Skip to main content

Penat

Assalamualaikum

Hai...lamanya tak menaip. Pada ketika ini terasa pula nak luahkan apa yang bermain difikiran. Penat. Sakit. Terasa sangat sebab pukul 11pm tadi baru sampai rumah. Kerja shif petang. Shif petang ni memang shif yang paling wawa tak suka. Tapi apa boleh buat. Tuntutan kerja. 

Masa memandu tadi, (yelah perjalanan dari kulim ke sg petani dalam 45minit juga) wawa terfikir.....susahnya nak dapat duit kan. Sampai sakit badan, kadang-kadang tak sempat nak makan. Rasa tekanan bila difikirkan. Tapi kan, bila wawa pandang dari sudut positif, wa baru sahaja 3 bulan onkol kat sini. Alhamdulillah esok lusa my dream come true. Wa boleh dapat apa yang wa nak, dengan bekerja keras. Allahuakbar...terima kasih Ya Allah, memang pilihan yang tepat la datang hospital kulim ni. Fully shif banyak membantu bagi wawa... tak pelah kan....kerja tak boleh tertekan nanti jadi malas nak kerja. 

Semoga esok lebih baik buat kita semua.
Xoxo daaaaaaa.

Comments

Popular posts from this blog

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

Nampak hantu

Hai assalamualaikum... Korang pernah nampak hantu tak? Untunglah kalau tak pernah. Aku pernah nampak sekali. Kisah dia macam ni...... Masa tu, aku berpindah duduk dengan seorang membe aku. Ketika kejadian ini, aku dah hantar anak-anak aku balik Kedah, sebab masa ni, keadaan kewangan aku tak stabil. Jadi aku tak mampu nak bayar kos pengasuh , sewa rumah kat klang mahal sangat dan kos-kos lain. Gaji aku negatif dah. Duit simpanan pun dah habis bayar kos guaman. Jadi membe aku si Fiza ni kesiankan aku, so, dia ajak aku duduk dengan dia. Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat sebab ada kawan yang memahami. Sewa rumah dia pun tak mahal. Aku hanya bayar rm100.  Bermulalah proses angkut-mengangkut barang-barang rumah aku ke rumah Fiza. Kiranya dalam rumah Fiza tu penuh dengan barang aku la. Lepas tu Fiza beri aku bilik. Bilik ni katanya dah lama kosong. Fiza ni kemas orangnya. Jadi memang sejak housemate dia pindah dia tak buka pintu bilik ni. Tak pernah! sampailah aku datang. Kalau te...