Skip to main content

Nampak hantu

Hai assalamualaikum...

Korang pernah nampak hantu tak?

Untunglah kalau tak pernah. Aku pernah nampak sekali.

Kisah dia macam ni......

Masa tu, aku berpindah duduk dengan seorang membe aku. Ketika kejadian ini, aku dah hantar anak-anak aku balik Kedah, sebab masa ni, keadaan kewangan aku tak stabil. Jadi aku tak mampu nak bayar kos pengasuh , sewa rumah kat klang mahal sangat dan kos-kos lain. Gaji aku negatif dah. Duit simpanan pun dah habis bayar kos guaman. Jadi membe aku si Fiza ni kesiankan aku, so, dia ajak aku duduk dengan dia. Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat sebab ada kawan yang memahami. Sewa rumah dia pun tak mahal. Aku hanya bayar rm100. 

Bermulalah proses angkut-mengangkut barang-barang rumah aku ke rumah Fiza. Kiranya dalam rumah Fiza tu penuh dengan barang aku la. Lepas tu Fiza beri aku bilik. Bilik ni katanya dah lama kosong. Fiza ni kemas orangnya. Jadi memang sejak housemate dia pindah dia tak buka pintu bilik ni. Tak pernah! sampailah aku datang. Kalau tengok dari rumah ini. Memang tak takut pun. Biasa je. 

Suatu hari tu, lepas  balik kerja aku pergi beli barang. Dekat magrib baru aku balik. Sampai je rumah, aku terus mandi. Aku tak boleh solat masa ni. Jadi, aku main fon atas katil. Katil aku kan tebal sebab aku letak tilam queen saiz double. Jadi kalau aku naik memang rasa la tenggelam-tenggelam. Lepas tu, aku memang suka pakai backpack. Dekat backpack aku ni aku ada letak kitchen. Aku suka bila jalan kitchen ni macam bunyi-bunyi loceng. Aku suka bunyi tu. So, memang aku letak beg ni dekat kepala katil, sebelah aku tidur. 

Aku tak tahu kenapa malam ni, aku tak boleh tidur sangat. Biasanya aku ni seorang yang senang nak tidur. Letak kepala je memang terus hilang. Pusing punya pusing, sampailah jam 3am...Baru mengantuk tu datang. tiba-tiba........

Aku rasa macam katil aku tenggelam timbul. Macam orang pijak atas katil kan, badan aku pun macam goyang-goyang. Aku buka mata. Aku yakin mata aku terbuka masa ni. Aku nampak 2 orang budak, dalam samar-samar la.

                                  sumber : Google

Bilik aku gelap, by the way, katil aku memang sebelah tingkap. Lepas tu aku dengar bunyi loceng kitchen bag aku. Yela bila orang pijak-pijak katil dia bunyi la sebab dengan bag tu sekali goyang. Aku nampak 2 susuk tubuh  budak, seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan. Macam tengah main dekat atas katil aku.Tapi masa tu aku try nak jerit tapi, suara aku tak keluar. Badan aku tak boleh gerak. Aku cuba baca ayat kursi tapi tak boleh....Aku cuba sebut ALLAHUAKBAR tapi suara tak keluar. Last-last aku rasa budak tu datang ke arah aku..Aku terus dengan sekuat hati sebut ALLAH.......aku nampak real weh...dua orang budak tu keluar tembus tingkap. Mungkin maknya da panggil balik. Beberapa saat lepas aku nampak tu, AZAN......... cepat-cepat aku bangun dan terus buka lampu. 

                                       sumber : Google

Badan aku menggigil.....Terus aku berpaling ke arah beg aku. Aku rasa tak puas hati, betul ke loceng beg aku yang aku dengar tadi. Mana la tau aku cuma mimpi. So, aku pun cuba menghenyakkan punggung aku atas tilam berkali-kali. Ternyata.....memang loceng kitchen aku la. Meremang segala bulu yang ada. 

Memang lepas tu terus tak tidur. Mandi dan bersiap untuk ke tempat kerja. Masa tengah drive, aku pandang lagi beg aku dekat sebelah. Sengaja aku langgar bonggol. Kedengaran bunyi loceng beg aku lagi. Sampi je tempat kerja aku terus buang kitchen loceng tu. Seeerammm.

