Skip to main content

Salah roti canai.


 Bismillah...

Assalamualaikum . Hari ini wawa kalut sedikit sebab terlewat bangun. Ya ALLAH... teruknya wa. Letih sangat sebab semalam pakai baju berat dekat ot. (Tengok..memang suka salahkan benda lain. diri sendiri punya kelemahan tak nak tengok). Itulah wawa.

Sebelum keluar rumah, wawa sempat capai sebuah novel dari beg ikea Kak Syida. (Beg doraemon).


'' Hingga Ke Akhirnya'', karya Siti Nur Dhuha ini adalah sambungan dari novel Akhir Sebuah Cinta. Kisah cinta antara Mimi Atia dan Tengku Khuzairi yang sangat romantik. Macam biasa kisah suka antara satu sama lain tapi tak nak mengaku. Walaupun kebanyakan novel cinta memang dah boleh agak bagaimana jalan cerita dia, tapi masih rasa nak baca sebab suka kaji cara penulis menyusun plot setiap babak dari watak-watak tersebut. Berangan? sudah semestinya. Kalau watak heroin cantik terbayang diri sendiri(perasan), kalau watak biasa-biasa saja....terbayang jiran sebelah. Nasib baik, jiran tak pandai baca blog wawa.

......................................................

Sampai sahaja dekat depan 'department' mesti berdebar. Yelah...tak tahu kerja mana hari ni. Harapnya boleh la baca novel masa pesakit tak ada kan. 

SMRP: NAJWA

emmm kita kan hanya merancang, dan ALLAH pun merancang untuk kita. ALLAH itu sebaik-baik perancang. Wawa ingat kena kerja di bilik general, tapi kena buat SMRP. ok la kan sebab duduk sahaja sambil kumpul data. Kebetulan wawa tengah senggugut hari pertama. Betul kan? Allah sebaik-baik perancang. Masyaallah....Walaupun tak dapat baca novel sebab target nak dapatkan data 50 pesakit, tapi bersyukurlah kerja senang hari ini. Bukan selalu. Hehe. Sudah la awal pagi lagi Kak Syida ajak makan roti canai. Tengok sekeping macam tak cukup, order dua keping. Lepas tu kerja duduk pula, emmm tak boleh selalu macam ni...nanti punggung akan mengembang sebesar talam. Salah kak syida, dia yang ajak. HAHA.

Alhamdulillah, berjaya kumpul 40 data pesakit. Tak sampai target sebab makan banyak. Kalori banyak buatkan kita malas dan bertambah malas. 

Ok lah...thanks for reading. 

daaaaaaaaa






Comments

  1. Sembang pasai roti canai, 2hari lepas sy makan roti canai kawen.. (1biasa + 1telur) hahah tp org yg makan nie xkawen2 lgi hahahaha.. biasa la nafsu makan mmg la membuak2 klu org ajak makan.... tambah2 klu org blanja, lupa abis yg lain hahahaha...lepas makan roti canai kawen xkenyang2 last tambah nasi lemak 2 bungkus hahaha ending dia, perut dh buncit teruk... hahaha
    bye2

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau cukup 44 kali makan roti kawen mungkin awak betul-betul kawen. haha.

      Delete
    2. bru sekali makan,.... ada algi 43x kena makan hahahaha lambat lagi la jawab dia gagaga

      Delete
  2. sedap oo roti canai..teringat kat pak hassan selalu beli roti canai lebih..kdg2 bagi kita makan sama. wawa..sesekali kerja kat tempat rileks boleh merehatkan minda dan kita pun blh la duduk saja buat kerja..kalau kerja general mai hari busy takdannya nak duduk kan ..sebenarnyaa,
    nadia dah lama tak baca novel cinta..sekali sekala syok juga baca novel cinta sebab nak tau bagaimana susunan plot cerita tu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan roti canai pak hassan tu. pak hassan apa cerita skrg nadia? wa ada baca novel baru... bukan fasal cinta...pasai dendam. best sangat. penulis laki. Lain sangat penulisan lelaki dengan perempuan. Btw, thanks nadia singgah.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Ciri-ciri Sunscreen terbaik

Sunscreen sangat penting dalam rutin penjagaan kulit seharian kita. Tentunya ada yang mengelak untuk pakai sunscreen sebab bila pakai especially selepas letak foundation terus mekap jadi oily lah, kadang-kadang bercapuk dan rasa melekit di wajah. Memang dari dulu wawa tak pakai sunscreen sampailah kulit wawa rosak dan bila jumpa doktor pakar kulit perkara pertama yang dia tanya