Alhamdulillah minggu ni wawa kerja dekat ct scan. Banyak yang wawa belajar dekat sini. Bukan sahaja sebagai radiographer tetapi sebagai hamba Allah yang banyak kekurangan.
Sumber : google
Dalam ramai-ramai pesakit yang wawa 'handle' wawa tertarik dengan sepasang suami isteri ini. Mereka berusia dalam lingkungan 80an dan berbangsa cina. Sebaik wawa memanggil nama si isteri, suaminya terus bangun dan memimpin tangan si isteri yang kelihatan agak uzur. Kedua-duanya jalan membongkok dan perlahan ke arah wawa. Setelah arahan tukar baju diberikan, si suami mengangguk perlahan tanda memahami setiap bait tutur yang wawa ungkapkan. Alhamdulillah setelah selesai, mereka berdua keluar dari bilik persalinan. Lengkap berbaju jalur-jalur (pakaian pesakit). Wawa minta si isteri untuk baring di atas meja pemeriksaan. Apa yang wawa rasa sweet sangat bila mana si suami tak lepas dari tangan isteri, setia memimpin sehingga ke meja pemeriksaan.
Dalam diam wawa tersenyum. '' Masyaallah tabarakallah...sweetnya uncle''. Tersenyum wawa sendirian. Nasib baik pakai mask.
..............................................
''Mencari pasangan hidup itu bukan semata-mata kerana cinta, tetapi siapakah yang sudi menemani kita hingga menutup mata''.-Man maharaja lawak-
Bila ada sahabat yang tanya, ''bila kau nak kahwin''?.
''Aku belum jumpa orang yang boleh jadi suami dan teman aku sampai tua.
Dulu setiap kali jumpa pasangan tua yang jalan pegang tangan mesti wawa akan cakap dekat husband (sekarang dah ex) ''abang...wa nak kita macam tu sampai tua''. Alhamdulillah....semua tu tak berlaku sekarang. >.<
Mendapat pasangan yang ideal sebenarnya tidaklah semudah mendapat teman untuk di ajak ke shopping mall. Tak semudah memilih ikan di pasar. Tidak juga semudah memetik bunga di taman.
Memang menjadi impian dan doa wawa untuk mendapat pasangan yang sebegitu sehingga hujung nyawa, tapi jodoh itu rahsia Allah.
Allah tidak pernah mengambil sesuatu daripada kita kecuali Dia menggantinya dengan yang lebih baik. Tetapi, kita haruslah bersabar dan redha dengan segala ketetapan-Nya.
Kita semua mempunyai kewajipan untuk berdoa. Berdoalah. Mengadu dengan Allah. Luahkan segalanya. Inilah yang wawa selalu buat bila sedih, sempit dan susah. Masyaallah....kesan dia sangatlah menakjubkan. Siapa yang layak menjadi tempat bergantung, memohon dan meminta pertolongan? Sudah tentu, hanya Allah, tiada Tuhan selain Dia.
Paling penting, perbaiki diri dan jadikan masa lalu sebagai pengajaran untuk kita menjadi hamba Allah yang lebih baik. 'everything happen for a reason'.
Doa Untuk Jodoh Yang Baik
رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجًا طَيِّبًا وَيَكُوْنُ صَاحِبًا لِى فِى الدِّيْنِ وَالدُنْيَا وَالْأَخِرَة
“Robbi Habli Milladunka Zaujan Thoyyiban Wayakuuna Shoohiban Lii Fiddiini Waddunyaa Wal Aakhiroh.”
Artinya :
“Ya Robb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.”
Ya Allah...Jika dia yang baik untukku,
keluargaku, agamaku, duniaku dan akhiratku, dekatkanlah dia denganku,
Jika dia bukanlah yang baik untukku
damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu
''Takdirkanlah aku dengan kebaikan walau dimana sahaja aku berada dan jadikanlah aku orang yang redha atas anugerahMu'
Sumber : google
Thanks for reading ...bye
ALHAMDULILLAH... cerita yg sweet mcm owner blog nie.. semoga awak mendpat jodoh yg sweet mcm uncle tu..
ReplyDeleteaminnnn
awak boleh tak jadi mcm uncle tu untuk saya?
Deletebleh aja awak... klu Allah izin kan :)... apa pon semoga awak diberi kesenangan dalam apa jua keadaan dan sentiasa happy...
Deletetq awak.... =)
Delete