Skip to main content

Pendaftaran Kafa

Hari ini terasa begitu sukar untuk bangun pagi, penat on call semalam masih terasa. Biasalah, perkara yang sama akanku rasa setiap kali lepas oncall. Penat, mengantuk, mata panda dan paling teruk....blur!

Kan best kalau cuti. Aku bermonolog sendirian. 

Tet tet....bunyi getaran dari telefon bimbitku menandakan ada pesanan masuk. Rupanya dari whatsap group kelas Naufal, afy dan Billa. Hari ini merupakan hari pendaftaran untuk kelas kafa sesi 2022. Hampir terlupa tadi. Masyallah...

................

Sampai sahaja di dalam Department, langkah kakiku terus laju menuju ke arah papan kenyataan. Memang tempat tumpuan awal pagi untuk tengok dan tahu tempat bertugas masing-masing. Alhamdulillah, nasib menyebelahiku. Hari ni aku kena tagging Mammogram. Selalunya kes mammo sebelah pagi sahaja, petang inshaallah free. Cepat-cepat aku ke bilik Kak Izan untuk isi borang keluar waktu pejabat untuk menguruskan pendaftaran kafa 3 beradik itu.

....................

sumber: soolacsy.blogspot.com


Sesampainya aku di depan sekolah kafa seperti biasa, buka aplikasi my sejahtera scan code QR dan periksa suhu. Alhamdulillah normal. Pendaftaran mengikut SOP. Aku beratur seperti ibu bapa yang lain. Kalau diikutkan jadual, hari ini adalah untuk pendaftaran anak darjah 2. Maksudnya hanya untuk Billa. Naufal dan afy  tarikh pendaftaran adalah esok dan lusa. Jam menunjukkan pukul 3.30 petang. Panas terik mentari terasa bahang sehingga ke lapisan epidermisku. ''Nasib baik sempat pakai sunblock sebelum keluar tadi''. Sempat lagi aku bermonolog sendiri.

''Ish...minta-minta lah ustazah tu bagi aku daftar anak serentak hari ini. Tak kan nak berpanas esok dan lusa lagi begini?''. Aku terus berdoa supaya ustazah lembut hati dan dipermudahkan segala urusan pendaftaran ini. Ya Allah...tolong aku!

''Puan nak daftar untuk anak darjah berapa ye?''. Soalan beginilah yang aku tunggu-tunggu.

''ustazah, saya nak daftar untuk anak saya tiga orang, darjah 2, 3 dan 5 hari ni boleh tak ustazah?''
Laju aku menjawab dan bertanya tanpa setitik noktah.

''boleh puan, puan isi borang ini dahulu.''

''terima kasih ustazah''. Senyumanku mekar sehingga ke cuping telinga. Nasib baik terlindung dengan mask''.

Setelah hampir selesai aku mengisi borang, tiba-tiba.....
''maaf puan, hari ni puan boleh dafrat untuk anak yang darjah 2 dan 3 sahaja, yang darjah 5 kami terpaksa pertimbangkan dahulu sebab dia dah agak lewat untuk belajar kafa. Kami perlukan sekurang-kurangnya 3 tahun dia dah belajar kafa''.

Aku hampir tersentak mendengar ayat terakhir ustazah Maisarah tadi. Agak lewat? 3 tahun?

Ya memang Naufal hanya sempat belajar kafa ketika dia darjah 2 dulu sahaja. Lepas tu tukar sekolah dekat Kulim dan dekat sana transport susah sikit kalau nak pergi kafa. Jarak agak jauh. Tahun lepas, aku tukar balik mereka ke sekolah sini, sebab aku dah dapat pindah Hospital Sg. Petani. Masa daftar pun ustazah Kafa sini cakap tak nak terima murid baru, kelas dah penuh. Ya Allah. Kecewa betul la dengan pengurusan Kafa sini. Aduh, sian Naufal. Bagi aku Kafa ni penting. Sebab dapat belajar ilmu akhirat dan Al-Quran sekaligus membantu sangat bila nak jawab kertas Pendidikan Islam nanti.

Selesai pendaftaran adik-adik Naufal aku melangkah keluar dengan sedikit kekecewaan. Kedengaran suara ustazah Maisarah memanggilku. 

'' Puan boleh whatsap saya details anak puan. Kalau diterima saya akan bagi jawapan.'' kata ustazah sedikit memberi harapan.

Aku cuma menganggok tanda setuju sambil mengeluarkan HP dari beg untuk mengambil nombor telefon ustazah Maisarah.

Semoga ada berita gembira untuk Naufal nanti. Aku dulu pun tak pernah sekolah Kafa. Jadi aku dapat rasa sukarnya nak jawab exam Pendidikan Islam masa tu.  
Seandainya berlaku sebaliknya, mungkin aku akan tukar kepada plan B. 

Ya Allah...permudahkan urusan anak-anakku untuk belajar ilmu di sini Ya allah..aku tak mahu anak-anak aku jadi seperti aku. Ya Allah...tolong aku!


Pendosa,

Wawa Hass





Comments

  1. assalamualaikum.... hi, seperti biasa la hi hi hi awak hahaha,
    kelas kafa penting utk semua, n masih belum terlmbat lagi utk belajar, bleh la naufal blajar ngn adik2, lagi pon masih byk kelas2 kafa di youtube, xsemestinya dia sekolah kafa, cuma awak kena pantau skit... moga segala urusan awak dipermudahkan, aminnnnn... xpon awak lah jadi cikgu kafa utk anak2 awak tu.... hehee... niat n usaha yg baik, Allah akan permudahkan urusan awak nnti, dont worry. YB = si hitam manis

    ReplyDelete
  2. moga dipermudahkan urusan wawa menguruskan kafa untuk anak3..moga Naufal dapat belajar kafa juga

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Ciri-ciri Sunscreen terbaik

Sunscreen sangat penting dalam rutin penjagaan kulit seharian kita. Tentunya ada yang mengelak untuk pakai sunscreen sebab bila pakai especially selepas letak foundation terus mekap jadi oily lah, kadang-kadang bercapuk dan rasa melekit di wajah. Memang dari dulu wawa tak pakai sunscreen sampailah kulit wawa rosak dan bila jumpa doktor pakar kulit perkara pertama yang dia tanya