Skip to main content

Anak! siapa yang lebih berhak? selepas bercerai.

Situasi 1

( Dalam bilik suluh Mahkamah Tinggi Syariah)


Pegawai suluh  :    Encik, kalau ikut umur anak-anak encik, hak penjagaan anak                                                                  memang mahkamah akan beri kepada ibu.
Suami             :      Saya tetap dengan keputusan saya! saya nak kedua-dua anak                                                                 lelaki saya. Anak perempuan biar isteri saya yang jaga. Saya                                                                mohon dibicarakan.
Pegawai suluh  :  Bagaimana dengan keputusan puan?
Isteri              :     Kalau dia berkeras saya tak boleh nak buat apa-apa..saya                                                                     minta jasa baik mahkamah untuk tentukan siapa yang lebih  berhak.
Suami             :    Cik, saya
tahu isteri saya ni bukannya mampu pon nak jaga                                                                   ketiga-tiga anak kami kerana dia tidak bekerja.

(situasi di atas hanya rekaan semata-mata tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia)

Assalamualaikum....

Perbualan di atas menunjukkan tidak semua suami mahupun isteri tahu tentang hak penjagaan anak  ( hadhanah) selepas bercerai. Siapa yang lebih berhak? ibu? atau bapa?.

Dalam mazhab al- Syafie, hadhanah bermaksud menjaga orang yang tidak boleh bersendirian menguruskan dirinya daripada perkara yang boleh menyakitkannya kerana dia belum mumayyiz seperti kanak-kanak.

Tertakluk kepada seksyen 82, ibu adalah yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.

Jika Mahkamah berpendapat bahawa ibu adalah hilang kelayakan di bawah Hukum Syarak dari mempunyai hak terhadap hadhanah atau jagaan anaknya, maka hak itu, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah berpindah kepada salah seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan yang berikut, iaitu

  1. nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya;
  2. bapa;
  3. nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya;
  4. kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
  5. kakak atau adik perempuan seibu;
  6. kakak atau adik perempuan sebapa;
  7. anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
  8. anak perempuan dari kakak atau adik seibu;
  9. anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa;
  10. ibu saudara sebelah ibu;
  11. ibu saudara sebelah bapa;
  12. waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai ‘asabah atau residuari
Rasulullah SAW selalu menekankan bahawa ibu lebih berhak mendapat hak penjagaan ke atas anaknya. Pengorbanan ibu sangat mulia apabila mempertaruhkan nyawanya sendiri dengan mengandung dan melahirkan anak.

Melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar yang berbunyi :
"Bahawasanya seseorang perempuan telah datang menemui Rasulullah SAW, bahawa anakku ini, perutkulah kandungannya, susukulah minumannya dan ribaankulah rumahnya tetapi bapanya telah menceraikan aku dan hendak merampas anak itu daripada aku". Selepas mendengar aduan itu Rasulullah SAW bersabda, "Engkaulah yang lebih berhak menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin lain." (Riwayat Abu Dawud).

Dalam kes Zawiyah lwn Ruslan (1980 JLD 1, 2 J.H) Yang Arif Khadi Besar Pulau Pinang Haji Harussani bin Haji Zakaria memutuskan anak-anak yang belum mumayyiz diserah kepada ibunya berdasarkan hujah Kitab Kifayah Al-Akhyar Juzu' 2 halaman 93 yang berbunyi seperti berikut:

"Apabila mencerai seorang lelaki akan isterinya dan ia mempunyai anak dengan isteri itu maka si isteri berhak memelihara anak itu sehingga anak itu berumur 7 tahun (mumayyiz)."

Walaubagaimanapun, ada syarat-syarat yang ditetapkan oleh undang-undang untuk menentukan bahawa seseorang itu layak untuk mendapat hak penjagaan.
Syarat-syarat ini bertujuan supaya kebajikan dan pendidikan anak ini terjamin.

Syarat-syarat kelayakan tersebut disenaraikan dalam Seksyen 83 Enakmen yang sama, iaitu:

(a) dia seorang Islam;

(b) dia sempurna akal;

(c) dia berumur yang melayakkan dia memberikan kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang yang diperlukan oleh kanak-kanak itu;

(d) dia berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah; dan

(e) dia tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani.

Seperti yang dapat kita lihat, undang-undang tidak menetapkan bahawa seorang ibu hanya boleh menjaga anak perempuannya sahaja. Permintaan suami dalam dialog di atas amatlah tidak munasabah. Jadi, buat isteri tersebut janganlah risau ye walaupun puan terpaksa naik turun mahkamah 10kali pon puan tetap akan dapat hak hadhanah itu selagi puan tidak berkahwin lain. Namun demikian, meskipun ibu adalah golongan yang paling berautoriti ke atas hak hadhanah anak, ianya boleh berpindah kepada pihak lain sekiranya mahkamah berpandangan ianya demi memelihara kebajikan anak itu sendiri. Maka pertimbangan yang dirujuk oleh mahkamah adalah berdasarkan kepada aplikasi maslahah melibatkan aspek-aspek dalam maqasid syariah meliputi soal daruriyah, hajiyyah dan tahsiniyyah. Aspek daruriyyah yang perlu diambilkira meliputi soal agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Maka adalah jelas bahawa semua konsep serta aspek ini telah diaplikasikan secara berkesan oleh mahkamah bagi menentukan hak hadhanah kepada pihak yang berhak.

Sama ada puan bekerja atau tidak, itu tidak akan memberi kesan kepada  puan untuk memohon hak hadhanah ini. Perlulah ditekankan di sini bahawa, walaupun hak hadhanah diberikan kepada ibu, bapa masih lagi bertanggungjawab memberi nafkah kepada anaknya.

Namun demikian, pihak mahkamah tidak menafikan hak lawatan diberikan kepada si bapa. Pihak mahkamah menetapkan hak lawatan pada hujung minggu mengikut berapa kali dalam sebulan(hasil perbincangan kedua-dua belah pihak) diberikan kepada bapa. Bagi cuti perayaan pula hendaklah dibahagikan mengikut perbincangan antara suami isteri tersebut. Ingatlah tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang terputus itu hanya hubungan suami dan isteri tetapi bukanlah hubungan ibu dan bapa anak-anak itu. Jangan kerana putusnya hubungan suami isteri maka anak juga terkena tempiasnya dengan memutuskan silaturrahim dan hubungan mereka dengan ahli keluarga yang lain. 


sumber : 

  1. http://www.sistersinislam.org.my
  2. http://halaqah.net/






Comments

Popular posts from this blog

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Ciri-ciri Sunscreen terbaik

Sunscreen sangat penting dalam rutin penjagaan kulit seharian kita. Tentunya ada yang mengelak untuk pakai sunscreen sebab bila pakai especially selepas letak foundation terus mekap jadi oily lah, kadang-kadang bercapuk dan rasa melekit di wajah. Memang dari dulu wawa tak pakai sunscreen sampailah kulit wawa rosak dan bila jumpa doktor pakar kulit perkara pertama yang dia tanya