Skip to main content

Biggest flex for 2019

Assalamualaikum dan hai.

Walaupun dah terlambat nak tulis fasal 'the biggest flex'ni , Sebab hari ni dah masuk tahun 2020. But its ok, Wawa still nak tulis juga sebab satu hari nanti wawa nak baca balik fasal ni. 

Untuk tahun 2019, wawa punya life biasa sahaja. Kerja, kerja dan kerja. Sampai terlupa tentang
anak-anak. Setiap hari wawa travel jauh untuk kerja. Bila wawa fikir balik banyak duit dan masa habis dekat situ. I mean, drive lepas tu penat, sakit badan dan bila dah sampai rumah wawa asyik nak tidur. Kerja sekolah anak-anak tak sempat nak tengok. Nak study dengan depa? memang tak sempat. 

Sepanjang hari stress bila fikir fasal ni. So setelah wawa buat kira-kira dan tanya pendapat kawan-kawan ramai yang suggest wawa pindah. Bukan pindah tempat kerja tapi pindah rumah. 

Alhamdulillah, hasil pertolongan kawan-kawan, wawa berjaya jumpa rumah yang sesuai untuk keluarga kecil wawa. Kalau orang lain yang seusia wawa ni dah ada rumah sendiri. Best kan. Tapi wawa kalau beli rumah memang makan pasir la kot. Well, you know my situation now. Ít's not that easy.

So, my biggest flex for this year is.....i rented a house..... Sekarang wawa cuma ambil masa 10 minit sahaja untuk ke tempat kerja. Yang paling penting, anak-anak wawa lebih dekat. Naufal dan afy wawa dah tukar sekolah dekat Kulim juga. Mula-mula macam susah giler nak tukar sekolah, naufal ok sebab dah darjah 3 tapi yang Afy susah sikit sebab kemasukan darjah 1 dah penuh. Sangat stress, tapi ALLAH mudahkan segalanya. Ada je pertolongan yang Dia hantar. MasyaALLAH. Maha suci ALLAH.
Yeayy a house for us... 

In shaa ALLAH wawa dapat pantau aktiviti anak-anak wa dengan lebih dekat. Kalau boleh tak mau menyusahkan mak abah lagi. Tapi tu lah, kasih ibu, mak selalu ada dengan wa. Mak banyak sangat tolong wa, banyak sangat Ya ALLAH...terima kasih kerana beri aku mak yang sangat penyayang. Panjangkanlah umur mak..Sihatkanlah mak selalu. Dekatkan rezeki dengan mak selalu. Wa sayang mak...sangat-sangat.

Just for them ❤️
I love u mak❤️❤️💖


Comments

  1. moga Allah permudahkan segala ursuan wa menguruskan diri dan keluarga ...u are very strong mummy..all the best to u

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah permmudahkan segala urusan awak....
    banyakan doa dan sabar.. moga syurga milik awak
    aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...sama plak nama. mesti suka kicap manis jugak kan?

      Delete
    2. aah sama la pulak.. mesti la kicap manis cap kipas udang kan ... hohohoho...
      apa khabar.. life mcm na ok ? sihat ?

      Delete
    3. alhamdulillah... Sihat... Life pun ok. Biashe2 je

      Delete
  3. Alhamdulillah..kerja awak mcm na? awak jaga diri baik2.. skrg nie covid.. hope awak ngn anak2 sihat selalu moga awak dilindingi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..in shaa Allah. u too take care ya.

      Delete
    2. sama-sama awak.. terima kasih gak... slalu pakai sanittizer ok... hope everything pulih sedia kala..

      Delete
    3. by the way.. anak pompuan awak comel mcm awak gak...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Ciri-ciri Sunscreen terbaik

Sunscreen sangat penting dalam rutin penjagaan kulit seharian kita. Tentunya ada yang mengelak untuk pakai sunscreen sebab bila pakai especially selepas letak foundation terus mekap jadi oily lah, kadang-kadang bercapuk dan rasa melekit di wajah. Memang dari dulu wawa tak pakai sunscreen sampailah kulit wawa rosak dan bila jumpa doktor pakar kulit perkara pertama yang dia tanya