Skip to main content

VASELINE : Kenapa vaseline wajib ada di rumah.





Rasanya semua orang ada vaseline kat rumah kan? Kebiasaannya kita guna vaselin untuk merawat masalah kulit kering je. Oleh yang demikian, vaselin tu hanya tersimpan rapi dalam rak mekap sampai expired.

Vaseline dihasilkan sejak tahun 1870 lagi dan ia merupakan petroleum jelly yang asli.

Sebenarnya Vaseline sudah digunakan 150 tahun lamanya kerana ia dipercayai bersifat hypoelergenic dan banyak memberi manfaat untuk kegunaan perubatan

Terdapat banyak kegunaan dan manfaat petroleum jelly ini dalam kehidupan seharian kita. Bukan sahaja untuk kecantikan malah ianya juga selamat digunakan untuk tujuan perubatan semasa di rumah.

Berikut wawa senaraikan beberapa manfaat dan keperluan vaseline di rumah:


  • luka dan lecur/kena minyak panas - seandainya jari terluka kena pisau atau apa-apa sahaja, basuh luka tersebut terlebih dahulu dengan sabun antiseptik ,keringkan dan terus sapu vaselin ke atas luka tersebut. Vaseline akan bertindak sebagai perisai untuk menghalang kuman dan bakteria daripada menjangkiti luka tersebut

  • bibir merekah - selalunya terjadi terutama pada mereka yang ada eczema.    Vaselin membantu melembabkan bibir dan jangan risau jika terjilat atau termasuk ke dalam mulut kerana vaselin selamat di makan.

  • tumit pecah - Sering berlaku kepada mereka yang gemar memakai kasut       tumit tinggi. Boleh je kalau nak letak lotion atau pelembab lain tapi pastikan dilapisi dengan petroleum jelly selepas lotion untuk mengelakkan Epidermal Water loss.

  • ruam lampin - sapu vaselin pada punggung dan celah paha bayi. Vaselin       dapat membantu melindungi kulit bayi dari terkena najis yang akan               menyebabkan ruam merah pada kulit bayi.


    Slugging 




Apa itu slugging?

slugging adalah kaedah menyapu petroleum jelly (vaseline) dengan lapisan yang nipis pada kulit wajah.

slugging bertindak memperbaiki kulit dengan memelihara agen pelindung kulit dan meminimumkan kehilangan air pada lapisan kulit dengan memerangkap lembapannya.

Siapa yang sesuai melakukan slugging?

slugging amatlah disarankan pada mereka yang mempunyai kulit kering dan eczema untuk membantu melindungi agen pelindung kulit yang terjejas.

Pakar kulit menyarankan agar teknik slugging hanya dilakukan untuk rutin mingguan dan bukan harian.

Kesan sampingan slugging.

Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat dinasihatkan supaya tidak menggunakan teknik slugging ini. 
Ianya dikuwatiri akan menyebabkan liang pori tersumbat dan membuatkan kulit berjerawat bertambah parah.

Jadi, bukan sahaja vaselin sesuai untuk mereka yang mengalami masalah eczema ia juga sesuai untuk semua jenis kulit. Tunggu apa lagi, jom sama-sama beli vaselin banyak-banyak dan simpan di rumah.

Semoga bermanfaat.

bye.......


SUMBER

1. https://www.goodhousekeeping.com

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Ciri-ciri Sunscreen terbaik

Sunscreen sangat penting dalam rutin penjagaan kulit seharian kita. Tentunya ada yang mengelak untuk pakai sunscreen sebab bila pakai especially selepas letak foundation terus mekap jadi oily lah, kadang-kadang bercapuk dan rasa melekit di wajah. Memang dari dulu wawa tak pakai sunscreen sampailah kulit wawa rosak dan bila jumpa doktor pakar kulit perkara pertama yang dia tanya