Tu jelah pengalaman kali pertama dan terakhir aku tengok hantu.

Korang kalau ada pengalaman nak share boleh la share dekat komen ye. 

Thanks for reading.......daaaaaaa

Nota kaki: 

1. Jangan keluar time magrib

2. Sebelum tidur baca la doa. Ayat pendinding ke apa.

3. Bilik kat rumah, kalau kosong, jangan tutup pintu. Selalunya kalau dibiarkan kosong lepas tiga hari ada 'benda' lain yang akan menghuni.

wallahualam.......

Comments

  1. seramnya..moga kita sentiasa dilindungi oleh Allah dan terpelihara daripada perkara2 ghaib

    ReplyDelete
  2. HI wawa, wow bestnya ceta nie... maybe tmpat dia bermain kot sbb lama xguna, xtry tnya ke mmber, kot2 bilik tu ada sejarah... dlu sy pernah lalu kot jerat cina laluan dia agak jauh, panjang jalan lebih kurang 200-300m kiri kanan jerat cina lebar dia muat2 sebijik kereta, kira nya kubur cina tu kiri kanan bleh pegang je, laluan pergi balik yg sama sbb nk shortcut, time tgh jalan tu smpai di pertengahan jalan, sya dengar wanita panggil sayu2 ja dari jauh... mula2 ingt bayangan ja, tiba2, 2org kwan sy lari meninggalkan sya kt blakang, anyway sya n 2owg kwan lalu jalan tu, sy pon lari sama la.. dh lepas jerat cina tu sy tnya kawan sy kenapa lari, dia ckap dia dgr pmpuan dok pggil dia, kami bertiga sama2 dengar. time tu koi 10lebih, Bila blik rumah je kan. sama2 masuk rumah ja, adik yg bongsu menangis sambil menjerit2, xbrhenti... then ayah tanya tadi blik lalu mana, so cerita la, kena marah sbb dh la blik tgh2 malam, lalu plak kt jerat cina, rupanya benda tu ikut smpai ke kerumah.. tu la cerita dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow...cita awak lagi seram......sampai ikut balik...thanks kongsi pengalaman.

      Delete
  3. pernah p kerja ikut highway dlm koi dlm koi 5lebih pgi, sy ternampak jelmaan putih di bawah billboard. time tu time pkp so xda la kenderaan lgsg, hanya saya saja, nk la nek moto... dgn xda lampu jalan lagi... memang meremang bulu roma time tu, apa yg saya pikiaq time tu tkut dia mai tumpang dok blakng moto ja, mcm slalu dlm ceta melayu.. dengan spontan sy pon kepak side mirror supaya xnmpak belakang, dgn meneruskan perjalanan hnya fokus ke hadapan, time tu top speed moto bleh p takat 65km ja.. bila hari2 lain lalu tmpat dan masa yg sama, sy pon akan buat2 xnmpak billboard tu nk xpandang benda lain hanya jalan depan saja.. padahal xnmpak pon jelmaan putih time lain..... tapi bila tnya blik membr yg pernah lalu jalan tu, depa ckap mmg jalan tu keras.. syukur sbb xterjadi apa2.. moga dielakkan dari berjumpa benda2 mcm tu.. aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow hantu mmg suka kat awak kot kan. saja dia munculkan diri depan awak. hehe...gurau...Alhamdulillah.. nasib baik tak jadi apa2 kan..Entah2 awak mmg boleh nampak hantu kot. Mana la tahu tanpa awk sedar. =)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Ciri-ciri Sunscreen terbaik

Sunscreen sangat penting dalam rutin penjagaan kulit seharian kita. Tentunya ada yang mengelak untuk pakai sunscreen sebab bila pakai especially selepas letak foundation terus mekap jadi oily lah, kadang-kadang bercapuk dan rasa melekit di wajah. Memang dari dulu wawa tak pakai sunscreen sampailah kulit wawa rosak dan bila jumpa doktor pakar kulit perkara pertama yang dia tanya