Jam menunjukkan 12 tengahari, dari awal pagi sampai sekarang aku sibuk menyiapkan cd dan filem untuk di 'digitize' ke dalam sistem hospital. Banyak borang masih pending depan komputer. Ketika aku sedang asyik menaip aku rasa sedikit rimas dengan mask yang aku pakai, jadi aku turunkan sekejap untuk keselesaan. tiba-tiba, datang seorang hamba Allah dari arah mana aku pun tak tahu berkata '' eh tengok muka ''j'' ni macam cinalah''. Lantas aku tersentak dan terus berpaling ke arahnya. Memang benar, dia tujukan kata-kata itu kepadaku. ''J?'' dalam suara yang terketar-ketar aku bertanya kepadanya. Sempat juga aku menarik mask kembali apabila dia datang mendekati. ''Hang la, hang janda kan?'''. Aku tergamam, ya Allah, aku tak tahu kenapa hati aku bagai ditusuk sesuatu yang tajam. Mataku terasa panas dan berair tapi aku cuba tahan dan berlagak seperti biasa. Mujur ada mask yang boleh menutupi air mukaku untuk menahan kepedihan yang amat dalam ini. Dia cuba nak berlagak mesra, tetapi aku cepat-cepat beredar dari tempat itu. Aku takut keadaan akan jadi lebih parah kerana aku dalam keadaan marah.
Di sudut yang lain aku terus menangis. ''Salah ke aku janda? bukan aku minta jadi begini? kenapa mesti panggil aku dengan gelaran sedemikian? aku ada nama yang agak sweet didengar. Kenapa tak boleh panggil nama aku?'' . Air mata mengalir laju, untuk beberapa saat hatiku hanyut dalam kebisuan. Ya Allah...kuatkan aku.
......................................................................................................................................................
Berdepan Kritikan
'' Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bencana ) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab ( pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya.'' ( Surah Al-Hadid: 22)
Dakwat pena sudah kering, lembaran-lembaran catatan ketentuan sudah disimpan, setiap perkara sudah diputuskan dan takdir sudah ditetapkan.
''Katakanlah (wahai Muhammad) : Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang ditetapkan oleh Allah bagi kami .'' (Surah At-Taubah: 51)
Janda bermaksud wanita yang tidak bersuami lagi baik kerana cerai mahupun yang ditinggal mati oleh suaminya. Kaum janda seringkali meletakkan wanita pada posisi yang rendah, lemah, tidak berdaya dan mengharapkan belas kasihan.
Semakin maju zaman dan pendidikan tidak menjadikan stigma status janda semakin baik. Lihat sahaja lagu, filem, drama yang sentiasa merendahkan status janda itu sendiri. Semua wanita tentunya tidak mahu bergelar janda, namun ujian hidup datang tidak terduga. Sekarang kita bahagia dengan kebersamaan entah bila kita akan bersedih dengan perpisahan.
Justeru, jangan sekali-kali merasa susah hati dan bersedih disebabkan sesuatu yang terjadi. Semuanya telah ditentukan dan takdir sudah muktamad. Usaha dan ikhtiar boleh dilakukan sebanyak manapun tetapi hak untuk menentukan tetap mutlak di tangan Allah.
Yakinlah status janda bukanlah aib, meskipun sebahagian masyarakat masih menganggap sedemikian. Pandai-pandailah membawa diri. Tepis segala tanggapan buruk itu dengan perilaku yang baik, menjaga adab dan sentiasa menundukkan pandangan.
Serahkanlah segalanya kepada takdir supaya tidak ditindas oleh pasukan tentera kebencian, penyesalan dan kebinasaan. Percayalah dengan kebenaran qhada sebelum dilanda banjir penyesalan. Dengan begitu, jiwa akan menjadi tenang. Jangan pernah ber 'kalau-kalau'. ''kalau aku buat macam ni mesti benda ni tak jadi''. Tetapi katakanlah ''Allah sudah menentukan dan apa yang Dia kehendaki akan Dia lakukan.'' (Hadis Nabi).
Wahai manusia; selepas lapar ada kenyang, selepas haus ada kepuasan, selepas berjaga malam ada tidur lena dan selepas sakit ada kesembuhan. Setiap yang hilang pasti ditemui, dalam kesesatan akan ada petunjuk.
Setiap tangisan akan berkesudahan dengan senyuman, ketakutan akan berakhir dengan rasa aman dan kegelisahan akan lenyap dengan kedamaian. Tabah dan bersabarlah duhai hati.
in shaa Allah......amin.....
Thanks for reading....bye....
power ayat nie keep it up sis :)
ReplyDeletetq support sis...
Delete