Skip to main content

DROPS OF YOUTH (feel young forever young) REVIEW



Acececeh... feel young forever young.... waaa pandai-pandai je wawa buat tagline kan. 

Hari ini, wawa nak review satu produk dari The body shop(TBS), iaitu
serum yang pada wawa sangat 'amazing'.
nahhhhh....





Selepas kulit wawa agak ok la sikit, wawa cuba mencari sesuatu untuk pulihkan kembali struktur kulit wawa yang rosak. Oleh kerana wawa dah cuba set Tea Tree dari Body Shop sebelum ini dan resultnya...jerawat alhamdulillah hilang tetapi kulit wawa jadi kering mungkin kesan dari ubat jerawat yang wawa guna. Then, why not cuba set lain untuk mengembalikan balik kelembapan pada kulit wawa. Sampai sahaja dekat kedai The Body Shop wawa terus diperkenalkan dengan serum ajaib Drops of Youth ni.

Serum drops of youth ni kalau dengar nama pun mesti korang ingat ia hanyalah untuk nampak lebih muda kan? Sudah tentu dalam kepala korang juga ia hanya untuk yang berumur lewat 30-an dan ke atas sahaja, kan?. Kalau itu yang difikirkan no! no! no!. 
Serum ni sesuai untuk semua lapisan umur. Serum ini juga bukanlah untuk anti aging semata-mata. Merujuk kepada isi kandungan bahan alami dalam serum ini terdapat 3 powerful plants stem cells yang di ekstrak dari
  1. Edelweiss (ITALY) - melindungi kulit kerana kaya dengan anti oksidan
  2. Sea Holly (BRITTANY SELATAN PERANCIS) - membantu mengencangkan kulit.
  3. Criste marine (BRITTANY UTARA PERANCIS) - membantu regenerasi kulit
Hasil gabungan ketiga-tiga bahan yang power ini menjadikan kulit tampak lebih lembab, regenerasi kulit baru dan dapat menyamarkan tanda-tanda awal penuaan. Menarik kan?

Perasaan masa 1st apply kat muka erm....sejuk. hehe. selepas 3 minggu wawa pakai memang rasa kulit muka lembut sangat. Anjal pun ada. ni memang serius tau. tak tipu! 

Ni gambar sebelum wawa pakai serum drops of youth ni
Tahun lepas gambar ni bulan 8 nak tau betul ke tak muka wawa tengok tahi lalat.


Ni pipi sebelah satu lagi...ni gambar selepas pakai set tea tree dalam 4bulan...jerawat dah kurang

Ni gambar sekarang 10 ogos 2018

10 ogos 2018 pipi yang tahi lalat tu...nasib baik tahi lalat masih ada...maksudnya memang betul la dia hilangkan parut dan jerawat sahaja. Jeragat dan tahi lalat masih ada. Tapi jeragat dah kurang la sejak pakai sunblock. Masa pakai produk local yang membinasakan tu bukan sahaja jerawat dia lahirkan malah jeragat pun berleluasa berkampung.

Alhamdulillah dah setahun lebih wawa masih setia dengan produk dari Body shop ni. Sebenarnya kalau nak sihat kulit kena rajin. Pakai facial, toner, serum pelembab setiap hari. Btw, kalau kulit anda dah bebas jerawat boleh la stop set tea tree tu... continue dengan set whitening pula. Sebab ikut pengalaman wawa masa jerawat kulit jadi kusam dan tona tak sekata. Bahagian rahang yang kawasan jerawat tu macam gelap. So next entry wawa nak review set drops of light dari the body shop ☺. Stay tunned.




Haaa ni gambar setelah setahun pakai...tapi tipu sikit la sebab dalam ni lepas pakai serum wawa pakai foundation 😆😆

jumpa lagi next entry bye......






Comments

Popular posts from this blog

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

Nampak hantu

Hai assalamualaikum... Korang pernah nampak hantu tak? Untunglah kalau tak pernah. Aku pernah nampak sekali. Kisah dia macam ni...... Masa tu, aku berpindah duduk dengan seorang membe aku. Ketika kejadian ini, aku dah hantar anak-anak aku balik Kedah, sebab masa ni, keadaan kewangan aku tak stabil. Jadi aku tak mampu nak bayar kos pengasuh , sewa rumah kat klang mahal sangat dan kos-kos lain. Gaji aku negatif dah. Duit simpanan pun dah habis bayar kos guaman. Jadi membe aku si Fiza ni kesiankan aku, so, dia ajak aku duduk dengan dia. Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat sebab ada kawan yang memahami. Sewa rumah dia pun tak mahal. Aku hanya bayar rm100.  Bermulalah proses angkut-mengangkut barang-barang rumah aku ke rumah Fiza. Kiranya dalam rumah Fiza tu penuh dengan barang aku la. Lepas tu Fiza beri aku bilik. Bilik ni katanya dah lama kosong. Fiza ni kemas orangnya. Jadi memang sejak housemate dia pindah dia tak buka pintu bilik ni. Tak pernah! sampailah aku datang. Kalau te...