Sabtu, 26 Ramadan.
Alhamdulillah, hari ni aku cuti. Memang dah set dalam kepala hari ni nak pergi cari baju raya anak-anak.
Oleh kerana covid, aku tak bawa anak-anak untuk shopping. Tapi yang aku bawa bersama dalam beg itu, cuma pita pengukur baju. Semua ukuran anak-anak bujang ada dalam kepala.
Jalan mulai sibuk, masing-masing keluar untuk mencari persiapan raya.
Bukan sahaja melayu, malah cina dan india juga sibuk membeli maklumlah dekat nak raya memang banyak sale. Tapi aku takut sebenarnya, Covid!!! Apa mereka ni sama macam aku ke? tak ada masa lain nak beli? cuma hari ni?
Arghhh... cepat-cepat aku melangkah ke arah baju melayu hitam. Owh, tahun ni memang kami sekeluarga pilih tema hitam.
Alangkah kecewanya aku saiz baju untuk naufal dan afi memang selalu habis cepat.
Tapi, sebab covid aku dah tak mau lama-lama dekat sini. Jadi aku terpaksa ambil warna yang seakan-akan hitam.
Boleh la kan dari tak ada. Sebenarnya ni mall ke tiga aku cari. Cukuplah tu. Anak-anak bukan kisah sangat pasal warna ni. Janji depa ada baju baru. Saja nak bagi depa rasa suasana raya tu. Walaupun raya mereka tak semeriah raya kita masa kecil dulu.
Agak mahal ye sepasang baju kanak-kanak. Alhamdulillah nasib baik bekas suami aku memang setiap bulan masukkan duit untuk mereka bertiga. Walaupun tak banyak, tapi sangat membantu untuk keperluan anak-anak. terima kasih ''ex''.
Nafkah
Nafkah bermaksud pembekalan keperluan hidup bagi seseorang. Menurut mazhab Syafie nafkah bagi kerabat itu adalah ibu bapa hingga ke atsa dan anak hingga ke bawah. Oleh itu, suatu yang tidak boleh dipertikaikan seorang bapa wajib menanggung nafkah anaknya semenjak anak itu lahir sehingga hilang kelayakan anak itu terhadap nafkah bapanya.
Jika mereka tidak mempunyai bapa, maka datuk wajib mengambil alih tanggunjawab itu dan seterusnya. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT: yang bermaksud ''jika mereka menyusukan anak buat kamu, maka berikanlah mereka upahnya''. Surah al-Talaq (6)
Kesimpulannya, penceraian hanya memutuskan hubungan suami dan isteri tetapi bukan putusnya hubungan antara anak dan ayah ataupun ibunya.
''everything happen for a reason''.
Thanks for reading...bye
Selamat Meyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin..
ReplyDeleteawalnya raya awak eh
DeleteExcited nak raya haha
ReplyDelete