Skip to main content

Abah : Happy birthday!






Alhamdulillah....syukur kepada Allah hari ini birthday abah yang ke 67. 

Kami adik beradik kongsi duit untuk suprisekan abah dengan nasi arab. Actually abah tak suka benda. Abah sangat suka makan. Favourite dia memang nasi arab kambing. 

Abah ni perangai dia dah semakin kebudak-budakan. Seminggu yang lalu, setiap kali wawa tengah siap depan cermin, abah hari-hari tanya ''kakcik, hari ni berapa hb?''. (abah selalu lupa apa yang berlaku masa sekarang tapi memori dia ingat yang masa lalu)

''20 april bah''. 

Esoknya berulang lagi. Abah nampak wawa tengah siap abah tanya lagi ''kakcik, hari ni berapa hb?''

''21 april bah''. 

''wah...lagi 2 hari birthday abah''. Kata abah sambil tersenyum-senyum. 

Perkara yang sama berlaku keesokkannya...abah tanya wawa jawab. 

Ya Allah...peristiwa ini mengingatkan wa pada iklan petronas raya tahun 2007


                                       sumber : youtube farish eidil

Macam ni la abah. Selalu tanya soalan yang sama berulang kali.

Kadan-kadang abah keluar nak bayar bil. Petang baru balik.

 Bila mak tanya ''abah hang bayaq dah ka bil?''

''bil? laaa kami ( abah bahasakan diri bila cakap dengan mak) keluaq tadi nak bayaq bil ka? ish lupa tadi.''

Jadi, bila wa balik, mak terus beritahu yang abah tak bayar bil lagi. So, sejak kejadian tu, wa uruskan semua hal rumah secara online. Haaaa senang. Jadi abah tak payah pening-pening lagi.

Sama juga kalau mak suruh beli sesuatu, even nasi lemak abah akan balik bawa benda lain. Sebab dia lupa.

Semakin hari ingatan abah semakin teruk. 

Walaupun begitu, abah la orang yang paling setia tunggu wawa pergi kerja pagi-pagi buta. Mesti dia akan tunggu sampai kereta wa hilang di mata. 

Best sangat feeling ni, kadang-kadang sengaja wa lama-lama dalam kereta nak tunggu abah keluar sangkut dagu kat pagar tengok wa pergi kerja. hehe. My abah is so sweet.

Jadi, semalam wawa keluar dengan billa cari hadiah untuk abah.



Masa wawa sampai rumah abah dah tidur. Wawa kejutkan dan beri hadiah yang tak seberapa ni. Yang ni je wa mampu. 

''Abah, ni kakcik ada hadiah untuk abah''.

Dengan muka mengantuk, abah bangun dan terus capai kotak tu.

'' happy birthday abah, semoga panjang umur, sihat selalu dan bahagia dunia akhirat. ok mai nak sayang sikit''.

Abah senyum sampai telinga bila wa cium pipi abah. terus abah buka kotak , ''eh dah lama abah tak tukar purse. Terima kasih kak cik''. dengan senyuman yang sangat lebar.

Sayu pulak wa tengok abah ni. 

Nak tahu tak apa hikmah penceraian wa? yang wawa fikir dari sudut positif.

Nilah dia......wawa dapat tengok mak dan abah depan mata. Rezeki yang paling besar Allah bagi. terima kasih ya Allah....

Alhamdulillah...Alhamdulillah....


Doa dibaca ketika berseorangan

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَلِوَالِدِيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صِغِيْرًا

Bacaan rumi : Allahummagh firli zunubi wa li wa lidayya warhamhuma kama rabbayani soghiro

Maksudnya : '' Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.''


Comments

  1. ❤️❤️❤️❤️ keluarga bahagia.. semoga awak sentiasa bahagia... berbakti kepada mak ayah besaq pahala dia.. senoga Allah balas segala jasa baik awak... so sweet awak nid

    ReplyDelete
  2. Nice wawa..done comment��

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih....sy tak tau sapa awk sbb dia naik anonymous...tp tq sgt2.

      Delete
  3. Ala sedih.. Xdpt jmpa mak abah ���� tq acik tlg tenggokkan abah mak utk kami yg jauh2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la tak best hampa tak balik....alhamdulillah...boleh la tolong tengok. tapi rasanya depa yg tengok and jaga acik ..haha

      Delete
  4. happy belated birthday abah Wawa..moga abah Wawa sihat selalu..wawa beruntung masih punya abah yang mengambil berat dengan anaknya walaupun abah wawa ada sedikit lupa jg

    ReplyDelete

Post a comment

Popular posts from this blog

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

Kebenaran yang menyakitkan

 Hai.... Morning Wawa ternampak post ni dekat Quora jadi wa nak post dekat sini sebagai pengajaran.  Gambar diambil oleh seorang jururawat yang menjaga pesakit ini. Pesakit dalam gambar ini dimasukkan ke hospital kerana sakit tua. Sepanjang 3 hari dia berada di dalam wad tiada seorang pun dari ahli keluarganya yang datang melawat.  Akan tetapi, yang menariknya hanya ada seekor merpati yang setia menanti di sisi katilnya sejak hari kedua dia dimasukkan ke wad ini.  Akhirnya kebenaran terungkai apabila jururawat tadi bertanya kepada pesakit itu mengenai keberadaan burung merpati di sisinya. Sebenarnya, setiap hari dia akan ke taman untuk berehat sambil memberi makan kepada merpati ini tanpa jemu selama beberapa tahun.  Kesimpulan yang wawa dapat dari kisah ni ialah, beri makan kepada manusia(tak semua la) belum tentu dia boleh ingat dan balas. Tetapi bila kita beri makan pada haiwan sampai bila-bila pun ia akan kenang.  Ke hampa ada kesimpulan lain? Cuba share kat komen wawa nak tau juga