Skip to main content

Marriage Life


Ini adalah Dhanush dan Aishwarya Rajinikanth. Dhanush merupakan seorang pelakon terkenal di India Selatan. Saya kenal Dhanush kerana abah salah seorang peminat terbesar filem lakonan beliau. Setiap kali  filem Dhanush ditayangkan dekat astro mesti abah akan pegang 'remote control' dan sorok. Takut gamaknya kalau mak tukar kepada drama 'Melur untuk Firdaus'. Dhanush dan Aishwarya telah berkahwin pada tahun 2004 dan dikurniakan 2 orang cahaya mata.

Pada 18 Januari 2022 yang lalu, Pasangan selebriti ini telah memberikan khabar yang sangat mengejutkan ramai peminat .Pasangan ini telah mengumumkan perpisahan mereka melalui twitter. Mereka berdua sepakat membuat keputusan ini dan meminta agar peminat juga dapat menghormati keputusan mereka.

*****

Mengimbau kembali awal perkahwinan mereka :

  • Dhanush hanya membintangi 2-3 filem
  • Dhanush menjadi bahan gelak dan sindiran, sehingga dipertikaikan tentang bagaimana fizikalnya yang kurus kering boleh menjadi hero pujaan ramai.
  • kariernya masih terumbang-ambing dan semua orang masih tidak menyangka yang beliau akan berjaya seperti sekarang.
  • Manakala Aishwarya merupakan seorang anak pelakon terkenal dan dilahirkan dalam keluarga yang mewah. Dhanush pada ketika ini sedang mengalami masalah ekonomi yang teruk dan berusaha memperbaiki mutu lakonannya.

Ramai peminat yang berteka-teki ketika itu bagaimana mereka boleh disatukan.

*****


Setelah 18 tahun : 

  • Danush telah membintangi lebih kurang 45  buah filem dan kesemua filem adegannya mendapat kutipan tertinggi di box-office, lantas menjadikannya pelakon paling berjaya di Kollywood.
  • Memenangi banyak anugerah pelakon terbaik 
  • Mengembangkan bakat lakonannya ke dunia Kollywood,Tollywood,Hollywood, dan Bollywood.
  • Berusaha keras mengubah penampilan fizikalnya untuk membintangi sebuah filem Hollywood yang bertajuk 'Hello My Sexy Tamil Friend'.
  • Menjadi seorang penerbit,penulis lirik, penyanyi dan pengarah yang berjaya.
  • Menjadi seorang lelaki yang well-educated man.
Dan kemudian mereka bercerai.

*****

Sebenarnya.....
Bahagia selamanya adalah mitos paling besar dalam sesebuah perkahwinan.

Perkahwinan adalah satu komitmen yang serius antara lelaki dan perempuan untuk hidup sepanjang hayat.

''Dhanush seorang yang sangat berahsia. Bahkan dengan teman-teman rapatnya pun jarang dia berbicara. Tidak dapat membaca apa yang berada dalam fikirannya. Setiap kali dia bergaduh dengan Aishwarya, atau berlaku sesuatu antara mereka dia( Dhanush) akan pergi dan menandatangani sebuah filem baru. Boleh dikatakan dia menggunakan pekerjaannya untuk melepaskan diri dari masalah perhubungannya dengan Aishwarya''. Kata seorang rakannya.

Perkahwinan adalah satu perjalanan yang panjang. Samada ianya akan berkekalan sepanjang hayat atau sebaliknya tiada siapa tahu. Walaubagaimanapun penceraian bukanlah suatu titik akhir seseorang. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Jadikan pengajaran untuk menjadi yang lebih baik di masa hadapan. 

Jadilah yang terbaik untuk diri sendiri dahulu sebelum membahagiakan orang lain.


sekian.

thanks for reading....

Comments

  1. nadia tak kenal pelakon ni sebab kurang tengok Kollywood...menarik..perkahwinan merupakan penyatuan 2 jiwa..tetapi perceraian merupakan langkah terbaik untuk seseorg keluar drpd masalah dihadapinya..hanya Allah Maha Mengetahui..nadia pun terkejut bila dengar Mizz Nina motivator terkenal bercerai dengan suami Noah..semuanya rahsia Illahi..kita hanya mampu merancang hanya Allah yg mengetahuiNya..apa pun berbalik kepada Allah..

    ReplyDelete
  2. si hitam manis kollywood

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

Patah sayap bertongkat paruh

Hai assalamualaikum Pada hari yang sangat panas ni wawa teringat satu drama. Sebenarnya wawa tak layan drama melayu. Bukan sebab tak mau sokong ke apa. Tapi sebab kebanyakan drama melayu semua cerita pasal rampas suami orang, kacau bini orang, pakwe orang, tunang orang eh semua pasal rampas la memang ada dalam drama melayu... Baik layan drama korea.. Kan...beza sangat.. Tapi kali ni wawa rasa terdetik di hati nak layan drama "patah sayap bertongkat paruh" ni kat astro ria.. Sebab semalam mak ada cakap 'kak cik drama patah sayap bertongkat paruh lakonan fasha sandha tu sebiiiiiijik macam kisah