Skip to main content

ENFUSELLE penyelamatku

Hai assalamualaikum. 

Bertemu kembali dalam blog yang suram ni. Lama sangat wawa menyepi dari dunia penulisan. Semua gara-gara sibuk kalah YB.

Entry sebelum  ini wawa ada story mengenai masalah kulit wawa yang rosak teruk akibat penggunaan satu produk tempatan. Ok wawa ada promise nak cerita cara wawa merawat masalah kulit wawa. Sebenarnya selepas beberapa ketika kulit wawa dah pulih sikit, tetapi malangnya
pisang berbuah buat kali ketiga. Miss J kembali lagi. (Bukan perawan atau janda tu ye) . Rasa tertekan tau kalau masalah J ni. Yelah umur dah tua-tua pun sibuk je nak singgah di wajahku yang berliku ini. 

Wawa dah cuba bermacam-macam pencuci muka. Semua tidak serasi dengan kulit wawa termasuklah cetaphil yang sering diperkatakan dalam blog-blog jerawat lain.

Akhirnya kakakku sekali lagi menjadi hero dalam ini cerita. Mengadu pada dia dan dialah orang pertama memperkenalkan wawa dengan 'ENFUSELLE'.

Enfuselle Purifying Cleansing Gel
Kenapa ENFUSELLE?

Enfuselle ini terhasil setelah 55 tahun shaklee buat kajian. Kiranya kalau dari usia wawa setahun dia baru nak kaji, dah jadi nenek baru wawa sempat pakai. Persoalannya ada lagi ke wawa ketika itu. haha. Eh lantak la malas pula wawa nak fikir. Sebab paling utama pemilihan pencuci muka ini adalah

1. produk ini berasaskan bahan semulajadi yang bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan
2. Tambahan vitamin e menjadikan kulit terasa segar dan lembut
3. mencerahkan tona kulit
4. hipoalergenik
5. pH seimbang

Perubahan selepas 2minggu

Alhamdulillah setelah 2 minggu menggunakan pencuci muka enfuselle ni memang ketara perbezaannya. Sebelum ini, kulit wawa memang kasar banyak parut jerawat hitam-hitam tau, tapi semua berubah dengan izin Allah kulit wawa jadi lebih lembut setiap kali lepas cuci muka dan parut hitam pun cepat pudar.
Malah, tona kulit juga sekata dan semakin cerah. 

Yakin dengan Enfuselle

Akhirnya wawa berjaya mencari produk organik yang sesuai dengan kulit wawa. In shaa Allah wawa akan terus setia dengan produk shaklee. Shaklee memang tidak diragui keberkesanannya. Alhamdulillah.

SHAKLEE BEST!!! 







Comments