Skip to main content

NUSYUZ SUAMI

Assalamualaikum

Dah lama tak update blog....aku agak bz dengan kes mahkamah yang masih belum selesai. Kebetulan hari ini 15 disember 2015 adalah tarikh yang ditunggu-tunggu. Sebabnya....hari ni tarikh sebut semula kes aku lepas melalui proses perbincangan dengan pihak JKP (jawatankuasa pendamai) minggu lepas. Keputusan JKP minggu lepas amatlah mengecewakan aku...pihak sebelah sana masih dengan keputusan enggan
melepaskan aku. pihak sana kata nak tunggu kes nusyuz ni disebut baru dia nak buat keputusan....kepala hotak kau!

Ok . Oleh kerana overexcited aku siap pg ni dengan kalutnya....pastu baru terpikir nk wasap lawyer aku. Btw, aku tak ingat pkul bape....aku bajet pkul 9am...bila dah smpai ke destinasi tengok-tengok lawyer aku reply...rini kes 2.30pm. what?????

So, dikesempatan ini aku ingat nak share dengan korang maksud nusyuz.
nusyuz dari segi bahasa bermaksud ingkar. Serius la korg, aku ingat nusyuz ni isteri je...rupa-rupanya suami pon boleh nuyuz ok?

Nusyuz suami
Suami dianggap nusyuz apabila suami enggan menunaikan hak spiritual,material, dan bertindak kasar terhadap isteri.
Hak spiritual ialah memenuhi kepuasan seksual, komunikasi yang baik,memberi pendidikan agama, tidak dihina dan dikasari.
Tidak dinafikan dalam Akta dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia tiada peruntukan yang menjelaskan kedudukan suami terhadap isteri. Akibatnya sebahagian besar berpandangan nusyuz hanyalah kesan tindakan yang dilakukan oleh isteri.
Melalui persoalan ini ALLAH S.W.T berfirman "Dan jika seorang wanita khawatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya, dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka) walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir . Dan jika kamu bergaul dengan isterimu secara baik dan memelihara dirimu (dari nusyuz dan sikap tidak acuh), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”."
Surah An-Nisa (4) ayat 128.
Ayat ini dengan jelas menunjukkan bahawa suami juga boleh nusyuz dalam tindakannya menerajui rumah tangga.
BILA SUAMI DIANGGAP NUSYUZ
suami boleh dianggap nusyuz apabila :
  1. Gagal atau enggan memberikan nafkah (zahir atau batin).
  2. Gagal menyediakan tempat tinggal yang selamat.
  3. Menyebabkan kemudaratan (memukul) tubuh badan isteri.
  4. Membebankan isteri.
  5. Merosakkan martabat isteri.
  6. Menghalau isteri tanpa alasan dan
  7. Menuduh isteri berzina tanpa saksi
Oleh yang demikian pada pendapat aku,para suami jangan mudah menuding jari pada isteri semata-mata. muhasabah diri banyak-banyak dulu dan fikir sedalam -dalamnya kenapa tiada keharmonian dalam rumah tangga. Tanggungjawab suami adalah memimpin isteri dan anak-anak menuju ke jalan yang diredhai, dan jika suami gagal, ingkar atau lalai dalam menjalankan tanggungjawab itu maka suami tersebut telah nusyuz terhadap isterinya.

That's all for today...BYE :)

sumber

  1. http://ww1.utusan.com.my
  2. http://halaqah.net
  3. http://www.mstar.com.my



Comments

Popular posts from this blog

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

Nampak hantu

Hai assalamualaikum... Korang pernah nampak hantu tak? Untunglah kalau tak pernah. Aku pernah nampak sekali. Kisah dia macam ni...... Masa tu, aku berpindah duduk dengan seorang membe aku. Ketika kejadian ini, aku dah hantar anak-anak aku balik Kedah, sebab masa ni, keadaan kewangan aku tak stabil. Jadi aku tak mampu nak bayar kos pengasuh , sewa rumah kat klang mahal sangat dan kos-kos lain. Gaji aku negatif dah. Duit simpanan pun dah habis bayar kos guaman. Jadi membe aku si Fiza ni kesiankan aku, so, dia ajak aku duduk dengan dia. Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat sebab ada kawan yang memahami. Sewa rumah dia pun tak mahal. Aku hanya bayar rm100.  Bermulalah proses angkut-mengangkut barang-barang rumah aku ke rumah Fiza. Kiranya dalam rumah Fiza tu penuh dengan barang aku la. Lepas tu Fiza beri aku bilik. Bilik ni katanya dah lama kosong. Fiza ni kemas orangnya. Jadi memang sejak housemate dia pindah dia tak buka pintu bilik ni. Tak pernah! sampailah aku datang. Kalau te...