Skip to main content

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai.

Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini. Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base. Ramai cakap ok.
So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa
breakout. Selama 2 bulan tu memang penuh jerawat dekat muka. Lepas tu wawa jumpa doktor dan wawa dinasihatkan pakai sunblock dari Heliocare. Selama 3 bulan wawa pakai Heliocare dan hasilnya memang sangat-sangat amazing.


Inilah penyelamat kepada masalah kulit wawa. Actually kan, wawa memang wajib pakai sunblock sebelum keluar rumah sebab wawa dah rasa kesan buruk tak pakai sunblock dulu. 

Packaging dia dalam bentuk tiub (my fav) yang sangat mudah untuk kita guna. Maksudnya senang la nak bajet banyak mana kita nak pakai kan. 

kebaikan  sunblock Heliocare
  1. Heliocare ini diasaskan Dermatologist( pakar kulit) dan dibuat dengan formula khas untuk melindungi kulit kita dari sinaran uva dan uvb
  2. tidak berminyak
  3. tidak melekit
  4. sesuai untuk semua jenis kulit
  5. sesuai untuk kulit yang ada masalah jerawat
  6. membantu mengelakkan jerawat merah dan parut menjadi gelap
  7. melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB yang akan menyebabkan jeragat jadi bertambah gelap.
  8. membantu memudarkan jeragat serta menghalang jeragat baru daripada keluar
  9. sunblock Heliocare dapat merawat kulit kita yang dah rosak


Cara pakai Heliocare 360

1. cuci muka
2. pakai toner
3. pakai serum (kalau ada)
4. pakai pelembab (kalau ada)
5. sunscreen/sunblock (sebagai step terakhir skincare dan sebagai primer)
6. foundation/ krim siang/make up or whatever



ok nampak tak tekstur dia sangat cair dan bewarna macam foudation sikit. Tapi jangan risau bila apply kat muka dia senang sangat dan warna dia tak nampak pun dan akan ikut warna kulit kita bila ianya disapu rata. Yang paling penting ia ''TIADA WHITE CAST''. Masa mula-mula apply pastikan goncang dulu tau.
Lepas tu picit satu ruas jari dan ratakan ke seluruh wajah. Kalau rasa ada kawasan wajah yang tak berapa nak kena just picit lagi sikit dan ratakan sekali lagi. and it's done...

Dr Alina Hasni (Pengasas Dermalene) juga menyarankan sunblock ni wajib pakai setiap hari walaupun bekerja dalam office atau stay kat rumah. Sebab kat rumah pun mesti keluar sidai baju or ambil barang dari carrier pos laju jugak kan? haha. 
Sunscreen  sebaik-baiknya  dipakai 20 minit atau 30 minit sebelum nak keluar rumah.
Paling penting kita tahu mengenai sunscreen adalah bukan lagi tinggi spf tu adalah terbaik tetapi yang paling baik adalah berapa kerap kita reapply that sunblock
Kalau yang rajin pergi waterpark or swimming tu lagilah kena kerap reapply sebab tiada lagi setakat ni ada sunscreen kalis air.

Cara nak remove sunscreen

Selalunya sebelum solat zohor, wawa akan remove pakai 'facial wipes' je. Tapi, kalau dah balik kerja wawa akan cuci pakai micellar water/ cleansing oil then baru guna facial wash biasa. (double cleansing)
Double cleansing ni bagus sangat untuk mereka yang selalu mekap dan pakai sunblock. Double cleansing ni boleh mengelakkan pori tersumbat dan kulit akan terasa betul-betul bersih. Sebelum ni wawa tak buat double cleansing ni. so, kesan dia hambik hang. 'JER' berleluasa. 

Dekat mana boleh dapatkan Heliocare 360 ni?

Actually kan, ritu wawa beli dekat klinik dermatologist. Harga dia sangat mahal. Then wawa teringat pasal Dermalene ni so, wawa cari dekat ig. Alhamdulillah rezeki sebab time tu dia buat promosi merdeka jauh lebih murah ...love sangat!
For those yang nak cari Heliocare boleh terus ke IG DERMALENE  sangat-sangat wawa rekomen. Boleh follow FB DERMALENE juga dekat sana kalau ada promosi depa akan update dekat page. Nak jimat beli time promosi je. Hari tu wawa beli siap dapat gift lagi. Lagi satu hampa boleh follow fb Dr Alina Hasni, sebab dia selalu buat live pasal cara jaga kulit dan semua pasal skincare. best. Bagi yang berminat, lagi senang kalau hampa nak order terus boleh je wassap ke 011-51475805 boleh dapat gift jugak in shaa Allah...


wawa beli 2 terus hari tu sebab ada kawan nak jugak. Dia pun baru belajar pakai sunblock selepas kenal wawa. HAHAHA.

ok selalunya wawa kalau review wawa suka test dekat diri sendiri. tapi ni bukan test tau, ni memang wawa pakai. hampa boleh tengok sendiri betapa ketaranya perubahan itu.

jun 2019. masa ni wawa pakai bb cream jugak. kalau tak pakai huduh lagi. macam mak lampir
Ni gambar masa... Erkkk.. Eee buruknya... Menakutkan.. Betui ke wawa tua huduh bangat lagu nih?? . 
Actually kalau kita amalkan pemakaian sunblock dari muda lagi kulit kita lambat berkedut dan lambat nampak tua. .tapi kalau dah tua tak pe lah tak cantik pun janji pandai jaga maruah dan akhlak. Tapi kalau rupa lagu di atas ni rasa nak buh penampaq sedaih😅😅..kita kena ingat semuanya hanya pinjaman sementara sahaja. 

Ni gambar ogos 2019..masa ni wawa pakai bb cream pixy dan loose powder maybeline... Kalau muka yang polos wawa tak snap pulak. Tapi bb cream ni tak full coverage pun...tak caya tengok taik lalat tu... Lagi satu kalau filter selalunya taik lalat wawa hilang. Ni filter jugak la guna cahaya matahari.

ok setakat ini sahaja review wawa mengenai sunblock Heliocare. Ini adalah review paling panjang pernah wawa taip. Terima kasih sebab sudi baca walaupun panjang. Kalau ada yang pernah pakai boleh la share pengalaman hampa di ruangan komen bawah ye.

bye....

p/s: wasap terus ke 01151475805 untuk order :)


























Comments

  1. Bagus sgt wawa cerita bagaimana nak apply sunscreen..tq❤️

    ReplyDelete
  2. Wlcm nadia... Tq for singgah 💕💕

    ReplyDelete
  3. Brp hrga sunscreen ni

    ReplyDelete
  4. Wawa- apa beza oil free dgn fluid

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lambat balas. ok kalau oil free dia sesuai untuk semua jenis kulit especially kulit berminyak. walaupun tak de jerawat atau jerawat naik just time period je sy suggest pakai yg oil free ni.

      tapi kalau fluid cream dia special untuk yang berumur 40 tahun ke atas terutama yang kulit betul-betul kering. Sebab ada testimoni sesetengah yang kulit tak tahan akan naik jerawat bila pakai.dan hargamya jauh lebih mahal.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Ciri-ciri Sunscreen terbaik

Sunscreen sangat penting dalam rutin penjagaan kulit seharian kita. Tentunya ada yang mengelak untuk pakai sunscreen sebab bila pakai especially selepas letak foundation terus mekap jadi oily lah, kadang-kadang bercapuk dan rasa melekit di wajah. Memang dari dulu wawa tak pakai sunscreen sampailah kulit wawa rosak dan bila jumpa doktor pakar kulit perkara pertama yang dia tanya