Skip to main content

Allah hanya menguji apa yang kita mampu sahaja

Gambar sekadar hiasan

Usai punch in aku terus melangkah ke bilik 3. Alhamdulillah, hari ni kerja di bilik 3 rileks sikit. Semua pemeriksaan dada sahaja. Tak banyak guna tenaga sangat. Sukanya.

Eh, dah ada patient la. Selesai mendaftar masuk dalam DR (Digital Radiography), aku terus memanggil pesakit tersebut untuk di 'x-ray'.

''Mohamad bin Abdullah''.

Kelihatan sepasang suami isteri duduk di penjuru ruangan menunggu di hadapan bilik 3. Mendengar namanya dipanggil, lantas si isteri menolak kerusi roda suaminya dengan berhati-hati.

aku : Encik Mohamad kena tukar baju ye, sebab baju ni ada butang. Encik boleh berdiri ke? 

si suami (encik mohamad) : ya boleh puan. Buka ni! kedengaran tegas dia mengarahkan isterinya membuka bajunya.

Dengan penuh hati-hati si isteri menarik baju suaminya dan aku meninggalkan mereka sebentar di ruangan bilik salin baju itu. Tiba-tiba aku terkejut dengar jeritan si suami tadi.

'' Tarik la pelan-pelan!''. marah suami kepada isterinya.

''abang janganlah marah''. Lembut isterinya berkata sambil menahan malu kerana dimarahi suaminya depan aku.

Habis sahaja pemeriksaan dada kepada encik Mohamad tadi aku terus termenung sekejap. 

Kenapa isteri lemah lembut baik macam tu dapat suami garang macam singa. Kalau suami baik dan lembut pula dapat isteri garang macam harimau pula. Sekadar mengomel perlahan dekat kerusi bersebelahan kak shida( partner aku hari ni).

Kak shida : macam kau la wa. Aku kagum la dengan kau wa, masa kau tengah bermasalah dulu, kau boleh hadapi sorang-sorang dekat Klang tu. Mak kau jauh kan masa tu?

Pertanyaan kak shida tu buat aku tersedar dari lamunan mengenai pasangan tadi. Lantas peristiwa 6 tahun dahulu menerjah di ruangan fikiranku.

**************

aku : kenapa abang buat wa macam ni? kenapa abang kena kahwin dengan dia? pertanyaanku bertubi-tubi dengan nada yang sedikit sebak.

naz :  Habistu, kau nak aku buat jahat belakang kau? kau nak ke? dengan selamba abang nazril menjawab tanpa sedikit pun bersimpati pada aku.

'' kau nak ataupun tak, aku tetap akan kahwin dengan dia!''. 

Hancur luluh hati aku tapi aku cuba menahan untuk tidak menangis di depan dia. tapi, hati aku rasa sakit dan nak meletup.

''abang, wa nak keluar beli ikan dekat pasar boleh?''. Aku cuba mencari helah untuk keluar dari rumah sekejap. aku perlukan seseorang. Hati aku rasa pedih dan sakit sangat. 

nazril : emm.. tanda dia izinkan.

Aku terus memandu keluar ke pasar pagi Banting. Dalam perjalanan, aku terus menangis sambil meraung. '' kenapa kau buat aku macam ni? aku setia dan sayangkan kau. kenapa semua ni yang kau balas pada aku? apa patut aku buat ya Allah?''. 

Air mata mengalir laju, aku dah tak boleh kawal diri aku. Aku terus capai telefon bimbit dan mendial nombor kak long.

'' hello kak long, naz nak kahwin juga dengan perempuan tu kak long. Dia dah tak mau adik lagi.''

''Ya Allah... kesiannya adik aku.'' suara kak long juga sebak mengenang nasib adiknya nanti. kak long cuba menenangkan aku supaya jangan bertindak melulu. Sabar dan cuba cari jalan. Itu pesan kak long pada aku. yang paling aku tak boleh lupa satu pesanan kak long ialah...Allah, ingat pada Allah , mengadu pada Allah, doa dan pohon petunjuk dariNya.

                                                                    ****************

'' Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa dari kejahatan yang dilakukannya. (Mereka berdoa dengan berkata) : '' wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang terdahulu dari kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami dengan apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkan dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir''. ( Surah al-Baqarah 2:286)

Ayat ini betul-betul memberi kesan kepada aku . Ayat ini buat aku fikir, bahawa segala ujian dan masalah yang aku hadapi, mesti aku boleh tanganinya.

Dalam hidup ini, Allah akan berikan setiap ujian berdasarkan kapasiti kemampuan kita. Ujian demi ujian yang kita tempuhi PASTI kita kuat dan mampu untuk hadapinya.

Yakin dalam diri bahawa setiap ujian daripada Allah adalah untuk menambah iman dan menghapuskan segala dosa-dosa kita. Dan Allah hanya menguji bergantung pada sekuat mana iman kita.

Jangan cuba membandingkan ujian kita dengan orang lain. Ketahuilah bahawa Allah menguji setiap orang berbeza-beza. Sebab, kemampuan setiap orang berlainan.

Semoga kita semua terpilih untuk menjadi seorang yang memiliki dua sayap agung, iaitu sayap syukur dan sayap sabar.

Thanks for reading

Byeeee.

Nota kaki : actually nama nazril hanya rekaan. =)


Comments

  1. nadia kagum dgn wawa..wawa seorang ibu yang tabah membesarkan anak2 sendiri tanpa perlu hadirnya seorang lelaki...memang berat ujian yang wawa tanggung ni..tetapi Allah tau wawa boleh hadapinya..insyaallah moga wawa sentiasa diberi kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi liku-liku hidup ni,,ingatlah ramai yang sayangkan wawa...kami sentiasa bersama wawa jika wawa nakkan perhatain atau pinjam telinga untuk mendengar apa2 masalah...wawa...i miss u...u are superwoman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah nadia....wa biasa je...bukan super pun....wa sama mcm perempuan lain. Mana2 perempuan yg dok kat tempat wa akan buat benda yang sama. terima kasih nadia.
      As a mother nadia pun kena kuat juga. I miss u too nadia =). Terima kasih untuk segalanya sahabatku.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Ciri-ciri Sunscreen terbaik

Sunscreen sangat penting dalam rutin penjagaan kulit seharian kita. Tentunya ada yang mengelak untuk pakai sunscreen sebab bila pakai especially selepas letak foundation terus mekap jadi oily lah, kadang-kadang bercapuk dan rasa melekit di wajah. Memang dari dulu wawa tak pakai sunscreen sampailah kulit wawa rosak dan bila jumpa doktor pakar kulit perkara pertama yang dia tanya