Gambar sekadar hiasan Usai punch in aku terus melangkah ke bilik 3. Alhamdulillah, hari ni kerja di bilik 3 rileks sikit. Semua pemeriksaan dada sahaja. Tak banyak guna tenaga sangat. Sukanya. Eh, dah ada patient la. Selesai mendaftar masuk dalam DR (Digital Radiography), aku terus memanggil pesakit tersebut untuk di 'x-ray'. ''Mohamad bin Abdullah''. Kelihatan sepasang suami isteri duduk di penjuru ruangan menunggu di hadapan bilik 3. Mendengar namanya dipanggil, lantas si isteri menolak kerusi roda suaminya dengan berhati-hati. aku : Encik Mohamad kena tukar baju ye, sebab baju ni ada butang. Encik boleh berdiri ke? si suami (encik mohamad) : ya boleh puan. Buka ni! kedengaran tegas dia mengarahkan isterinya membuka bajunya. Dengan penuh hati-hati si isteri menarik baju suaminya dan aku meninggalkan mereka sebentar di ruangan bilik salin baju itu. Tiba-tiba aku terkejut dengar jeritan si suami tadi. '' Tarik la pelan-pelan!''. marah suami kepa...