Skip to main content

Pelakon 'menumpang kasih'

Assalamualaikum...

Baru-baru ini acapkali di newsfeed facebook wawa naik cerita mengenai seorang pelakon cantik menjadi isteri kedua seorang pemuzik. Dulu minat la juga pada dia..sebab dia orang utara dan pandai berlakon tapi sejak isu ini..dan setiap apa yang dia katakan mengingatkan wawa pada seseorang.
Ayat mereka sama 'saya bukan nak merampas cuma nak menumpang kasih'. Memang begini ye ayat untuk ambil suami orang? Ye...memang dalam kes beliau isteri pertama redha dan terima pelakon itu sebagai madu. Sebab apa? Sebab dia tiada pilihan lain..demi suami dan anak-anak. Demi kebahagiaan suami.

Wawa pernah melalui fasa itu. Ye mungkin kami tidak pandai jaga lelaki. Ada seorang hamba Allah pernah kata begitu pada wawa. Mungkin betul apa yang dia kata...tapi pernahkah suami itu menjaga hati dan perasaan kami?pernah? Perempuan kalau lelaki hargai dia dan didik dia in shaa Allah dia akan jadi isteri yang baik buat suaminya. Sayangnya tidak semua lelaki faham tentang bait kata-kata perempuan punya akal 1 nafsu 9. Manakala lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu. Ada kelemahan perempuan walaupun sebesar zarah terus memalingkan muka dan pergi. Pergi mencari perempuan yang lebih baik. Mencari yang lain yang terbaik, tetapi bukan memilih untuk berubah dan merubah menjadi yang lebih baik. Adakah ini adil buat seorang perempuan?.

Merujuk kepada kes pelakon ini kita tidak tahu apa sebenarnya yang mereka lalui..mungkin bagi dia..ini adalah jodoh dan takdir. Jodoh 'menumpang kasih' suami orang.. tapi ingatlah...kita sebenarnya boleh merubah takdir kita itu..dengan doa.

Menumpang kasih tidak ada pada wawa..tumpang la lain...kereta ka beca ka atau basikal tua. Tapi jangan tumpang kasih suami orang. Sebab rasa dia sangat sakit. Sakit sakit dan sakit.

Semoga kita dijauhkan dari merasa kasih suami orang. Sekian sahaja nukilan dan luahan perasaanku ini. 
Terima kasih kerana sudi membaca =) 
Jumpa lagi...byeeee

Comments

Popular posts from this blog

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Ciri-ciri Sunscreen terbaik

Sunscreen sangat penting dalam rutin penjagaan kulit seharian kita. Tentunya ada yang mengelak untuk pakai sunscreen sebab bila pakai especially selepas letak foundation terus mekap jadi oily lah, kadang-kadang bercapuk dan rasa melekit di wajah. Memang dari dulu wawa tak pakai sunscreen sampailah kulit wawa rosak dan bila jumpa doktor pakar kulit perkara pertama yang dia tanya