Skip to main content

my nyawa


Assalamualaikum...
Hai.....rini seharian aku layan gambar anak-anak aku je....anak-anak adalah harta aku...dunia akhirat...semoga aku dapat didik mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah...bila aku down,bila aku kecewa,bila aku sedih...mereka la pengubat aku..terima kasih ya Allah kerana anugerah yang berharga ini.

setiap kali aku balik
keje anak-anak aku akan tunggu depan pintu . Bila aku langkah kaki masuk umah je dorg akan peluk and cium aku, anak aku yang bongsu tu akan pegang tangan aku sambil cium seolah-olah dah lama dorg tak jumpa aku. Bila aku duduk lepak tengok tv ngan dorg kan...dorg akan berebut-rebut nak baring atas riba aku. Sampai jerit-jerit and gaduh.., then aku akan bahagikan kedua-dua kaki aku kepada tiga org....hehe...2 kanan 1 kiri. Aku akan usap kepala setiap sorg.Aku rasa sweetnye moment ni...
Ni naufal...anak sulung aku 5 tahun... Setiap pukul 12.30pm memang aku g ambik dia kat tadika..cakap banyak...soalan yang paling kerap aku tanya dia... 
umi : naufal, abah mana?
naufal : abah kat umah wan
umi : nape abah tak datang tengok naufal ek?
naufal : abah tak suke umah baru umi. Umi, jom kita balik umah lama.
Ni la BILLA. Tuan punya nama blog ni...hehe. Aku pinjam nama dia jap....hai billa..jadi anak yang solehah ye sayang.


dan yang kiri tu Kashfi....Kashfi anak yang paling lasak....dan afy.....banyak kisah duka aku bermula dengan lahirnya Kashfi....tapi, kashfi selalu menjadi pengubat kedukaan itu....Kashfi adalah anak yang paling suka buat aku touching. Soalan yang sama penah aku ajukan pada Kashfi.
umi: afy, abah mana?
afy :abah ikut acu(adik aku)
aku pelik gak nape bila aku tanya soalan ni dia cakap 'abah ikut acu'.
Bila adik aku datang dengan laki dia baru aku faham. Setiap kali adik aku n laki dia datang afy akan ikut je 'pak chu' dia ni ke mana saja, dan dia akan sembang sampai pak chu dia penat nak jawab soalan. Actually, mana-mana laki yang datang ke rumah aku, pak long dia ke or even boypren cousin aku pon afy memang suka...dia jadi sangat peramah dengan depa. Aku cuma mampu berbisik dalam hati (tolong jangan annoying dengan afy....dia cuma nak menumpang kasih).
 Kata-kata dia kadang-kadang buat aku rasa cam dia seolah-olah faham dengan apa yang terjadi...Afy ni adalah penyebab paling utama kenapa aku jadi kuat sekarang....Kashfi sayang......kuat ye...jangan sakit-sakit lagi...umi tak boleh tengok afy sakit....eh, jangan salah faham...afy ni alhamdulillah sihat...cuma dulu masa kecik dia selalu sakit and masuk wad...biasalah...ibu mana yang tak risau kalau anak dia sakit.
afy...jadi anak yang soleh ye sayang....umi love u all a lot . mmmuahhh.

Comments

  1. Kalo anak2 hanh jumpa aku dia rasa aku ni annoying x? Kehkehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.....try jumpa depa tgk. nnt aku buat video masuk blog. muahahaha

      Delete
  2. Anak wawa semua ikut muka mak dia Ye... Comel

    ReplyDelete
  3. come semua owg ..muah sekali ..!! billa paling hot ..hihi

    ReplyDelete
  4. Comel2 semuanya Anak sizuka Ni 😊

    ReplyDelete
  5. Comel2 semuanya Anak sizuka Ni 😊

    ReplyDelete
  6. Penah tgl naufal je..
    Naufal sebaya aidil.
    Yg lagi dua kak ckin x penah jumpa...
    Comel comel anak najwa

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah...selalu time najwa balik kak ckin xdak..dah lama tak balik kedah...dekat setahun.rindu sg lalang.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Ciri-ciri Sunscreen terbaik

Sunscreen sangat penting dalam rutin penjagaan kulit seharian kita. Tentunya ada yang mengelak untuk pakai sunscreen sebab bila pakai especially selepas letak foundation terus mekap jadi oily lah, kadang-kadang bercapuk dan rasa melekit di wajah. Memang dari dulu wawa tak pakai sunscreen sampailah kulit wawa rosak dan bila jumpa doktor pakar kulit perkara pertama yang dia tanya