Skip to main content

GAGAL

 Assalamualaikum...

Hari ini, detik dan saat ini, aku berkali-kali mengeluh. Masyaallah...banyak sangat perkara yang sukar berlaku pada aku hari ini.

Sering kali aku mengingatkan diri ini, supaya sentiasa positif dan pandang setiap dugaan itu dari sudut positif dahulu supaya hasil dan kesan yang akan kita nampak terlahir positif. 

Ternyata...semua itu sangatlah sukar di realisasikan di alam realiti. Setakat menaip, berkata dalam hati semua boleh. Tapi bila nak buat, boleh?. 

Kepala aku rebahkan di atas tangan lemah lentok atas meja laptop....''argh......aku gagal lagi, gagal sebagai seorang ibu, gagal sebagai seorang juru-ray. Aku gagal dalam segala hal.'' 

Terasa diri begitu hina. Tapi aku cuba melawan perasaan ini. Aku kena juga lalui semua ini. Kesilapan? kegagalan? aku kena tukar ia menjadi satu pengajaran. Hanya itu sahaja jalan yang aku ada. 

Masih terlalu awal untuk aku mengalah. Persoalannya mampukah aku? Permulaan tahun 2022 yang sangat mengecewakan. Bermula dengan kegagalan!

Arghhhhh.... ingin sahaja aku menjerit. Kecewa dengan diri sendiri. ''blur'' aku ni makin hari makin teruk. Ya Allah... tolonglah aku.

Semoga hari esok lebih baik untukku.

Pendosa,

Wawa Hass




Comments

  1. Setiap kejayaan dimulai dengan beberapa kali kegagalan

    ReplyDelete
  2. insyaalllah..teruskan berusaha..Allah akan mempermudahkan urusan kita apabila tidak berputus asa melakukan sesuatu kerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih nadia.....actually kata2 semangat dari kwn2 juga buat wa rasa bersemangat jugak. love u my friend.

      Delete
  3. hi, assalamualaikum.....
    semua kegagalan mengajar kita utk menjadi lebih baik, xda manusia yg sempurna, benda paling penting adalah kita sedar akan kesilapan kita yg kita lakukan dan cuba ubah kepada yg lebih baik, semoga dugaan n kesilapan kita buat kita lebih matang di masa depan. didik anak nie, awak kena byk masa ngn depa, amek taw benda2 hari depa, selalu bertanya khabar, or buat aktiviti besama depa.. insyallah moga awak jadi ibu yg terbaik utk depa. as juru x-ray, kena rajin buat ot kot utk jadi lebih mahir hehehehe.. apa pon, doa kepada Allah... semoga hidup lebih diberkati n bahagia. aminnnn.. yg benar, si hitam manis

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Ciri-ciri Sunscreen terbaik

Sunscreen sangat penting dalam rutin penjagaan kulit seharian kita. Tentunya ada yang mengelak untuk pakai sunscreen sebab bila pakai especially selepas letak foundation terus mekap jadi oily lah, kadang-kadang bercapuk dan rasa melekit di wajah. Memang dari dulu wawa tak pakai sunscreen sampailah kulit wawa rosak dan bila jumpa doktor pakar kulit perkara pertama yang dia tanya