Skip to main content

Dendam itu ibarat racun



Semalam sebelum tidur terngiang-ngiang kata-kata seorang sahabat. Rasa sedikit terluka dengan apa yang dilontarkan. Lantas, wawa teringat suatu kisah mengenai dua sahabat. 
................................................................................

Dua orang sahabat karib pergi mengembara melalui sebuah padang pasir yang terbentang luas. Di tengah-tengah perjalanan itu berlaku sedikit perbezaan pendapat yang membawa kepada pertengkaran. Akibat tidak dapat mengawal perasaan dan memuncaknya kemarahan, seorang telah memukul sahabatnya.

Dengan penuh rasa hiba, sahabat yang dipukul mengambil ranting kayu dan menulis di atas pasir :

" Hari ini sahabat baikku telah memukulku."

Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan bersama-sama. Setelah lama berjalan, mereka sampai di sebuah lembah subur dengan tasik yang dingin. Tanpa berlengah, sahabat yang kena pukul tadi terjun ke dalam tasik tersebut untuk menyejukkan badannya. Tiba-tiba ia gagal mengawal diri dan mula tenggelam ke dasar tasik.

Sahabatnya terjun dan berjaya menyelamatkannya. Setelah naik ke tepi tasik tersebut, dia mengucapkan terima kasih dan memahat pada seketul batu :

" Hari ini sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku."

Sahabatnya bertanya, "Tadi sewaktu aku memukulmu, engkau menulis di atas pasir dan sekarang engkau memahat di atas batu?"

Jawab sahabat tersebut, aku menulis dia atas pasir kerana ia akan hilang ditiup angin, aku memahat di atas batu supaya aku mengingatinya sehingga bila-bila."

Begitulah dengan kehidupan ini, ada perkara yang menyedihkan, melukakan, menyakitkan, tulislah di atas pasir agar ia singgah sebentar di dalam ingatan, agar kita boleh melupakannya. Namun sebaliknya, jika kita menerima kebaikan dari orang lain maka pahatlah di dalam hati agar kita terus kekal mengingatinya sampai bila-bila.

Rahsia untuk mendapat ketenteraman dan kedamaian hakiki adalah dengan melupakan dan memaafkan segala kesalahan orang lain kepada kita sebelum tidur dan pejamkanlah mata untuk merasai nikmat dan kesyukuran yang kita kecapi. 

Kebencian dan dendam yang kita bawa sehingga ke dalam tidur akan menjadi racun yang menyelinap ke dalam tubuh dan kemudian membunuh kebahagiaan dan kedamaian diri. 

Oleh itu, tidurlah bersama kesyukuran, jangan tidur bersama kesedihan. 

Thanks for reading....daaaa


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

Patah sayap bertongkat paruh

Hai assalamualaikum Pada hari yang sangat panas ni wawa teringat satu drama. Sebenarnya wawa tak layan drama melayu. Bukan sebab tak mau sokong ke apa. Tapi sebab kebanyakan drama melayu semua cerita pasal rampas suami orang, kacau bini orang, pakwe orang, tunang orang eh semua pasal rampas la memang ada dalam drama melayu... Baik layan drama korea.. Kan...beza sangat.. Tapi kali ni wawa rasa terdetik di hati nak layan drama "patah sayap bertongkat paruh" ni kat astro ria.. Sebab semalam mak ada cakap 'kak cik drama patah sayap bertongkat paruh lakonan fasha sandha tu sebiiiiiijik macam kisah