Skip to main content

Lagu Aisyah dikritik Ulama. Ini sebabnya

Hai assalamualaikum....

Hari tu wawa buka FB banyak betul keluar penyanyi yang buat cover lagu Aisyah isteri Rasulullah. Lagu ni memang trending sebab sedap sangat kan. Siti Nurhaliza pun ada cover lagu ni. Yang paling wawa suka cover Nissa Sabyan. Siap download video dia sebab nak tengok muka Nissa sambil dengar lagu ni. Nissa comel putih pipi merah.(pakai blusher).



cover Sabyan versi asal


Sebab utama kenapa wawa suka lagu ni adalah kerana lirik dia yang sangat menggambarkan kecintaan Aisyah terhadap Rasulullah.

Aisyah romantisnya cintamu dengan nabi,
Dengan Baginda kau pernah main lari-lari
selalu bersama hingga hujung nyawa Kau disamping Rasulullah

Aisyah sungguh manis oh sirah kasih cintamu
bukan persis novel mula benci jadi rindu
kau isteri tercinta.....
Ya Aisyah ya Humairah...
Rasul sayang Rasul cinta...mu 

Tetapi, lirik lagu ini menimbulkan pelbagai kontroversi dikalangan ulama. Sebabnya semua isteri Rasulullah adalah Ummahatul Mu'minin atau ibu orang mukmin. Jadi, ada aturan yang harus dipatuhi oleh setiap orang beriman.


BUYA YAHYA 
sumber : google


Seorang pendakwah Buya Yahya sehinggakan tidak tega menyebut lirik salah satu isteri Nabi Muhammad SAW, Siti Aisyah radiyallahu anha dalam cover lagu yang trending itu. Lirik tersebut terlalu menggambarkan fizikal Aisyah isteri nabi sedangkan ianya amat dilarang.

Mulia indah cantik berseri
kulit putih bersih merahnya pipimu
Dia Aisyah puteri Abu Bakar isteri Rasulullah......

sungguh sweet Nabi mencintamu
bila lelah Nabi baring di jilbabmu
seketika kau pula bermanja
mengikat rambutnya.....

Buya Yahya ada mendedahkan dalam satu video di youtube channel Al-Bahjah bahawa ada dua kemungkinan dari penulis lirik. Samada membuatnya dengan kesombongan atau ketidaktahuan.

Nabi sendiri tidak pernah menyebut sifat fizikal isteri-isterinya. Beliau selalu memuji isteri-isterinya dengan sifat yang lain seperti kecerdasannya.

Nasihat Buya Yahya
Buya Yahya juga menasihatkan kepada mereka yang cover lagu Aisyah ini untuk mengubah lirik agar tidak menjadi dosa jariyah kita semua

Sebagai sokongan kepada cadangan Buya Yahya, ramai youtuber yang dah ubah lirik dan membuat cover baru dengan versi lirik Buya Yahya. Di antara semua cover lirik baru itu, wawa paling suka versi Tryana ni. Lembut je dia nyanyi dan sedap di telinga. Sampai tertidur layan.


cover Tryana versi lirik baru


Pada bait pertama hingga akhir yang semula :
Mulia indah cantik berseri
Kulit putih bersih merahnya pipimu
Dia Aisyah putri Abu Bakar
Isteri Rasulullah
Sungguh sweet Nabi mencintamu
Hingga Nabi minum di bekas bibirmu
Bila marah, Nabi kan memanja
Mencubit hidungnya
Aisyah..
Romantisnya cintamu dengan Nabi
Dengan Baginda kau pernah main lari-lari
Selalu bersama hingga hujung nyawa
Kau di samping Rasulullah
Aisyah...
Sungguh manis oh sirah kasih cintamu
Bukan persis novel mula benci jadi rindu
Kau isteri tercinta ya Aisyah, ya Humairah

Diubah menjadi:

Mulia indah sejuk berseri
cerdas pandai lembut penuh kasih sayang
Dia Aisyah putri Abu Bakar
Isteri Rasulullah
Sungguh besar Nabi mencintamu
hingga Nabi minum di bekas gelasmu
bila marah Nabi kan memanja sejukkan hatinya
Aisyah ketulusan cintamu pada Nabi
Dengan Baginda kau selalu tulus berbakti
Selalu bersama hingga ujung nyawa kau disamping Rasulullah
Aisyah sungguh manis oh sirah kasih cintamu
Jauh dari kisah novel yang sekadar shahdu
kau isteri Baginda Ya Aisyah Humaira...
Rasul sayang kasih Rasul cintamu

Lagu ''Aisyah'' ini dilancarkan pada mei 2017 dibawah naungan label muzik Media Asia Production sdn bhd (Map Music) dari Malaysia. Pencipta dan penulis lirik lagu ''Aisyah'' adalah Razif bin Zainuddin dari Projektor band.

Namun orang pertama yang mengubah lirik ini  ke arah yang lebih islami (dengan izin Map Music) adalah seorang youtuber Malaysia bernama Hasbi Bin Haji Muh Ali aka Mr Bie dan video tersebut dimuatnaik di channel youtubenya pada bulan ogos 2017. Versi baru ini bertajuk ''Aisyah Isteri Rasulullah''.

Semoga dengan lagu ini boleh menambahkan rasa sayang dan kasih anak-anak kita kepada Aisyah RA isteri Rasulullah SAW.

So, thanks for reading...daaaa

sumber:
1.murai.my
2.ikutrame.com
3.youtube sabyan dan tryana








Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Ciri-ciri Sunscreen terbaik

Sunscreen sangat penting dalam rutin penjagaan kulit seharian kita. Tentunya ada yang mengelak untuk pakai sunscreen sebab bila pakai especially selepas letak foundation terus mekap jadi oily lah, kadang-kadang bercapuk dan rasa melekit di wajah. Memang dari dulu wawa tak pakai sunscreen sampailah kulit wawa rosak dan bila jumpa doktor pakar kulit perkara pertama yang dia tanya