Assalamualaikum.
Hai ladies.
Jerawat? rasanya hanya yang pernah mengalaminya sahaja faham apa perasaan bila tiba-tiba wajah dipenuhi jerawat.
Baru-baru ni wawa ada mencuba
satu produk. Wawa tak pasti adakah sebab produk tersebut atau masalah dan tekanan yang wawa alami ini adalah punca sebenar jerawat wawa tiba-tiba menggila.
Sebelum ni nak kata flawless tu memang tak la. Muka wawa ada je parut tapi tak la ketara dan teruk. Kalau naik jerawat tu sebiji dua je sebab datang 'miss p'.
Tapi kali ni memang disaster!!!! huwaaaa. Masa jerawat ni memang wawa lagi bertambah tekanan tau. Wawa cuba think positive tapi tak boleh. Semakin hari semakin banyak ok. Jerawat naik bahagian rahang dan dagu. Perghhhh sangat menyampah bila tengok cermin.
28 OKTOBER 2016 |
2 NOVEMBER 2016 |
Masa ni, wawa cuba pelbagai jenis produk tau. Wawa ni jenis tak sabar. Pakai 1 hari kalau esok naik jerawat baru wawa terus tukar yang lain.
Nak dijadikan cerita, ada seorang kawan wawa ni kulit dia memang cantik halus dan mulus je. So wawa tanya dia pakai produk apa then, dia cakap dia pakai sabun mandi je. Dia kata dulu dia ada jerawat juga tapi lepas pakai sabun mandi sampai sekarang kulit dia dah ok. Wawa tanya dia pakai sabun mandi brand apa? Dia kata "pakai je brand apa pun boleh asalkan sabun mandi yang jenis buku tu". Mula-mula cam tak percaya (sebab wawa google sabun mandi memang tak elok untuk kulit muka). Tapi dia asyik meyakinkan wawa yang sabun mandi yang menyelamatkan dia dulu. Wawa ni memang mudah percaya pada orang tambah pula dia kawan baik wawa. Wawa pun tanpa ragu-ragu try la sabun mandi kat rumah.
Wawa pakai 2 hari and the result is............... disaster more and more and more.... Kulit wawa jadi kering dan merah-merah 1 muka. Plus, naik jerawat nasi penuh pipi kiri dan kanan. OMG!!!!
Lepas tu cepat-cepat wawa whatsapp kawan wawa tadi, betul ke pakai sabun mandi lagi sekarang. Jawab dia dengan penuh yakin, 'ye sampai sekarang masih pakai lagi'. Wawa rasa macam ada yang tak kena dengan jawapan dia ni. wawa beritahu dia yang wawa pakai muka wawa jadi tambah teruk. wawa tanya dia balik ' kau pakai sabun brand apa?' soalan yang sama(taktik nak mengesan pembohong). Dia cakap ' dulu aku pakai sabun yang mahal-mahal sikit la macam sabun johnson, dove and blablabla'.(jawapan bercanggah)
Wawa mula rasa tak sedap hati, wawa cuba buka blog dia. Wawa minta kawan tempat kerja wawa baca blog dia dan cari jawapan.(wawa malas nak baca blog dia banyak sangat post) Akhirnya... wawa diberitahu kawan kerja wawa siap dia tunjuk post dari blog ***** jelas dan nyata dia tulis dia pakai sabun nour ain. OMG!!!!! what??????
Wawa tak faham untuk apa dia tipu wawa? Apa salahnya beritahu perkara yang betul. Kenapa nak tipu dan menganiaya kawan sendiri? sampai hati. Selepas kes sabun mandi ni ada lagi kes yang memang wawa ada bukti kukuh dia menipu. but thats it, malas nak story panjang-panjang.
(fuhhhh...tarik nafas...dan hembus....)
Selama ni dia baik je.. tapi kenapa dia mesti cakap bohong. Wawa tak suka orang bohong wawa.
Pengajaran yang wawa dapat dari dia
1. jangan mudah percaya kepada orang yang baru kita kenal
2. jangan berkawan terlalu baik dan cerita masalah kehidupan kita pada dia
3. yakinlah fakta dari google
4. tak payah berkawan dengan orang yang suka menipu kelak 1 hari kau akan terkena
Syukur alhamdulillah la sekarang ni ok sikit. dalam gambar bawah ni wawa pakai camera tiada filter tau. tapi ada la sikit lagi jerawat. wawa tengah berusaha untuk pulihkan balik kulit wawa.
18 NOVEMBER 2016 |
30 NOVEMBER 2016 |
Next entry wawa akan story macam mana wawa rawat jerawat wawa. ok... thanks for reading.See you next entry.
byeee.
Comments
Post a Comment