Skip to main content

DERMALENE day 1


Assalamualaikum

Hai bertemu kembali. Seperti yang wawa dah janji hari ni wawa nak cerita tentang perjalanan wawa merawat muka wawa yang dah rosak teruk bersama Dermalene.

Pada 29 julai 2017 wawa gagahkan diri untuk berjumpa doktor. Sebenarnya sebelum ni wawa pernah buat temujanji untuk ke sini tapi masa tu nama tempat ni
'estetika medispa'. Sekarang dah tukar Dermalene. Tapi sayangnya wawa tak datang masa tarikh temujanji sebab sibuk dengan hal peribadi dan kerja. Akhirnya sekarang jerawat makin parah dan parah(sibuk tukar produk bukan-bukan) baru ada kesedaran untuk datang sini balik.


Buruknya muka wawa tambah pulak nampak sememeh sebab main lilit je tudung..actually time ni baru lepas buat rawatan 'chemical peel series acne'.

Ok sekarang wawa nak belanja muka breakout wawa dengan lebih dekat. Jangan terkejut ye semua.



Gambar di atas diambil selepas beberapa jam buat rawatan.

Masa mula-mula masuk jumpa doktor memang doktor pun terkejut. Sebab muka dah teruk dan jerawat makin gelap.
Dr Alina yang cantik lagi mulus lantas tanya 'awak pakai sunblock apa?'
Sebenarnya wawa ada pakai sunblock tapi brand yang ada dekat farmasi ja. So, dr Alina cadangkan supaya wawa ambil sunblock Heliocare sebab sunblock ni lagi berkesan dan tidak akan menghitamkan parut jerawat...in shaa Allah parut-parut akan pudar tanpa kesan.
Ingat ye semua sunblock paling penting untuk kulit kita kekal cantik dan menawan.(actually wawa pun baru ada kesedaran pakai sunblock)

Sunblock ni hanya terdapat di Demalene sahaja tau.
Masa wawa tunggu nama wawa dipanggil wawa perhatikan je semua pelanggan yang dah treatment dan tengah follow up...kulit masing-masing flawless je. Segan dan rasa rendah diri pula hadir.

Layanan yang diberikan memang best sangat-sangat tertumanya dr Alina. Untuk korang yang tengah cari klinik kulit bermasalah jerawat,jeragat, parut jerawat, pigmentasi dan masalah berkaitan kulit yang lain wajib datang sini untuk dapatkan rawatan. In shaa Allah puas hati.

Untuk dapatkan lebih info mengenai rawatan dan tips atau pantang larang untuk jerawat boleh singgah ke instagram Dermalene
https://www.instagram.com/dermalene.malaysia/

Thanks for reading...bye.





Comments

Popular posts from this blog

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

Nampak hantu

Hai assalamualaikum... Korang pernah nampak hantu tak? Untunglah kalau tak pernah. Aku pernah nampak sekali. Kisah dia macam ni...... Masa tu, aku berpindah duduk dengan seorang membe aku. Ketika kejadian ini, aku dah hantar anak-anak aku balik Kedah, sebab masa ni, keadaan kewangan aku tak stabil. Jadi aku tak mampu nak bayar kos pengasuh , sewa rumah kat klang mahal sangat dan kos-kos lain. Gaji aku negatif dah. Duit simpanan pun dah habis bayar kos guaman. Jadi membe aku si Fiza ni kesiankan aku, so, dia ajak aku duduk dengan dia. Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat sebab ada kawan yang memahami. Sewa rumah dia pun tak mahal. Aku hanya bayar rm100.  Bermulalah proses angkut-mengangkut barang-barang rumah aku ke rumah Fiza. Kiranya dalam rumah Fiza tu penuh dengan barang aku la. Lepas tu Fiza beri aku bilik. Bilik ni katanya dah lama kosong. Fiza ni kemas orangnya. Jadi memang sejak housemate dia pindah dia tak buka pintu bilik ni. Tak pernah! sampailah aku datang. Kalau te...