Hari ni barulah terasa lapang sikit untuk wawa menaip...Dah lama kot tak on laptop nih. Sebenarnya tak dak topik yang menarik pun nak story just tersentuh dengan kejadian petang tadi.
Hari ni wawa off PM sebab kena hadir ke sekolah Naufal untuk PROGRAM BIJAK ANAK DIDIKKU (PBD). Program ni macam 'sign report card' anak la kalau sebelum ni, tapi sekarang dah diperkenalkan dengan sistem PBD ni. Wawa bukan nak story pasal ni tau sebab wawa rasa macam boring dan panjang kalau nak explain. wawa nak story pasal kejadian selepas wawa 'setel' jumpa cikgu dan tahu pasal tahap pencapaian Naufal tadi.
Macam biasa wawa and naufal berjalan seiringan sambil nyanyi lalalalala....then, nampak kereta wawa di 'block'oleh 4 biji moto yang parking rapat depan dan belakang. Ok wawa faham semua ibu bapa rushing nak jumpa cikgu tengok anak dapat nombor berapa dan bla bla bla. Masalah sekarang macam mana kami nak balik? nak keluar tak boleh. So, wawa tenang je. Berjalan masuk dalam kereta dan selfie-selfie dengan naufal. Muka agak berminyak dan boleh buat goreng telur...but, ni je cara tak rasa bosan tunggu owner moto keluar.
tiba-tiba, naufal jerit 'eh umi, pakcik tu alihkan moto belakang la'. Wawa masa tu terus pandang cermin belakang dan nampak brader tu tengah alihkan moto. I thought moto dia rupanya dia tolong tarik jauh sikit moto tu supaya wawa boleh keluar. ouch... i'm so touch. Lepas tu, dia tolong tengok wawa reverse erk...ala macam orang jaga parking tu kan yang tangan dia bagi isyarat "ok ok boleh boleh undur undur" haaaa gitu....
wawa sempatlah turunkan cermin dan ucap terima kasih. Baiknya brader tu. rupanya kereta dia belakang sikit je dari kereta wawa. Agaknya nampak kami dua beranak masuk kereta then tak keluar2 sebab kena block tu ha...
Terima kasih Ya Allah, kerana wawa yakin ALLAH yang hantar brader tu untuk tolong kami. Semoga brader tu didekatkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan sebagaimana dia mudahkan urusan wawa hari ni.
Walaupun benda ni nampak macam, sikit je pertolongan dia, tapi sangat bermakna pada wawa. Sebab dia wawa dapat sampai rumah dan makan cekodok pisang dengan bahagia. Sebab dia wawa dapat berehat dan berborak dengan mak. Sebab sebelum ni asyik kerja sampai tak sempat nak borak.
Kejadian hari ini membuatkan wawa berfikir sejenak, hari ni apa ya kebaikan yang aku buat?. Sebenarnya kan kalau kita selalu tolong orang dan berbuat baik in Shaa Allah suatu ketika bila kita susah ALLAH akan hantar seseorang untuk tolong kita juga. So, selalulah berbuat baik 'lillahitaala' dan berdoa kepada semua yang telah buat kebaikan kepada kita. Semoga doa kita yang baik-baik itu juga akan berbalik kepada kita kelak... in shaa ALLAH....
OK THANKS FOR READING...SPREAD THE LOVE
SPREAD THE GOODNESS!!!
daaaaaaa
Comments
Post a Comment