Skip to main content

Cara Bahagia dan Hidup lebih tenang

Tanganku ligat memerhati gelagat manusia di dalam aplikasi tiktok. Cantik-cantiknya perempuan dalam ni. Terpegun seketika dengan perempuan dalam tik tok ni. Tiba-tiba tanganku terhenti pada satu video. Video dari kak aja @ieda_iedasamadi ini mengenai BAHAGIA . Katanya kunci bahagia dan hidup lebih tenang adalah dengan berdamai dengan masa lalu. Setuju sangat dengan kenyataan dari kak Hajjah ni.


Nak dengar satu kisah benar tak?
...........................................................
Penghujung tahun 2016.

Perkara ni berlaku selepas beberapa bulan aku sah bercerai dan ditalakkan. Aku dapat satu mesej dari suatu nombor yang tak dikenali. 

Dia memperkenalkan diri sebagai isteri my ex. Katanya dia tertekan dengan perangai my ex yang masih merindukan aku. 

"saya hanya dapat jasadnya, tapi jiwa dan hatinya hanya menyebut nama awak, hanya untuk awak. Awak beruntung sangat sebab memiliki sepenuh hatinya. Mak pun sama, masih marahkan saya dan tak mahu menerima saya".

Aku namakan dia dengan D. Mungkin D tiada tempat nak mengadu. Atau dia cuma nak pancing aku. Aku tak pasti apa motif dia meluahkan segalanya pada aku. 

Perasaan aku ketika membaca mesej ini, bercampur baur. Seronok juga,marah,benci! arghhhhh!!! entah lah. . Perempuan inilah yang telah meruntuhkan rumah tangga aku. Dia ingat aku pokok? tak da perasaan? Dia rampas dan musnahkan rumah tangga aku dan sekarang dia cuba nak berbaik dengan aku berlagak macam dia mangsa keadaan?

Kalau ikut hati nak je menjerit "heiiiii perempuan!!!!!ADA AKU KESAH???"

Namun cepat-cepat aku delete mesej yang aku taip tu.Teruknya aku.. Sepatutnya aku bersyukur, dia hadir dalam hidup my ex. Jadi segala penyiksaan dan derita aku dah terlepas jauh. Aku boleh bebas. Tak perlu rasa sakit hati lagi. Tak perlu berlakon kuat lagi. Tak perlu memendam rasa lagi.  

''Dulu, awak yang berusaha mendapatkan dia, nak jadi isteri dia. Sekarang awak dah dapat dia, jagalah dia dengan baik. Fasal mak tu, pandai-pandailah ambik hati dia. Mak marah sekejap ja. Kalau pandai ambil hati dia, inshaallah lama-lama lembutlah dia tu dan boleh terima awak sebagai menantunya''.

............sent..............

Ya Allah... tak sangka aku boleh jawab macam ni. Boleh pula aku nasihatkan dia. Tapi terus terang aku katakan. Aku sangat bahagia melepaskan dia pergi. Sangat! dan aku tidak pernah menyesal. Aku gembira bila dia dah ada orang lain. Sebab dengan cara ini sahaja perlahan-lahan dia akan terus melupakan aku. Masa ni aku dah nekad. Tiada lagi tangisan kepada orang yang tidak tahu menghargai pengorbanan dan cinta aku. Never! 

tibehhhhhh...

Sebenarnya, kunci kepada kebahagiaan itu adalah dengan 'berdamai dengan masa lalu'. Terutama masa lalu yang paling menyakitkan. Memang sakit. Memang perit. Redhakan...redha dengan apa yang terjadi. Kita adalah insan yang terpilih untuk menerima ujian ini. Bersangka baiklah dengan Allah. Allah sayangkan kita. Dengan ujian, akan hadirnya perasaan bergantung harap padaNya. Ujian juga dapat melatih hati dan jiwa kita untuk terus redha dengan keperitan yang menusuk jiwa.

"Apabila Allah cinta kepada suatu kaum, mereka diuji. Barang sesiapa redha menerima ujian itu, Allah redha pula kepadanya. Dan barang siapa yang marah, maka Allah murka kepadanya." (Hadith riwayat at Tirmizi)

Akan tetapi.....bukan senang ye.. Aku betul-betul redha...dari hati ambil masa 3 tahun. Masa ni dah full recover. Macam mana aku tahu full? 

Sebab masa ni, aku dah tak ingat fasal dia. Rasa macam tak pernah kenal dia. Tapi bila tengok anak tak boleh lari la. Yang sulung sebiji muka dia bila marah.


                                    masa ni tahun 2018

                                            balik berjalan terus ambik neb

Apa boleh buat....dah memang darah daging dia. Terima kasih atas anugerah ini. Mashaallah...mereka sangat bermakna dalam hidupku.

................................................

''Dah redha....tapi tak kuat''.

Bila kita redha, kita kena ikhlas. Tak kuat? 

Persoalannya kita kuat ke? Kita hamba yang lemah. Kita hamba yang hina. Kita tak punya apa-apa pun!

Yang kuat tu cuma ALLAH!. Nak kekuatan tu minta pada Dia. Mohon pada Dia. Berserah padaNya. Pasti kuat. Berdamai dengan masa lalu. (kak Hajjah)

terima kasih sudi baca...

daaaaaaa......


Nota kaki

Sebenarnya aku selalu throwback kisah lama bukan bererti aku tak move on. Tapi aku nak perempuan dalam tiktok yang buat video nangis break dengan pakwe tu jadi kuat. Tolong la jangan nangis dlm socmed. Tak comel. Rilekssss...hampa baru 'kapel'. Jangan menangis sebab ditinggalkan lelaki, ok?

BERDAMAILAH DENGAN MASA LALU. BERBAHAGIALAH =)


Comments

  1. perkongsian yang menarik...ya betul tu..berdamailah dgn masa lalu..insyaallah bahagia...bukan senang nak menjadi ibu tunggal dalam membesarkan 3 org anak yang masih memerlukan perhatian dan kasih sayang..awak sangat kuat dan beruntung menjadi insan terpilih menghadapi dugan hidup ini...you are strong lady

    ReplyDelete
  2. kadang2 tu Allah dia uji kita sbb dia sayang kita... Bersangka baik pada setaip yg terjadi ni, hubungan kita sesama manusia xkekal , yg kekal hanya Allah... mungkin dugaan yg awak terima ni utk naikkan darjah ketahap lagi baik... dunia tempat kita di uji, moga ujian awak nie diganti yg didunia n syurga kelak.... klu awak x diuji mcm tu dlu, mungkin awak xsekuat hari ini... skrg life awak bleh sorang2, dh bleh survive dh, xmcm kebanyakan org lain.... one in million... semoga berjaya dunia akhirat aminnn

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Ciri-ciri Sunscreen terbaik

Sunscreen sangat penting dalam rutin penjagaan kulit seharian kita. Tentunya ada yang mengelak untuk pakai sunscreen sebab bila pakai especially selepas letak foundation terus mekap jadi oily lah, kadang-kadang bercapuk dan rasa melekit di wajah. Memang dari dulu wawa tak pakai sunscreen sampailah kulit wawa rosak dan bila jumpa doktor pakar kulit perkara pertama yang dia tanya