Skip to main content

JODOH

Assalamualaikum..

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 62 semua!!
Hari ni wawa cuti jadi, wawa rasa macam nak menaip tentang pertanyaan kebanyakan kawan-kawan dan 'sometimes' orang yang tak berapa nak kenal pun.

1. wa, suami kerja mana?
2. ooo dah bercerai..kenapa bercerai?
3. siapa yang buat hal?
4. kenapa nak cerai? anak kan dah 3.

so, jawapan kepada persoalan-persoalan di atas simple je...
JODOH TAK PANJANG. Jadi bila wawa dah jawab macam tu...please jangan tanya lagi. Sebab wawa dah penat cerita. Kalau nak tau sangat baca je post2 wawa sebelum ni. Zaman jahiliah dulu wawa suka luahkan perasaan. 

                             sumber: google

Sebenarnya kan, kita kena faham apa itu jodoh?
Jodoh adalah orang yang berkahwin dengan kita. Itu adalah jodoh kita. Wawa pernah terfikir tau dulu yang wawa tersalah pilih jodoh. Sepatutnya wawa tak kahwin dengan dia. Astagfirullahalazim...sebenarnya tidak! Selepas wawa baca pasal kisah Nabi nuh, isteri dia tak mau  ikut dia naik bahtera, Nabi Luth pula isteri dia tinggalkan dia sebab dia sakit dan Asiah yang suami dia Firaun. Apakah mereka juga tersalah jodoh? Tak kan?
Sebab semua ni adalah kerana Jodoh setakat itu sahaja. Jodoh ada expired date. Semua benda dan hal di dunia ini ada expired date. kematian pun ada expired date kan? iaitu pada hari kiamat.

Bila dah jawab macam tu, ada pula yang tanya...wawa tak mau cari lain ke?
Hang ni kena 'kawen' ni. Sampai bila nak hidup sorang-sorang macam ni?
Apa pendapat wawa tentang poligami ?(pancing)

                             sumber: google

Soalan macam kat atas ni wawa tak mau jawab. Sebab....hampa pikiaq la sendiri jawapan tu..but yes, of coz wawa nak jodoh yang baik datang. Tapi, wawa ni dah cukup baik ke? nak jodoh yang tak tinggal solat tapi, wawa ni solat macam mana? Jadi sekarang wawa tak mau pikiaq pasal jodoh. Jangan nak jodohkan wawa dengan siapa pun.. Wawa belum sampai terdesak lagi.. 
''hang ni...macam mana jodoh nak datang kalau kita tak usaha''. yes...wawa tengah usaha la ni. wawa berusaha untuk jadi hamba Allah yang terbaik dulu. Mana la tau maut sampai dulu sebelum jodoh.

Bagi wawa kan, seandainya kita dapat jodoh yang tak baik, maka dia adalah 

1. ujian bagi kita. 
2. tanggungjawab pada kita untuk tarbiah dia
3. mungkin selama beberapa tahun kita berdoa untuk dia dan dia berubah menjadi yang baik.

Tapi ada certain kes lain... Kes wawa terlalu berat....ok kisah tu pun dah berlalu 4tahun yang lalu... Alhamdulillah.. Sekarang dah ok. 



                             sumber:google

Oleh yang demikian, wawa tak mau pening-pening nak pikiaq, siapalah jodoh aku ni ya Allah....
wawa sekarang tengah berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Tolong doakan wawa ye. 

thanks for reading...
bye....









Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Ciri-ciri Sunscreen terbaik

Sunscreen sangat penting dalam rutin penjagaan kulit seharian kita. Tentunya ada yang mengelak untuk pakai sunscreen sebab bila pakai especially selepas letak foundation terus mekap jadi oily lah, kadang-kadang bercapuk dan rasa melekit di wajah. Memang dari dulu wawa tak pakai sunscreen sampailah kulit wawa rosak dan bila jumpa doktor pakar kulit perkara pertama yang dia tanya