Hari ini terasa begitu sukar untuk bangun pagi, penat on call semalam masih terasa. Biasalah, perkara yang sama akanku rasa setiap kali lepas oncall. Penat, mengantuk, mata panda dan paling teruk....blur! Kan best kalau cuti. Aku bermonolog sendirian. Tet tet....bunyi getaran dari telefon bimbitku menandakan ada pesanan masuk. Rupanya dari whatsap group kelas Naufal, afy dan Billa. Hari ini merupakan hari pendaftaran untuk kelas kafa sesi 2022. Hampir terlupa tadi. Masyallah... ................ Sampai sahaja di dalam Department, langkah kakiku terus laju menuju ke arah papan kenyataan. Memang tempat tumpuan awal pagi untuk tengok dan tahu tempat bertugas masing-masing. Alhamdulillah, nasib menyebelahiku. Hari ni aku kena tagging Mammogram. Selalunya kes mammo sebelah pagi sahaja, petang inshaallah free. Cepat-cepat aku ke bilik Kak Izan untuk isi borang keluar waktu pejabat untuk menguruskan pendaftaran kafa 3 beradik itu. .................... sumber: soolacsy.blogspot.com Sesamp...