Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2021

Abah : Happy birthday!

Alhamdulillah....syukur kepada Allah hari ini birthday abah yang ke 67.  Kami adik beradik kongsi duit untuk suprisekan abah dengan nasi arab. Actually abah tak suka benda. Abah sangat suka makan. Favourite dia memang nasi arab kambing.  Abah ni perangai dia dah semakin kebudak-budakan. Seminggu yang lalu, setiap kali wawa tengah siap depan cermin, abah hari-hari tanya ''kakcik, hari ni berapa hb?''. (abah selalu lupa apa yang berlaku masa sekarang tapi memori dia ingat yang masa lalu) ''20 april bah''.  Esoknya berulang lagi. Abah nampak wawa tengah siap abah tanya lagi ''kakcik, hari ni berapa hb?'' ''21 april bah''.  ''wah...lagi 2 hari birthday abah''. Kata abah sambil tersenyum-senyum.  Perkara yang sama berlaku keesokkannya...abah tanya wawa jawab.  Ya Allah...peristiwa ini mengingatkan wa pada iklan petronas raya tahun 2007                                                 sumber : youtube farish eidil

Doa jodoh Yang baik

Alhamdulillah minggu ni wawa kerja dekat ct scan. Banyak yang wawa belajar dekat sini. Bukan sahaja sebagai radiographer tetapi sebagai hamba Allah yang banyak kekurangan.       Sumber : google Dalam ramai-ramai pesakit yang wawa 'handle' wawa tertarik dengan sepasang suami isteri ini. Mereka berusia dalam lingkungan 80an dan berbangsa cina. Sebaik wawa memanggil nama si isteri, suaminya terus bangun dan memimpin tangan si isteri yang kelihatan agak uzur. Kedua-duanya jalan membongkok dan perlahan ke arah wawa. Setelah arahan tukar baju diberikan, si suami mengangguk perlahan tanda memahami setiap bait tutur yang wawa ungkapkan.  Alhamdulillah setelah selesai, mereka berdua keluar dari bilik persalinan. Lengkap berbaju jalur-jalur (pakaian pesakit). Wawa minta si isteri untuk baring di atas meja pemeriksaan. Apa yang wawa rasa sweet sangat bila mana si suami tak lepas dari tangan isteri, setia memimpin sehingga ke meja pemeriksaan.  Dalam diam wawa tersenyum. '' Masyaal

Janda

Jam menunjukkan 12 tengahari, dari awal pagi sampai sekarang aku sibuk menyiapkan cd dan filem untuk di 'digitize' ke dalam sistem hospital. Banyak borang masih pending depan komputer. Ketika aku sedang asyik menaip aku rasa sedikit rimas dengan mask yang aku pakai, jadi aku turunkan sekejap untuk keselesaan. tiba-tiba, datang seorang hamba Allah dari arah mana aku pun tak tahu berkata '' eh tengok muka ''j'' ni macam cinalah''. Lantas aku tersentak dan terus berpaling ke arahnya. Memang benar, dia tujukan kata-kata itu kepadaku. ''J?'' dalam suara yang terketar-ketar aku bertanya kepadanya. Sempat juga aku menarik mask kembali apabila dia datang mendekati. ''Hang la, hang janda kan?'''. Aku tergamam, ya Allah, aku tak tahu kenapa hati aku bagai ditusuk sesuatu yang tajam. Mataku terasa panas dan berair tapi aku cuba tahan dan berlagak seperti biasa. Mujur ada mask yang boleh menutupi air mukaku untuk menahan