Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2020

Jam 12 malam

Assalamualaikum Salam maal hijrah buat semua pembaca. Walaupun hari ni cuti, tapi wawa kena kerja... biasalah wawa memang suka kerja. (kononnya). Hari ni kerja dekat OT(dewan bedah). Kiranya wawa standby je kat rumah. Kalau ada kes baru ke hospital..tengahari tadi dah buat satu kes budak 10 tahun ada bendasing dekat bahu dia. Sekejap je... Lepas tu wawa balik... Masak dan makan.. Dah kenyang tidur je la... Nak buat apa lagi..nak bersenam? Ish... Dalam mimpi la..  9:30pm Kedengaran lagu ost my girl menandakan ada panggilan masuk Misi : hello...cik najwa ke? dari ot ni... Kami nak panggil kes la..budak 3 tahun. Cik najwa boleh datang sekarang tak?  Wawa: eh, boleh sangat(kang jawab tak boleh kena buat surat tunjuk sebab lak kan).  Misi: terima kasih cik najwa Wawa: sama-sama kasih .............………..........................................................  Tepat jam 10pm, wawa terus thumb in...dan berjalan menuju ke minor ot. 12:00 tgh malam... Selesai kes dan wawa macam biasa la kalau ba

Suhu Sejuk Boleh Bakar LEMAK

Tahukah anda tidur dengan suhu yang sejuk boleh membantu proses pembakaran lemak? Para saintis telah membuktikan bahawa pendedahan kepada udara sejuk boleh membakar kalori berlebihan. Mereka mendapati bahawa, walaupun dalam suhu yang agak sejuk dan tidak menggigil badan membakar lebih banyak kalori dengan meningkatkan pengeluaran haba.  Sebenarnya menggigil dalam keadaan sejuk bukanlah sesuatu yang mengganggu, ia sangat membantu dalam proses pembakaran kalori. Pembakaran kalori sangat diperlukan untuk menghalang tubuh badan berada dalam suhu rendah. Dengan ini, otot anda pasti akan dipindahkan dalam keadaan terkejut akibat menggigil. Jika anda menggigil lebih dari 15 minit, anda akan kehilangan 100 kalori. Otot juga akan merembeskan hormon 'IRISIN' yang berfungsi untuk meransang pengeluaran haba dari sel-sel lemak yang tersimpan dalam tubuh. sumber: Google Jadi, untuk mereka yang nak kurus boleh la amalkan setiap malam tidur dalam 'air cond' dengan suhu 16 darjah celsiu

Jin dalam kain

  Assalamualaikum dan hai. Biasanya malam-malam macam ni wawa akan layan video kat tik tok. Tengok orang tua menari gedik-gedik. Best jugak buat senaman rahang habuan nak gelak guling-guling. Tapi perasaan wawa malam ni lain macam. Suasana sunyi menyelubungi diri. Wawa pelik kenapa malam ni anak-anak jiran ni tak bising macam selalu. Anak-anak wawa pula ada kat rumah mak. Sebab covid ni la, wawa decide cutikan depa dulu.  Wawa perhati sekeliling rumah. Semua kerja rumah dah buat. Tiba-tiba, wawa ternampak bakul pink tepi dinding. Elok kedudukan dia. Tapi ada sesuatu yang menyakitkan mata. Sebenarnya dah lama wawa rasa sakit mata bila tengok isi dalam bakul ni. Tapi, wawa cuba tahan dan buat tak nampak je. Dalam banyak-banyak kerja rumah, benda ni la paling wawa malas...apa dia? ... LIPAT KAIN. Ye kawan-kawan.. Wawa suka basuh baju.. Sebab pakai mesin. Tapi mai bab lipat... Rasa lemah satu badan.  Pernah dengar tak, orang tua-tua pesan "kain jangan biar bertimbun"  "Katil

Glycolic acid

Hai assalamualaikum. Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat dan kulit sensitif pastinya sangat teliti dalam pemilihan produk penjagaan kulit wajah .  Selalunya, wawa akan baca setiap isi kandungan dalam sesuatu produk sebelum buat keputusan untuk membelinya. Antara kandungan paling wawa suka adalah 'glycolid acid' . Apa Itu Glycolic Acid Glycolic acid merupakan salah satu rantaian kecil yang terdapat di dalam Alpha Hydroxy Acid (AHA) selain malic dan lactid acid. Glycolic acid atau asam glikolat  boleh diperolehi di dalam tebu. Fungsi Glycolic Acid Oleh kerana ukuran molekul glycolic acid ini lebih kecil maka, ianya sering digunakan untuk mengekfoliasi sel kulit mati pada wajah. Kesan pengelupasan oleh asam glikolat ini tidak akan menyumbatkan pori-pori wajah dan tidak akan membuat kulit breakout dengan teruk. Walaupun ia bekerja dengan mengelupaskan kulit, anda tak perlu risau kerana Glycolic acid tidak akan merosakan ' skin barrier' pada lapisan luar kulit dan

sumpahan Gunung Keriang

Assalamualaikum dan hai. Baru-baru ni wawa pergi ke Alor Setar uruskan sesuatu dan dalam perjalanan balik tu wawa ternampak lah Gunung yang sangat cantik ni. Jadi, untuk orang yang suka bergambar macam wawa memang tak kan nak tengok saja kan. At least ambik la gambar buat kenangan walaupun tak daki pun gunung ni. Gunung Keriang terletak 8km dari Pusat bandar Alor Setar. Tapi, orang Kedah sebut 'Gunung Gheyang' idgham lebih sikit. Kalau tengok pemandangan di sekeliling gunung ni memang sangat cantik.  Wawa pun tak plan nak panjat gunung ke apa. Dah la pakai kain. Bajet ayu tak kan nak panjat gunung. Gitewww. Gunung Keriang mempunyai ketinggian hanya 217.92 meter dari paras laut. Kalau ikut pengalaman mereka yang suka hiking tak lah tinggi mana. Lebih kurang satu jam sahaja untuk sampai ke puncak.  Wawa rasa kan tempat ni sangatlah cantik untuk photoshoot gambar kahwin. Pemandangan sawah yang hijau. Gunung yang tak berapa nak tinggi. 'just nice' gitewww. Yang ni view sebe