadi ini mengenai BAHAGIA  . Katanya kunci bahagia dan hidup lebih tenang adalah dengan berdamai dengan masa lalu. Setuju sangat dengan kenyataan dari kak Hajjah ni. Nak dengar satu kisah benar tak? ........................................................... Penghujung tahun 2016. Perkara ni berlaku selepas beberapa bulan aku sah bercerai dan ditalakkan. Aku dapat satu mesej dari suatu nombor yang tak dikenali.  Dia memperkenalkan diri sebagai isteri my ex. Katanya dia tertekan dengan perangai my ex yang masih merindukan aku.  "saya hanya dapat jasadnya, tapi jiwa dan hatinya hanya menyebut nama awak, hanya untuk awak. Awak beruntung sangat sebab memiliki sepenuh hatinya. Mak pun sama, masih marahkan saya dan tak mahu menerima saya". Aku namakan d