Hai assalamualaikum.....
Pagi ni happy sangat bila nampak abang posmen. Sebabnya wawa baru je order sunscreen hari khamis yang lalu. Sebelum ni wawa pernah post pasal Heliocare ni jugak kan. Kali ni wawa nak cuba pakai yang jenis water gel. Ramai juga bagi feedback yang baik-baik dan best mengenai water gel ni.
Sunscreen adalah benda paling utama dalam skincare wawa. Wawa tak kan keluar rumah tanpa sunscreen. Wajib tau. Kalau tak pakai rasa 'habisla naik jeragat la nanti'. Takut-takut nak berjalan di bawah cahaya matahari.
Bukan semua sunscreen sesuai dengan kulit wawa. Hanya heliocare je yang wawa percaya dan yakin untuk letak atas kulit wajah wawa. Kalau brand lain memang wawa tak berani.
Bismillah......
Wawa harap yang water gel ni pun se best gel oil free la. =)
Ok dalam dia comel je... Besar tapak tangan wawa je. Cara pakai sama je macam gel oil free. Tekstur dia lebih cair dan bau dia macam bedak sejuk. Serius.... Tapi ok la yang penting broad spectrum UVB/UVA. Setakat bau bedak sejuk apa la sangat nak dibandingkan dengan kebaikan ia melindungi kulit kita kan. Ok setakat ini sahaja review wawa untuk water gel Heliocare sunscreen ni.. Kalau ada apa-apa soalan boleh je tanya kat komen bawah ok.
Thanks for reading..... daaaa.....
nk cream utk putihkan wajah.. any suggestion sis?
ReplyDeleteTak yah la putih bro...laki lagi hensem gelap...bru nmpk maskulin
Delete