Skip to main content

Menyesal?

Assalamualaikum dan hai.

Sebenarnya wawa tak ada idea nak tulis pasal apa. Sebab life wawa boring je tak macam blogger lain. Selalu travel, hiking, naik basikal, lari-lari lompat-lompat. Best kan. 

Selain balik kerja pergi kerja wawa juga rajin scroll fb. Scroll punya scroll kan...sekali dekat feed keluar 1
gambar daaaa....
Macam pernah ku lihat mamat nih...tapi di mana ya?

Lama jugak la wawa fikir..lepas tu baru ingat...rupanya my ex. haha. May be sebab dia dah gemuk dan beruban kot. Tak dapat nak cam muka dia.
Memang dah bertahun tak tengok. Tak ingin pun nak tengok tapi ternampak pula. Bukan berdendam cuma bila tengok dia wawa terbayang kata-kata dia, perbuatan, raut wajah dia dulu. Wawa akan ingat sampai mati kata terakhir dia tu. 

Wawa terus sign out fb dan berlari ke dapur semata-mata nak mengepoh dengan mak, tapi sempat pula wawa capai pinggan dalam sinki untuk mengaburi perasaan mengepoh itu. " Kak cik tak menyesal ke"? soal mak serius. wawa faham maksud mak lantas laju wawa jawab " tak" sambil tangan ligat mencuci pinggan. "kak cik masih tak maafkan dia?". Soal mak lagi seperti tidak berpuas hati dengan jawapan wawa.
"Dah lama kak cik maafkan dia, cuma untuk melupakan segala perbuatan dia pada kak cik tu memang tak mungkin mak". 

Walaupun perkara itu sudah 4 tahun berlalu, wajah, bayang dan kata-kata mereka yang pernah menghancurkan rumah tangga wawa tak kan pernah wawa lupa. Menyesal? 
In shaa Allah tidak. Biarlah ianya menjadi suatu kenangan dan pengajaran. Hikmah untuk semua itu sangat indah.
Sakit, penat, dan berliku macam mana pun jalan yang wawa lalui sekarang wawa kena hadap juga. Ini jalan yang wawa pilih. Sebab wawa yakin...ALLAH KAN ADA.




Comments

  1. awak strong woman !
    semoga awak jumpa kebahagian awak nnti.. aminnn

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Ciri-ciri Sunscreen terbaik

Sunscreen sangat penting dalam rutin penjagaan kulit seharian kita. Tentunya ada yang mengelak untuk pakai sunscreen sebab bila pakai especially selepas letak foundation terus mekap jadi oily lah, kadang-kadang bercapuk dan rasa melekit di wajah. Memang dari dulu wawa tak pakai sunscreen sampailah kulit wawa rosak dan bila jumpa doktor pakar kulit perkara pertama yang dia tanya