Skip to main content

Kashfi

25 JUN 2017 
8.00 PM

Assalamualaikum. 

Pada hari raya pertama wawa ditugaskan untuk cover kes ii di dewan bedah(ot). Pagi raya dah ada kes. So sebelah malam wawa decide nak pergi jumpa anak-anak dekat rumah bekas adik ipar di Parkland Klang. 

Sampai sahaja wawa depan pintu pagar
si abang Naufal dah jerit 'eh umi datang' terus naufal berlari-lari anak menuju ke pintu pagar untuk sambut wawa. Kelihatan Kashfi(afy) hanya memerhati dari jauh. Wajahnya nak senyum tak senyum nak senyum tak senyum(control macho). ALhamdulillah ibu mertua wawa sambut dengan mesra walaupun sebelum ini hubungan kami agak dingin. terus wawa cium afy. Afy nampak gembira jumpa umi.

Selama wawa di sana ibu mertua dan adik-adik ipar tinggalkan kami bertiga. Wawa tak lepaskan peluang ini berborak dengan anak-anak bujang wawa. Eh, terlupa nak beritahu, billa ada di Kedah. Billa tak ikut kerana Billa tak biasa dengan keluarga mertua.(krisis rumahtangga terjadi sejak billa berusia 6 bulan). Next entry wawa akan cerita pasal Billa.

Sedang afy dan naufal cerita pasal basikal la mainan la dan macam-macam lagi sempatku berbisik di telinga afy " afy best ke raya rumah 'umi baru'?".
"ishh umi ni tak baik cakap macam tu. Umi afy ada satu je. saaayang umi." Balas afy sambil memeluk aku. Rasa terharu la dengan penjelasan anakku ini. 

Terima kasih kashfi sayang...kerana menghargai umi. i LOVE u....

Comments

Popular posts from this blog

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

Nampak hantu

Hai assalamualaikum... Korang pernah nampak hantu tak? Untunglah kalau tak pernah. Aku pernah nampak sekali. Kisah dia macam ni...... Masa tu, aku berpindah duduk dengan seorang membe aku. Ketika kejadian ini, aku dah hantar anak-anak aku balik Kedah, sebab masa ni, keadaan kewangan aku tak stabil. Jadi aku tak mampu nak bayar kos pengasuh , sewa rumah kat klang mahal sangat dan kos-kos lain. Gaji aku negatif dah. Duit simpanan pun dah habis bayar kos guaman. Jadi membe aku si Fiza ni kesiankan aku, so, dia ajak aku duduk dengan dia. Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat sebab ada kawan yang memahami. Sewa rumah dia pun tak mahal. Aku hanya bayar rm100.  Bermulalah proses angkut-mengangkut barang-barang rumah aku ke rumah Fiza. Kiranya dalam rumah Fiza tu penuh dengan barang aku la. Lepas tu Fiza beri aku bilik. Bilik ni katanya dah lama kosong. Fiza ni kemas orangnya. Jadi memang sejak housemate dia pindah dia tak buka pintu bilik ni. Tak pernah! sampailah aku datang. Kalau te...